Kamar tidur merupakan sebuah bilik di mana biasanya kita menggunakan masa yang banyak di dalamnya. Buat pengantin baharu yang masih di alam bulan madu tentunya ruang ini menjadi sudut untuk memadu kasih selain merupakan ruang peribadi untuk kalian berdua menyalurkan rasa cinta.

Dalam masa yang sama juga selain untuk tidur, kamar utama juga merupakan tempat yang paling selesa daripada bilik rumah yang lain. Akan tetapi kebanyakan kamar tidur mempunyai saiz yang sangat terhad. Apabila penataan kamar tidur tidak sesuai ia akan memberi kesan kamar tidur terasa lebih sempit dan tidak selesa. Oleh itu, amat penting untuk menyusun atur semula bilik tidur anda agar ia mampu memberikan magis yang tersendiri.

Sebenarnya banyak cara menata kamar tidur secara sederhana bagi memberikan kelesaan kepada pemilik kamar. Berikut lima cara yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur semula bilik tidur agar menjadi lebih selesa semasa anda berada di dalamnya.

IKLAN

Pilih Kertas Dinding Berbanding Cat

Anda boleh menggunakan kertas dinding pada kamar tidur anda. Paling utama, buat pilihan yang tepat atau pilih kertas dinding sesuai dengan selera anda. Penggunaan kertas dinding sangat disarankan daripada menggunakan cat kerana harga kertas dinding jauh lebih murah jika dibandingkan dengan cat. Selain itu motif daripada kertas dinding saat ini juga sudah banyak dan pilihan warnanya pun berbeza-beza.

Langsir

Pilihlah langsir jendela yang sesuai dengan reka bentuk kamar tidur anda. Penggunaan langsir yang tidak sesuai akan memberi kesan yang tidak selesa, maka dari itu reka bentuk yang sesuai sangat diperlukan. Dengan reka bentuk dan juga warna yang sesuai akan memberikan kesan moden pada kamar tidur anda.

IKLAN

Bidai

Terdapat berbagai jenis bidai antaranya bidai gulung, bidai menegak, bidai kayu atau buluh, bidai aluminium dan langsir Roman Blind (langsir bidai). Anda boleh memilih bidai yang sesuai dengan citarasa anda. Paling penting, ia selesa dan sedap mata memandang.

Ubah Atau Perbaiki Perabot Sedia Ada

Ubah atau perbaiki perabot yang ada pada kamar tidur anda. Pilihlah perabot yang mempunyai ukuran sedikit lebih kecil agar kamar tidur anda mempunyai kesan yang lebih luas. Penataan perabot pada kamar tidur anda harus sesuai agar tidak mengganggu aktiviti anda. Penempatan yang baik juga boleh memberi kesan mewah pada kamar tidur anda.

IKLAN

Pindah Barang

Pindahkan barang yang tidak berguna dari kamar tidur. Apabila mempunyai kamar dengan saiz yang sedikit terhad, barangan yang terkumpul boleh membuatkan keadaan menjadi tidak selesa.

Inilah lima tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur kamar tidur anda agar menjadi lebih selesa walaupun mempunyai saiz keluasan yang terhad.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI