Dalam sesuatu perhubungan kita sering meletak setinggi harapan agar pasangan menjadi seperti mana yang kita ingini. Hakikatnya tidak yang kita fikirkan. Lalu wanita beranggapan, lelaki terlalu sukar untuk difahami.

Sejauh mana kebenarannya? Mungkin fakta berikut boleh membantu anda untuk lebih memahami pasangan.

1. Jangan Paksa Lelaki
Sikap semula jadi lelaki tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya. Sebaliknya kebanyakan wanita suka mendesak, memaksa dan menyelidik. Cara begitu sebenarnya tidak menguntungkan. Semakin didesak, semakin lelaki akan membisu dan berhelah. Cara terbaik ialah membaca bahasa badan, matanya atau perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau si dia sedang bermasalah.

IKLAN

2. Lelaki Gemar Berahsia
Wanita mudah bercerita tentang masalah yang dihadapinya atau apa saja yang dirasai dengan wanita lain. Sebaliknya tidak bagi lelaki . Malah untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum, walaupun untuk bercerita dengan teman lelakinya yang rapat.

3. Lelaki Tidak Kompleks
Ramai wanita yang tidak puas hati jika pasangan membiarkan dia sendirian melakukan kerja-kerja rumah. Sedangkan mereka sama-sama penat bekerja. Ini bukan bererti pasangan anda seorang yang konservatif atau sememangnya lelaki ini kompleks. Sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Dia bukan tidak mahu menolong. Katakanlah berterus-terang jika anda ingin meminta pertolongan. Pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.

IKLAN

4. Lelaki Tidak Suka Tekanan
Lelaki perlukan keselesaan perasaan dan tidak suka tekanan. Apalagi jika tekanan itu datang daripada pasangan. Jadi bagi wanita jika mempunyai perasaan sangsi terhadap pasangan, jangan terlalu ditonjolkan. Belajar membendung dan atasinya secara senyap.

IKLAN

5. Lelaki Dan Ego
Biasanya lelaki mempamerkan keegoannya pada dua masa, di pejabat dan di rumah. Tidak dinafikan, ramai wanita yang merasa bosan menghadapi lelaki yang ego begini. Tetapi tidak ada ruginya jika anda mengalah dan mempertingkatkan keegoannya kerana apabila dia merasa senang, semua orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutama orang yang dicintai.

6. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk bercakap tentang sesuatu perkara yang sensitif atau meluahkan masalahnya atau apa jua yang dirasai. Selagi masalah itu tidak selesai, wanita akan terus bercerita. Namun tidak bagi lelaki. Biasanya semakin berat masalah yang ditanggung, semakin dia akan membisu. Sama ada dia tidak mahu menyusahkan pasangan atau mungkin dia memang tidak pandai untuk meluahkannya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI