Memberikan hadiah kepada pengantin baharu adalah salah satu perkara yang sangat istimewa, tidak sama dengan memberi hadiah ketika menyambut hari lahir. Sewaktu mendapat undangan perkahwinan daripada teman, tetangga, saudara, anda tentu sedang berfikir tentang hadiah yang sesuai untuk mereka yang bakal berkahwin bukan?

Tentunya anda biasa mengalami situasi bingung memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan pengantin baharu. Daripada hanya memasukkan wang di dalam sampul surat untuk diberikan kepada pasangan pengantin baharu, lebih baik anda berikan hadiah yang dapat digunakan oleh mereka selepas berkahwin nanti.

Buat pasangan pengangtin baharu pula, sudah tentu seronok dan tidak sabar untuk berpindah ke rumah yang baharu bersama suami. Sama ada pindah ke rumah sendiri mahupun ke rumah sewa, pokoknya anda dan pasangan pindah ke rumah sendiri untuk hidup bersama.

Menyandang peranan sebagai isteri yang masih ‘hijau’, anda harus mempersiapkan ‘singgasana’ di dapur yang baharu. Banyak peralatan yang harus dibeli untuk mempersiapkan hidangan istimewa untuk suami.

Selain pinggan, piring, mangkuk, cawan, gelas, sudu, dan garfu, peralatan memasak yang lain juga perlu disiapkan. Peralatan dapur ini wajib dimiliki oleh pasangan pengantin baharu bagi melancarkan kerja-kerja memasak di dapur.

15 Hadiah Relevan Yang Patut Dihadiahkan Kepada Pengantin Baharu

Nah, kami sediakan 15 idea hadiah relevan yang patut dihadiahkan kepada bakal pengantin baharu.  

Pisau

Pisau untuk memasak haruslah tajam. Pilih pisau dengan kualiti bagus yang dibuat daripada stainless steel. Pastikan mata pisau tidak lentur dan kuat. Jenis chef’s knife dengan ukuran sederhana adalah yang utama dan serbaguna. Cuba genggam gagangnya, pastikan tangan anda  selesa saat memegangnya, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Anda juga boleh menambah pisau kecil untuk keperluan mengupas bawang, dan memotong bahan-bahan kecil.

IKLAN

Papan Pemotong Plastik

Jenis papan pemotong kayu sekarang sudah mulai ditinggalkan kerana alasan kebersihan. Pemotong plastik kini lebih banyak digunakan. Beli dua jenis papan pemotong, satu untuk sayur-sayuran dan satu lagi untuk daging, ayam dan ikan.

Pengupas

Walau pun anda boleh sahaja mengupas epal, kentang dan sayur-sayuran menggunakan pisau biasa, namun alat pengupas ini akan mempermudahkan dan mempercepatkan kerja anda. Bahagian kulit yang dikupas juga tidak akan terlalu tebal berbanding menggunakan pisau biasa.

Kuali

Ada banyak jenis kuali mengikut bentuk dan bahannnya. Minimum beli dua jenis kuali, iaitu kuali leper dan kuali yang sedikit dalam bentuknya. Kuali yang leper sesuai untuk menumis manakala kuali yang dalam bentuknya sesuai untuk memasak masakan yang berkuah. Belilah kuali yang berukuran sederhana dan yang anti kelat bagi memudahkan urusan anda memasak di dapur.

Periuk

Periuk bersaiz sederhana adalah satu peralatan dapur yang serbaguna dan wajib ada. Periuk dengan ukuran sederhana sesuai untuk memasak sup atau sayuran berkuah.

IKLAN

Cerek

Penting untuk kegunaan membuat teh atau kopi. Jika tidak memiliki dispenser air panas, gunakan cerek yang khusus untuk memasak air. Beli dengan ukuran yang tidak terlalu besar.

15 Hadiah Relevan Yang Patut Dihadiahkan Kepada Pengantin Baharu

Sudip & Senduk

Sangat diperlukan untuk mengacau atau membalikkan masakan yang anda masak. Jika tidak menyukai sudip kayu, pilih sudip yang diperbuat daripada plastik tahan panas yang sesuai untuk kuali anti lekat. Pastikan sudip dan senduk yang anda beli kuat dan tidak lentur.

Penyepit

Peralatan ini mesti ada di dapur untuk kegunaan masakan yang bergoreng. Pastikan anda memilih penyepit yang tidak mudah berkarat, kukuh dan bahannya tidak licin sangat digenggam ketika menggunakannya.

IKLAN

Penapis Minyak

Berguna untuk meniriskan minyak daripada masakan yang bergoreng. Boleh juga dijadikan penapis masakan seperti mi dan pasta.

Mangkuk Adunan

Banyak fungsinya. Sebagai bekas untuk mengisi sayur-sayuran yang sudah dipotong-potong serta mengisi adunan tepung yang telah siap diuli. Beli mangkuk dalam bentuk set daripada bahan stainless steel atau plastik, mengikut selera anda.

Lesung Batu

Wajib ada untuk membuat sambal dan melumatkan ramuan yang halus. Pilih yang diperbuat daripada batu asli. Selepas membeli lesung batu jangan terus digunakan. Bersihkan dahulu dengan sabun. Gosokkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan serpihan batu dan pewarna yang sering digunakan untuk membuat lesung batu.

Chopper

Lebih praktikal untuk membuat ramuan yang halus atau mencincang berbagai bahan makanan seperti bawang putih, bawang merah, sayur-sayuran, isi ayam dan juga daging. Ia sangat penting bagi mempercepatkan proses memasak di dapur.

Pemarut

Supaya all in one, beli pemarut dengan empat jenis pemarut. Boleh digunakan untuk memarut keju saat membuat pasta, atau memarut sayur-sayuran saat ingin membuat rojak.

Pembuka Tin

Menggunakan bahan makanan di dalam tin sangat praktiskal untuk anda yang baharu belajar memasak dan juga sentiasa sibuk. Alat ini perlu dimiliki untuk membuka tin. Ada yang manual dan ada yang automatic. Pilih yang paling praktikal dengan anda.

Kain Pengelap Dapur

Sangat penting untuk membersihkan dapur daripada air atau minyak yang tumpah. Boleh juga digunakan sebagai pemegang periuk dan juga kuali saat anda memasak. Bel beberapa helai agar ia boleh ditukar ganti ketika kain lap yang sudah kotor dicuci.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI