Tentunya setiap wanita yang bakal bergelar ratu sehari ingin tampil berseri di hari pernikahan bagaikan bidadari syurga. Untuk mendapatkan penampilan terbaik di hari bersejarah itu, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan. Tip ini sangat berguna supaya aura wajah berseri-seri jelas kelihatan di hari bahagia itu nanti.

MERAWAT TUBUH

Untuk menjimatkan kos, aktiviti merawat tubuh boleh dilakukan sendiri di rumah. Lakukan secara rutin seperti facial dan melulur badan dua hari sekali selama dua bulan sebelum majlis tersebut. Ini adalah kerana supaya sel-sel kulit mati terangkat dan membuatkan kulit tidak kusam. Di samping itu, kulit juga akan terasa lebih lembut dan berbau wangi.

ELAK DIET MENDADAK

Bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal ramai wanita mengambil jalan singkat dengan berdiet. Amalan diet tidak menjadi satu kesalahan, namun pastikan diet tersebut telah dilakukan sebelum majlis berlangsung dan merupakan diet yang sihat.

MENJAGA KEBERSIHAN

Kecantikan sejati seorang wanita merupakan keseimbangan kecantikan dari luaran dan dalaman. Kecantikan luar adalah sebagaimana seseorang wanita itu menjaga dan merawat tubuhnya, manakala kecantikan dari dalam menunjukkan bertapa anda menghargai diri sendiri

LEMPARKAN SENYUMAN IKHLAS

Sepanjang majlis berlangsung, pastinya anda bakal menjadi tumpuan ramai. Apa sahaja yang ada pada diri anda akan diperhatikan oleh semua tetamu yang hadir. Tambahan lagi, ramai yang ingin mengabadikan foto kenangan bersama anda dan juga pasangan. Untuk kelihatan cantik dan berseri, senyuman yang ikhlas memainkan peranan yang cukup penting. Sekiranya mulut dan gigi anda lebih bersih dan putih, sudah pasti penampilan anda di hari bahagia tampak lebih mempersonakan.

MINUM AIR PUTIH DENGAN BANYAK DAN REHAT YANG CUKUP

Beristirehat juga tidak kurang pentingnya bagi kecantikan badan dan wajah. Sekalipun anda terlalu sibuk membuat persiapan majlis, pastikan anda memikirkan kesihatan diri. Perbanyakkan minum air putih yang mencukupi setiap hari agar anda akan berasa segar dan sihat. Selain  minum air dengan cukup, anda juga perlu sentiasa berfikiran positif supaya fikiran anda menjadi lebih segar dan muka pun nampak bahagia.