Dalam perancangan majlis perkahwinan, bajet memainkan peranan paling besar dalam menentukan kelancaran sesebuah majlis. Bagi yang mempunyai bajet besar, mungkin ia tidak menimbulkan masalah.

Namun, bagi yang ‘berkira-kira’, pastinya tidak mahu majlis impian terbantut serta tercela akibat kewangan yang tidak mencukupi atau ‘terbabas’ bajet yang telah disusun dengan baik.

Bagaimana hendak jimatkan wang untuk majlis kahwin?
Anda boleh berjimat dengan tidak mengambil perancang majlis. Namun, andalah yang perlu menjadi perancangnya. Pelbagai cara boleh dijimatkan untuk majlis perkahwinan sekiranya anda mengamalkan konsep DIY.

Namun, bantuan dari ibu bapa serta saudara mara terdekat untuk khidmat nasihat berkaitan majlis yang ingin diadakan juga penting. Ini kerana mereka lebih berpengalaman dan banyak perkara boleh dikongsikan berkaitan urusan majlis perkahwinan.

Adakah wang perbelanjaan kahwin boleh dijimatkan menerusi hidangan makanan?
Ya. Tahukah anda bahawa 60% daripada perbelanjaan kahwin akan disalurkan pada hidangan makanan untuk para tetamu? Sekiranya anda ingin menempah katering, maka sediakan wang ribuan ringgit untuk setiap hidangan yang dikira mengikut jumlah tetamu yang hadir.

IKLAN

Untuk bajet rendah, anda boleh berjimat dengan membuat gotong royong dan ‘rewang’ daripada sanak saudara dan jiran tetangga. Banyak juga bajet yang boleh jimatkan. Fikirkan pilihan terbaik untuk diri anda dan pasangan.

Macam mana nak berjimat tanpa membazir duit pada cetakan kad kahwin?
Pelbagai cara boleh dicuba dengan kehadiran internet masa kini. Anda boleh membuat kad kahwin digital dan menghantar jemputan menerusi emel atau ‘facebook’. Ini lebih menjimatkan tanpa perlu mengeluarkan bajet ratusan ringgit untuk kos percetakan kad sahaja.

IKLAN

Lupakan kad bercetak untuk tetamu VVIP, buatlah keistimewaan dengan jemputan kad secara formal agar ia tampak lebih sopan. Selain itu, DIY kad dan mencetak sendiri juga lebih menjimatkan bajet anda.

Banyak bunga yang diperlukan untuk menggubah dekorasi pelamin, tetapi bajet pula kurang. Bagaimana?
Cara terbaik adalah dengan memilih jenis bunga yang murah harganya di pasaran dan beli secara pukal. Sekiranya tema majlis adalah merah, tidak semestinya anda perlu menggunakan bunga ros merah. Harganya pula agak mahal. Gantikan dengan bunga yang berharga lebih murah dan menjimatkan.

IKLAN

Anda perlu ingat, perbelanjaan pada dekorasi bunga hanyalah sementara iaitu sehari sahaja. Selepas majlis tamat, ia tidak akan digunakan lagi. Fikir-fikirkanlah. Elakkan pembaziran, amalkan penjimatan.

Apakah barangan yang boleh dijimatkan dari segi bajet, untuk majlis resepsi di dewan?
Dekorasi bunga segar, boleh digantikan dengan gubahan bunga tisu bersaiz besar dan cantik. Bajet yang dikeluarkan hanya pada kertas tisu sahaja. Ianya murah dan senang untuk dibuat DIY.

Selain itu, kek kahwin juga boleh dikurangkan bajetnya dengan menempah kek artifisial yang semakin menjadi trend masa kini. Gubahannya mudah, dengan hanya menggunakan kain rona lembut dan susunan gabus akan kelihatan seperti kek betul. Sekiranya anda menginginkan kek betul, buatlah tempahan yang murah sahaja dan tidak membebankan pasangan.

Bajet apakah yang boleh dijimatkan dari aspek pakaian?
Mestilah busana lelaki. Anda boleh berjimat sekiranya tidak membuat tempahan sewa kot tuksedo dengan butik. Gunakan kreativiti dengan memakai kemeja dan kot ringkas yang dibeli di pusat beli belah. Ianya tidaklah terlalu mahal dan boleh digunakan semula di kemudian hari. Tidaklah nampak membazir kan?

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI