Wajah yang mulus dan licin pasti menjadi impian sesiapa sahaja, terutamanya si ratu dan raja sehari. Ada sesetengahnya memang dikurniakan wajah yang cantik dan kacak tanpa sebarang masalah jerawat atau jeragat, namun ada juga yang mempunyai masalah kulit muka yang serius.

Bagi anda yang tergolong dalam kategori ‘bermasalah’, jangan bimbang kerana ada penyelesaiannya.

MINUM AIR KOSONG
UNTUK DAPATKAN KULIT WAJAH YANG SIHAT DAN BERSIH, PASTIKAN ANDA MINUM AIR KOSONG SEBANYAK 6 HINGGA 8 GELAS SEHARI. IA SEKALIGUS DAPAT MENGEKALKAN KELEMBAPAN KULIT ANDA. MENARIKNYA, MINUM AIR KOSONG DENGAN KUANTITI YANG DITETAPKAN JUGA DAPAT MENINGKATKAN KESUBURAN DAN MENURUNKAN BERAT BADAN.

Regim penjagaan wajah
Pertama cuci muka dengan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda. Kedua, sapu penyegar dan kemudian oleskan krim pelembap pada wajah. Sekiranya anda amalkan tiga perkara ini, pasti anda dapat memiliki kulit wajah yang sihat, bersih dan bebas cela.

Anda juga boleh melakukan skrub pada wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kelebihan skrub adalah dapat membuang sel-sel kulit mati yang berkumpul di kulit yang tidak boleh ditanggalkan dengan pencuci biasa.

IKLAN

Awasi lingkaran gelap bawah mata
Baik lelaki mahupun wanita, pasti tidak suka dengan lingkaran bawah mata. Tidur yang tidak cukup, tekanan harian, mekap yang tidak dibersihkan dengan baik menyumbang kepada faktor lingkaran gelap ini.

Sekiranya ia tidak diberi perhatian dengan betul, pasti akan membuatkan kedut-kedut kecil mula kelihatan. Gunalah krim mata yang sesuai untuk menghilangkan lebam di bawah mata. Anda juga boleh mengaplikasikan cara-cara tradisonal.

IKLAN

Bibir merah
Wajah yang sihat pasti kelihatan kurang menarik sekiranya bibir berwarna gelap atau pucat. Kebanyakan bibir gelap atau hitam berpunca daripada individu yang suka merokok atau menggunakan kosmetik yang berlebihan.

IKLAN

Pasti anda tidak suka dengan keadaan sebegitu bukan? Seeloknya, berhenti merokok dan elakkan menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan kimia menyebabkan bibir anda menjadi pucat atau gelap.

Namun, terdapat juga petua-petua tradisional yang mengatakan bahawa penggunaan madu boleh membuatkan bibir anda lembap dan merah semulajadi. Caranya senang sahaja, oleskan sedikit madu lebah ke bibir anda setiap hari. Pasti hasilnya memuaskan hati anda.

PERKARA YANG PERLU DI ELAKKAN…..
– Elak pakai pakaian yang ketat sekiranya anda mempunyai jerawat di belakang badan.
– Jangan kerap mencuci muka kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI