Majlis perkahwinan merupakan momen yang paling istimewa untuk pasangan pengantin kerana di sini cinta termeterai bagi melayari kehidupan berumah tangga. Antara yang penting untuk difikirkan bagi melengkapi majlis perkahwinan ialah kek perkahwinan. Terpulang kepada anda untuk menentukan kek perkahwinan dengan rona dan hiasan yang bagaimana. Lima stail kek perkahwinan ini mungkin dapat membantu memberi inspirasi buat anda dalam menentukan kek pilihan.

1.DOMINASI WARNA PUTIH, RINGKAS NAN ELEGAN

Kek dengan rona putih sering menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan kerana ia mampu memberi kesan ringkas namun dengan sentuhan elegan. Ramai meyakini warna putih menjadi satu kemestian untuk melengkapi dekorasi majlis perkahwinan kerana ia dianggap mewakili kesucian untuk majlis tersebut. Anda juga boleh  menambah hiasan unik seperti hiasan mutiara, pita berwarna emas ataupun hiasan butter cream yang dibentuk menarik.

5 Idea Kek Kahwin Elegan Buat Tetamu Teruja Tengok
sumber : pic pinterest

2.SENTUHAN FEMININ DENGAN WARNA MERAH JAMBU

IKLAN

Wanita lebih menyukai pada warna merah jambu. Paduan warna merah jambu bersama putih ternyata memberi kesan feminin dan elegan pada sesebuah kek perkahwinan. Bagi anda yang ingin merias kek perkahwinan agar lebih cantik dan menarik, tambahkan bunga-bunga ataupun pilihlah alas meja kek perkahwinan dengan dominasi warna merah jambu. Kek perkahwinan dengan warna merah jambu mungkin boleh menjadi salah satu pilihan untuk membahagiakan pasangan wanita anda.

5 Idea Kek Kahwin Elegan Buat Tetamu Teruja Tengok
sumber: pic pintrest

3.RONA UNGU YANG MEMIKAT JIWA

Setiap individu mempunyai warna tersendiri sebagai warna yang mereka sangat senangi. Dengan hiasan bunga juga pola butter cream yang menarik, pastinya kek perkahwinan akan nampak mewawah di mata pasangan anda.

IKLAN
5 Idea Kek Kahwin Elegan Buat Tetamu Teruja Tengok
Sumber: pic pinterest

4.MAWAR MERAH BERI KESAN ROMANTIS

Mawar merah kerap kali dianggap sebagai simbol pada sebuah cinta untuk mengungkapkan perasaan cinta kepada pasangan. Mawar sering kali kita hadirkan dan kita beri pada momen-momen tertentu seperti ulang tahun ataupun ketika waktu melamar. Tidak ada salahnya anda menghadirkan kembali mawar merah ini sebagai tema untuk kek perkahwinan anda. Kek perkahwinan ini boleh menjadi kek yang akan mengingatkan kembali perjuangan cinta anda terhadap pasangan. Menarik dengan paduan warna putih dan merah, ia seakan-akan serasi untuk menghiasi acara resepsi yang penuh elegan.

IKLAN
5 Idea Kek Kahwin Elegan Buat Tetamu Teruja Tengok
sumber : pic pinterest
5 Idea Kek Kahwin Elegan Buat Tetamu Teruja Tengok
sumber : pic pintrest

 

5.HITAM DAN PUTIH TAMPIL ELEGAN

Anda dan pasangan mungkin ada keserasian dalam memilih warna hitam dan putih. Ternyata warna-warna ini boleh menjadi warna yang padu untuk memberi kesan elegan, ringkas dan mewah pada sesebuah kek perkahwinan. Malah hiasan bunga juga boleh menjadi penyeri untuk kek perkahwinan dengan tema kedua-dua warna ini.

5 Idea Kek Kahwin Elegan Buat Tetamu Teruja Tengok
sumber: pic pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI