• 794
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    794
    Shares

Urutan nyata mampu menyemarakkan hubungan dan kasih sayang antara suami isteri. Ia turut merangsang pengeluaran hormon endorfin yang akan meningkatkan keyakinan diri sekali gus membangkitkan rasa gembira.

Ia juga merupakan komunikasi jiwa yang diperlukan oleh setiap pasangan. Dengan melakukan sentuhan, belaian, urutan dan gerakan tertentu seperti memicit, mengusap dan meramas akan memberikan tekanan lembut di bahagian tubuh sehingga membangkitkan kesan erotik apabila tubuh dimanjakan.

Sebelum memulakan urutan, pasangkan alunan muzik yang mendamaikan dan guna minyak aromaterapi agar ia mampu memberi ketenangan sekali gus merangsang ghairah pasangan. Semoga anda dapat mempraktikkan empat jenis urutan ini agar anda berdua bakal melalui pengalaman luar biasa sebelum memulakan hubungan intim.

1. Urutan Cakar Harimau & Urutan Labah-Labah

Penceramah agama, Siti Nor Bahyah Mahmood pernah berkongsi teknik urutan cakaran harimau dan urutan labah-labah sebagai petua untuk menambat hati pasangan. Sebelum melakukan urutan ini, pastikan anda telah memotong kuku agar ia tidak melukakan bahagian tubuh pasangan. Mulakan dengan urutan pada tengkuk pasangan dengan penuh kasih sayang bagi meleraikan ketegangan urat di bahagian ini. Kemudian urut di bahagian bahu hingga ke lengan, diikuti dengan membuat ‘jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat. Seterusnya lakukan urutan cakaran harimau dengan menggunakan kuku dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Cakaran ini hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Cakaran ini haruslah dilakukan dalam keadaan lembut, manja dan penuh kasih sayang.

2. Urutan Bahagian Punggung

Setelah melakukan urutan pada bahagian atas badan sehingga ke pinggang, gunakan tapak tangan anda secara silih berganti dengan mengurut lembut bahagian punggung pasangan. Selain mengurut, anda juga boleh memainkan jari-jemari anda pada punggung pasangan. Cara ini membuatkan pasangan kegelian sekali gus membuatkan dia mudah terangsang dan tergoda apatah lagi melihat isteri memakai pakaian tidur yang jarang sehingga menampakkan bayang-bayang pada bahagian tubuh isteri.

3. Urutan Celah Paha

Ternyata bahagian paha merupakan kawasan yang amat sensitif pada sentuhan apatah lagi apabila ia dilakukan dalam suasana yang penuh romantis. Setelah anda ‘bereksperimentasi’ dengan urutan di bahagian punggung, teruskan pula di bahagian dalam paha pasangan. Urutan di kawasan ini tentu sahaja membuatkan pasangan anda tidak sabar-sabar ingin memulakan hubungan intim dengan anda.

4. Urutan Pada Kaki

Urutan lembut pada bahagian kaki dan tapak kaki pasangan juga mampu membangkitkan perasaan ghairah pada pasangan. Malah urutan-urutan ini merupakan kaedah untuk anda bermesra dengan pasangan. Dengan urutan, anda berdua akan mengalami kenikmatan getaran rasa yang luar biasa sehingga menimbulkan rasa seronok, malah kalian lebih bersedia untuk melakukan hubungan intim yang lebih baik.

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: