Titipan undangan raja sehari akan diiringi seawal sebulan sebelum tarikh persandingan. Pun begitu detik waktu yang berlalu, kebiasaannya bakal mempelai akan membuat persiapan lebih awal untuk memastikan kad undangan siap tercetak.

Lebih-lebih lagi jika bakal pengantin itu sendiri yang mereka, mengilhamkan dan menghasilkan sendiri kad perkahwinannya dengan sentuhan peribadi.

Buat bakal mempelai yang ingin berbuat demikian, sebenarnya bukan sukar direalisasikan.

Hanya tujuh langkah yang diperlukan. Selamat mencuba!

IKLAN

1. Dalam pembuatan kad kahwin ini sangat mudah. Mungkin anda boleh menggunakan kelebihan Microsoft word untuk mereka kad kahwin yang ‘simple but nice’ atau anda pakar dalam menggunakan  ‘adobe illustration‘ juga dapat membantu anda melakar sesuatu yang lebih menarik dan istimewa berbanding daripada yang ditawarkan di kedai.

2. Anda perlu mencari kertas yang tampak berkualiti dan pastikan harganya tidak mahal. Ada juga bakal mempelai memilih kertas ‘recycle’ yang mempunyai teksturnya yang tersendiri dan sekali gus menyuntik elemen antik  atau vintaj.

IKLAN

3. Seterusnya anda perlu membina ayat-ayat yang sesuai  untuk diletakkan di dalam kad dengan menggunakan penggayaan ayat yang romantik atau pun boleh juga meletakkan pantun atau seleksi ucapan bakal mempelai.

4. Setelah rekaan kad telah siap dan kad telah dipilih. Langkah seterusnya ialah mencari kedai mencetak yang murah dan pastikan anda mendapatkan diskaun.

IKLAN

5. Buat checklist senarai jemputan dan kenal pasti jumlah keseluruhannya. Pastikan apabila kad itu hendak dicetak, anda lebihkan dalam anggaran 30  hingga 50  keping. Bukan apa, takut anda terlepas pandang dan tercicir nama saudara, rakan taulan dan sebagainya daripada senarai yang telah dibuat. Jika berlaku, masih ada masa lagi untuk membuat sebarang penambahan.

6. Apabila kad kahwin siap dicetak, pastikan jumlah yang diberikan adalah tepat sebagaimana yang ditempah.

7. Setelah selesai semuanya , siap sedia untuk menulis semua nama-nama yang berada dalam checklist . Apabila telah lengkap  dan siap di dalam sampul. Edarkan segera!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI