Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahkan Proses Bersalin Dengan Pokok Genggam Fatimah
Pokok Genggam Fatimah atau nama saintifiknya, Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya hidup meskipun dalam cuaca panas dan kekeringan. Dalam perubatan tradisional, Genggam Fatimah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan wanita secara keseluruhannya. Namun, penggunaan pokok genggam fatimah ini masih tidak mendapat pendedahan yang cukup.
Melalui perkongsian saudara yang amat meminati perubatan dan pokok-pokok tradisional ini, beliau turut berkongsi khasiat yang wanita boleh dapat terutamanya memudahkan proses bersalin.
POKOK GENGGAM ATAU SANGGUL FATIMAH (ORANG ARAB PANGGIL KAF MARYAM)
KHASIATNYA
Untuk membuka pintu rahim
Untuk memudahkan proses dan melancarkan bersalin (dengan izin Allah)
CARA GUNA
Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa. Air rendaman tu dijadikan air selusuh. Sanggul Fatimah ini akan mengembang. Air rendaman tu biar berlebihan tak apa, untuk diminum jangka masa yang panjang. JANGAN RENDAM DENGAN AIR PANAS ATAU DIREBUS. Dipercayai akan mengecutkan rahim dan menutup pintu laluan. INI AKAN MENYUKARKAN PROSES BERSALIN ITU NANTI.
Ketika kandungan berusia 38 minggu, minum segelas sehari dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.
Ketika kandungan berusia 39 minggu ( 9 bulan ) minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.
Ketika dah keluar tanda, mandi dengan membasahkan kepala. Dan Jiruskan air rendaman ni di kepala, hisaplah air yang mengalir itu sambil berdoa :
” Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini.. Amin.. “
Semasa menunggu construction atau sudah di dalam labour room, minumlah sekerap yang mungkin.
KAEDAH PENJAGAAN POKOK INI?
Akar / Bunga / Sanggul ni jemur kering selepas digunakan kemudian disimpan ditempat yang teduh atau di dalam bekas berpenutup yang bersih.
JANGKA HAYAT?
Boleh tahan bertahun-tahun dan boleh digunakan berulang-ulang kali.
Ada cara lain nak guna, selain diminum?
Boleh disapu ke perut atau dibuat mandi. Dalam perubatan tradisional arab mau pun melayu, sanggul Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.
KEGUNAAN LAIN
Keputihan, Sengugut, Mengimbang Perjalanan Haid, Mengembalikan Kekuatan Tenaga, Mengecutkan Rahim selepas Bersalin, Menyembuhkan Sakit Pinggang, Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil, Memberi Ketahanan Badan dan Kulit, darah tinggi
kencing manis, menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyembuhkan sakit sendi, pelawas ( duretik ), merawat kebas-kebas kaki dan jari, membuang angin dalam badan, menurunkan paras asid urik dalam badan (mengawal penyakit gout).
CARA PENGGUNAAN
1 pokok dibasuh bersih
Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih
Minum 1 cawan 2 kali sehari
Ulang rebusan sehingga hilang warna
Gantung dan jemur semula selepas guna
Tumbuhan ini hanyalah ikhtiar tradisional. Yang menyembuhkan tetaplah Allah. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mencuba tau!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak kahwin Tapi Duit Tak Cukup? Ikut 5 Panduan Ini Dahulu
Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan syabas di ucapkan, dan bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi tidak cukup bajet jangan risau anda boleh mula menyimpan dari sekarang.
Anda cuma perlu beberapa tips penting sahaja sebelum melangkah ke alam perkahwinan agar semuanya berjalan lancar.
- Mula lebih awal
Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, anda dinasihatkan untuk mencatat dahulu perbelanjaan anda setiap bulan. Kalau boleh sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Buku nota lebih memudahkan anda untuk mengira dan mengesan bajet bulanan anda kerana segalanya telah tercatit.
- Perempuan juga perlu bertanggungjawab
Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, mesti ramai yang menunding jari ke arah lelaki. Sebenarnya tidaklah hanya lelaki sahaja yang bekerja keras untuk mencari duit, perempuan juga perlu memainkan peranan. Kerana duit yang di kumpul ini akan digunakan bersama, bukankah itu lebih bagus? Jangan bebankan hanya pada sebelah pihak sahaja.
- Kerja ‘Part time’
Untuk anda yang mahukan pendapatan sampingan boleh lah buat kerja part time untuk membantu sedikit sebanyak kos perbelanjaan anda untuk persiapan kahwin. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.
- Ikut Kemampuan
Sesebuah majlis perkahwinan itu seharusnya tidak dari segi lokasinya, pelamin atau sebagainya.Biarlah majlis itu diadakan bersederhana asalkan meriah kerana dapat bertemu rakan-rakan dan saudara mara yang jauh. Ya betul, tidak salah untuk anda impikan majlis anda seperti puteri raja, tapi jika kemampuan anda setakat itu maka biarlah ia kena dengan bajet anda.
- Tahan Nafsu
Perempuan dan shopping memang tidak dapat di pisahkan lagi-lagi bila berjalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besaran. Mahu jadi gila ya, sebab itu anda perlu tahan sedikit nafsu untuk menyimpan pada majlis anda yang akan datang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Boleh Ke Wanita Haid Masuk Ke Dalam Masjid Dan Apa Hukumnya?
Soalan :
Umum sudah tahu wanita dalam haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, tetapi ada juga wanita yang tidak mengendahkannya. Terutama ketika mahu menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid hampir kering. Boleh berikan sedikit penjelasan?
Jawapan :
Hukum yang dipegang oleh kebanyakkan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. Terdapat juga pendapat yang mengharuskan iaitu Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, dan Ibn Hakim Zahiri. Dalil mereka mengharamkan berdasarkan hadis Nabi SAW.
Hadis daripada Ummu Salamah RA yang bermaksud : Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” (Riwayat Abu Dawud RA).
Hadis menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid. Kebanyakkan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.
Dengan itu tiada dalil yang kuat yang mengatakan mengharamkannya. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu Harus. Namun, mereka hanya boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat atau disekitar kawasan masjid.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI