Menjelang hari persandingan, pasti kerunsingan membelenggu fikiran dan perasaan. Sedar atau tidak, masalah yang ditanggung secara tidak langsung turut terkesan pada kulit wajah. Garisan halus akan menjelma sehingga wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Jika ini berlaku pasti menjadi pengalaman ngeri buat bakal pengantin. Maka kunjungan ke spa perlu dilakukan oleh bakal pengantin agar kembalikan keyakinan diri. Berikut antara spa yang boleh bakal pengantin kunjungi.

TINI’s SPA BEAUTY AND SLIMMING 

Usah bertangguh lagi. Segeralah dapatkan rawatan bagi memastikan wajah dan tubuh dirawat dengan sempurna. Namun di manakah tempatnya? Apa kata anda kunjungi Tini’s Spa Beauty And Slimming yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ataupun di Taman Dagang, Ampang.

Menurut pemiliknya, Hartini Halim, spa ini menyediakan rawatan wajah dan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Antara rawatan yang tersedia ialah rawatan wajah, tubuh, pelangsingan, waxing, manicure, pedicure dan lain-lain.

Kunjungan Ke Spa Mampu Menyerlahkan Seri Pengantin

Kunjungan Ke Spa Mampu Menyerlahkan Seri Pengantin

MBH MediSpa

MBH MediSpa menyediakan pelbagai perawatan bagi memenuhi kehendak mereka yang ingin membelai wajah sebelum hari perkahwinan. Di sini, pelanggan dilayan bagaikan puteri bagi memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.

IKLAN

MBH MediSpa lebih banyak menumpukan rawatan wajah diuruskan oleh Yaya Mohammad selaku Pengasas bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Shida Mohammad. Spa yang berpaksikan bidang rawatan kecantikan dan kesihatan ini mempunyai 13 buah cawangan antaranya di Shah Alam, Bangi, Senawang, Johor Bahru, Ipoh dan Sungai Petani.

Kunjungan Ke Spa Mampu Menyerlahkan Seri Pengantin

ALAMMI SPA

Alammi Spa, namanya diambil sempena produk semua jadi yang menjadi teras bagi rawatan di sini. Sementara menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan, pengunjung akan dibuai dengan alunan muzik yang menenangkan jiwa sambil minum secawan air halia suam sebelum memulakan rawatan bagi memberi tenaga dan baik untuk penghadaman.

Pengarah Urusan, Maziana Yahya, berkata, spa ini mula beroperasi sejak tahun 2008 di bawah label Tanamera Spa dan kemudiannya diberi penjenamaan semula dengan nama Alammi Spa pada tahun 2014. Spa yang beroperasi di tingkat tiga, Hotel Concorde Shah Alam dibuka sejak tahun 2011. Istimewanya, spa ini menawarkan rawatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki termasuklah rawatan untuk bakal pengantin.

IKLAN

Spa ini turut menawarkan pakej rawatan untuk bakal pengantin dari hujung rambut hingga hujung kaki antaranya skrub badan, bertangas, mandi bunga, pedicure, manicure dan rawatan rambut.

Kunjungan Ke Spa Mampu Menyerlahkan Seri Pengantin

ESTETIKA MEDISPA

Jika anda mengimpikan kulit bersih dan sihat, apa kata buat temu janji di spa kecantikan Estetika Medispa di Seksyen 14, Shah Alam. Ternyata ia sesuai buat bakal pengantin menjelang majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.

IKLAN

Paling menarik, di sini ada disediakan pelbagai rawatan wajah mengikut kesesuaian kulit dengan harga yang sangat berpatutan. Antara rawatan yang disediakan ialah Diamond Glow Therapy, Dermo Expert, Dermo Expert Plus, Vibrant, Lips Rejuvenation, Dermapen, Resurface, Double Layer Vitamin C Facial, Diamond Corbon, Acne Clear dan beberapa lagi terapi.

Kunjungan Ke Spa Mampu Menyerlahkan Seri Pengantin

SPA TELAGA BUNGA BY TIRTA SPA

Menjengah ke Spa Telaga Bunga yang terletak di dalam Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur ini, diri terasa selesa dengan dekorasi keseluruhan spa yang begitu tenang dan mementingkan kebersihan. Pelanggan yang datang disambut dengan dekorasi bertema Bali yang menguasai ruang. Tambah mengasyikkan dendangan muzik sesungguhnya menghadirkan aura selesa di segenap ruang spa milik peribadi Gusti Ayu Made Mudiasih dan suami.

 Kunjungan Ke Spa Mampu Menyerlahkan Seri Pengantin

Rawatan skrub dan mandi susu antara rawatan yang wajar buat bakal pengantin. Saksikan rawatan ini.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI