pic-pinterest

Semua orang pasti memiliki kriteria idaman, baik laki-laki atau wanita. Tiap wanita memiliki kriteria sendiri mengenai lelaki idaman, begitu juga sebaliknya. Bagaimana dengan anda? Apakah pasangan anda memiliki beberapa kriteria  di bawah ini?

1. Sering  Bersemangat

Dia selalu bangun bersama dengan terbitnya matahari, sentiasa bersemangat untuk menyambut hari baru.  Lelaki yang penuh keriangan di pagi hari dapat dikatakan bersiap sedia menghadapi kesulitan hidup. Dengan berbekal rasa syukur dan semangat hidupnya yang tinggi, segala masalah yang mungkin muncul dalam perkahwinan nanti pasti boleh diatasi bersama. Mungkin aia adalah lelaki pilihan untuk anda.

2. Tak sukar mengungkap kata cinta

Apakah dia selalu mengatakan dan menunjukkan rasa sayang pada anda? Menurut penelitian, menyatakan rasa sayang secara teratur merupakan perkara penting yang mendatangkan kepuasan dalam sebuah perkawinan. Jika anda mempunyai kekasih seperti itu, anda sudah mendapat pasangan yang baik. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

3. Menepati janji

Dia akan berusaha menepati janji yang pernah diucapkannya, datang tepat pada waktu, memenuhi tanggung jawab dan kewajipannya dengan senang hati tanpa menunjukkan rasa berat ataupun terpaksa sedikitpun. Apa yang dia katakan akan sama dengan yang dia maksudkan. Persiapkanlah diri anda menjalani kehidupan yang menyenangkan bersama lelaki ini. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

IKLAN

4. Calon ayah yang baik

Perhatikan, apakah dia punya minat pada anak-anak? Mahu membantu mengasuh anak? Dan menurutnya anak-anak sangat lucu dan menakjubkan? Bahkan dia sudah berfikir menyiapkan tabungan untuk keperluan anaknya nanti? Bila jawapan anda untuk semua pertanyaan di atas ialah ya, anda boleh mengahwini lelaki ini kerana besar kemungkinan dia adalah calon seorang ayah yang baik. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

5. Suka berjenaka

Dia senang tertawa bersama anda (tapi bukan untuk mentertawakan anda). Dia juga tahu bahawa mentertawakan orang lain itu tidak lucu. Dia juga tahu bagaimana memandang sisi terang dari sesuatu. Lelaki periang ini baik untuk anda. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

IKLAN

6. Bertanggungjawab

Dia menghayati pekerjaannya dan berusaha mengerjakannya dengan baik.  Dia bersemangat kerja dengan Anda dan berusaha mengatasi kepayahan. Dia memang senang bekerja dan bertanggungjawab. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

IKLAN

7. Tidak Segan Meminta Maaf

Dia tidak pernah segan untuk meminta maaf bila telah berbuat salah atau menyakiti perasaan anda, berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama, dan belajar dari kesalahan itu sehingga hubungan anda dan dia sentiasa baik. Dia juga mengerti bahawa dengan mengatakan ‘maaf’ tidak akan mengurangi kejantanannya. He’s a gentleman, right?. Mungkin dia adalah lelaki pilihan untuk anda.

8. Romantis

Lelaki ini memang agak sulit ditemui. Setidaknya jika dia selalu ingat ulang tahun anda, senang mengajak anda berjalan di bawah cahaya bulan, memilih hadiah ulang tahun yang tepat, mengirim pesanan ringkas ataupun email berisi puisi indah, dan membuat Anda bahagia sebagai wanita. Mungkin dia ialah lelaki pilihan untuk anda.

Sumber: https://www.facebook.com/notes/mimbar-dakwah-islam

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI