Perasaan cinta harus dipupuk dari dalam hati dan ia tidak boleh dipaksa. Rasa cinta yang hadir harus jujur, tulus, percaya dan membiarkan anda untuk menjadi diri sendiri. Hubungan yang dijalin juga haruslah seimbang dan perlu mempunyai komunikasi yang baik.

Namun, jika pasangan anda mendesak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi anda untuk melakukannya, awas! Mungkin pasangan anda tidak menyayangi anda dengan sepenuh hati.

Nak tahu perkara apa yang dimaksudkan? Jom kita lihat enam perkara yang tidak akan diminta pasangan jika benar dia menyayangi anda!

1. MENGUBAH SIAPA DIRI ANDA

6 Perkara Yang Tidak Akan Diminta Pasangan Jika Dia Memang Menyayangi Anda!

Pasangan yang baik perlu menerima diri anda seadanya. Tidak perlu membandingkan diri anda dengan orang lain semata-mata untuk kelihatan baik di hadapan pasangan dan orang di sekeliling anda. Pasangan yang baik akan membawa anda pada kehidupan yang lebih baik dan bukannya mengubah siapa diri anda yang sebenarnya.

2. MENGUBAH KARIER ANDA

6 Perkara Yang Tidak Akan Diminta Pasangan Jika Dia Memang Menyayangi Anda!

IKLAN

Tidak ada apa yang boleh mengubah pilihan karier atau pekerjaan anda sekiranya anda benar-benar suka dengan apa yang anda lakukan. Permintaan untuk mengubah karier selalunya terjadi kepada pasangan yang sedang terancam atau tergugat dengan pendapatan atau status anda yang lebih tinggi.

3. BERKORBAN UNTUKNYA

6 Perkara Yang Tidak Akan Diminta Pasangan Jika Dia Memang Menyayangi Anda!

Sesebuah hubungan memang memerlukan kompromi tetapi itu tidak bermakna anda harus berkorban untuk segalanya. Apa pun yang diminta pasangan, anda perlu lebih bijak untuk memikirnya. Jika pasangan anda meminta anda berkorban untuknya hingga menjejaskan kebahagiaan, identiti dan kesihatan anda, sebaiknya anda perlu fikirkan dengan lebih mendalam lagi.

IKLAN

4. MELAKUKAN PERKARA YANG ANDA TIDAK SELESA

6 Perkara Yang Tidak Akan Diminta Pasangan Jika Dia Memang Menyayangi Anda!

Berada di dalam sesebuah hubungan bukanlah bererti anda harus benar-benar melakukan semua perkara yang anda sendiri tidak selesa dan senang untuk melakukannya. Terutama sekali jika pasangan anda sering dan merasa lebih baik menempatkan anda dalam suatu keadaan yang tidak memiliki banyak pilihan.

5. MENGGANGGU PRIVASI ANDA

6 Perkara Yang Tidak Akan Diminta Pasangan Jika Dia Memang Menyayangi Anda!

IKLAN

Tidak salah jika pasangan anda ingin tahu mengenai diri anda dengan lebih mendalam. Namun, jika ia sampai mengganggu privasi anda hingga merimaskan, anda perlulah berhati-hati terutamanya bagi yang belum berkahwin. Belum apa lagi sudah mengganggu privasi anda dan mengongkong hidup anda.

6. MENYEKAT MASA ANDA BERSAMA KELUARGA & TEMAN-TEMAN

6 Perkara Yang Tidak Akan Diminta Pasangan Jika Dia Memang Menyayangi Anda!

Anda dan pasangan harus saling memiliki keseimbangan saat berhubungan dengan satu sama lain atau orang-orang di luar hubungan tersebut. Jika pasangan menuntut lebih banyak masa bersama anda dan lebih sedikit daripada orang lain, ini boleh menjadi tanda yang dia suka mengongkong, cemburu dan rasa tidak percaya tetapi bukannya atas rasa cinta.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI