Menjelang hari bahagia, pastinya pelbagai persiapan akan dibuat untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Ia termasuklah baju kahwin yang bakal disarung oleh bakal pengantin. Rata-rata pasangan pengantin amat cerewet mengenai baju yang akan mereka sarungkan nanti.

Maklumlah, semua pengantin ingin kelihatan cantik dan tampan di hari paling bermakna dalam hidup mereka. Selain potongan dan rekaan sesebuah baju kahwin, jenis fabrik juga perlu diberi perhatian. Ini kerana jenis fabrik juga mempengaruhi kecantikan baju kahwin anda.

Di sini Pesona Pengantin senaraikan 5 jenis fabrik yang paling popular dalam pembuatan baju kahwin di Malaysia. Jom kita tengok.

1. SIFON

Fabrik Popular Untuk Buat Baju Kahwin, Ramai Bakal Pengantin Tak Tahu

Sifon adalah fabrik nombor satu dalam pembuatan sesebuah baju kahwin. Sifatnya ringan, lembut dan mempunyai aliran udara yang cukup baik membuatkan ia sering laku dan menjadi perhatian bakal pengantin. Kebiasaanya fabrik sifon digunakan untuk membuat tudung kerana ia sangat mudah untuk dibentuk.

IKLAN

2. SUTERA SATIN

Fabrik Popular Untuk Buat Baju Kahwin, Ramai Bakal Pengantin Tak Tahu

Terkenal dengan gaya mewah, sutera satin sememangnya membangkitkan aura kewanitaan ditambah lagi dengan bentuk badan yang menawan. Sudah tentu pancaran spotlight tepat mengenai anda. Fabrik ini juga mampu menghasilkan efek kilat secara natural apabila terkena silauan lampu.

3. SONGKET

Fabrik Popular Untuk Buat Baju Kahwin, Ramai Bakal Pengantin Tak Tahu

IKLAN

 

Dengar nama songket mungkin anda membayangkan sepasang baju kahwin tradisional dengan tema Melayu asli. Kini, songket masih diangkat sebagai antara jenis fabrik popular dalam pembuatan baju kahwin. Pelbagai potongan dan teknik jahitan direvolusikan untuk membentuk baju kahwin yang lebih moden menggunakan jenis fabrik ini.

IKLAN

4. ORGANZA

Fabrik Popular Untuk Buat Baju Kahwin, Ramai Bakal Pengantin Tak Tahu

Jika sebelum ini, organza agak kurang mendapat jolokan kerana fabriknya yang agak keras dan sukar dibentuk. Namun kini, ia sering diketengahkan dalam peragaan fesyen termasuklah baju kahwin. Teknik jahitan yang berkualiti mampu menghasilkan efek menawan pada jenis fabrik ini.

5. RENDA

Fabrik Popular Untuk Buat Baju Kahwin, Ramai Bakal Pengantin Tak Tahu

Selain sifon, renda juga antara jenis fabrik utama dalam pembuatan baju kahwin. Pelbagai jenis renda dijual di pasaran. Ada yang diperincikan bersama manik dan batu-batuan, bahkan ada juga yang sekadar jahitan kerawang sarat pada baju kahwin. Kebiasaannya renda sendiri sudah memberi tenaga dalam baju kahwin anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI