• 59
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    59
    Shares

Kecantikan seorang wanita adalah dinilai bukan hanya pada zahirnya malah kecantikan wanita yang sejati ialah apa yang tersirat. Melihat peribadi wanita yang lemah lembut tutur kata dan menjaga tata susila dan perilaku merupakan kecantikan yang sejati buat wanita.

Tiada guna berwajah cantik rupawan namun peribadinya amat mendukacitakan. Wanita yang tergolong cantik dari sudut pandangan Islam ialah mereka yang memilik akhlak yang mulia. Ini bermakna wanita bukan hanya cantik di luar secara fizikal malahan cantik juga peribadinya sekali gus melengkapi pakej seorang wanita.

Pedoman hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad ibn Hanbal dan al-Darimi dalam kitabnya daripada sahabat Abu Hurairah ra.mengatakan bahawa:

“Perempuan dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.”

Walaupun demikian, cantik alami wajah juga tidak bisa dihindarkan begitu saja, jika bisa balance kedua-duanya itulah hadiah dari Allah terbesar untuk para wanita. Berikut merupakan ciri-ciri wanita cantik menurut Islam :

  1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji. (Surah an-Nur 24:31)
  2. Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan. (HR Bukhari)
  3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja. (Surah al-Qasos:25)
  4. Senantiasa bercakap dengan nada suara tidak di manja-manjakan dan tidak dilembut-lembutkan. (Surah al-Ahzab:32)
  5. Menjauhkan gaya tabarruj dan penggayaan diri yang mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya. (Surah al-ahzab:33)
  6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah. (Surah al-Ahzab:59)
  7. Senantiasa bersih dan berbau segar. (HR Bukhari)
  8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur alis dan sebagainya. (Surah an-Nisa:119, HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Thirmizi)
  9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri. (HR Ibnu Abbas)

Dapat disimpulkan bahwa sebenarnya seluruh wanita itu tidak ada yang buruk, semuanya cantik jika bisa menempatkan dirinya dengan baik dan mengikuti cirri-ciri diatas, apalagi bagi kalian yang mengaku sebagai wanita muslimah untuk bisa ditiru oleh seluruh muslimah didunia agar bisa cantik lahir dan batin.

Sumber: pelikdunia.com

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: