Mencari busana perkahwinan yang tepat bukan satu perkara yang mudah. gagal mencari busana yang sesuai menjadikan pengantin kelihatan tidak menarik di hari bahagia, oleh itu ada yang memakai busana yang tidak terletak cantik pada tubuh serta ada yang terlalu labuh. Sebagai bakal pengantin, cuba ambil lapan pendekatan yang Pesona Pengantin sarankan ini.

TETAPKAN HARGA

Jika bajet anda untuk gaun perkahwinan adalah RM5000 ringgit jangan sesekali mencuba rekaan gaun yang melebihi jangkauan harga ini. Cuba cari busana yang bernilai palig maksima berharga 3/4 dari bajet anda. Jika RM5000 ringgit adalah bajet anda, maka harga gaun yang patut dicari adalah dalam lingkungan RM3750 ringgit sahaja. Baki yang lebih adalah untuk anda berbelanja kepada pembelian aksesori seperti sepatu dan layah.

MULAKAN DARI AWAL

Ini adalah satu perkara yang banyak mempelai ambil mudah. Dalam usaha mencari gaun perkahwinan yang sempurna, anda haruslah memulakannya dari awal. Ini memberikan lebih banyak masa untuk bertemu pereka busana dan menilai yang mana patut menjadi pilihan anda. Lebih awal anda menempah busana maka lebih baiklah rekaan dan perincian yang anda perolehi. Bayangkan jika anda mahukan gaun penuh perincian yang benar-benar tersarung indah dibadan, semestinya pereka fesyen memerlukan masa lebih kurang tiga ke empat bulan untuk memastikannya sempurna.

KENALPASTI DRESSCODE ANDA

IKLAN

Mengenalpasti dresscode anda adalah satu perkara penting supaya gaun perkahwinan anda kena pada majlis dan juga lokasi perkahwinan dilakukan. Kini banyak penulis melihat trend pernikahan yang di adakan di dewan masjid namun sayangnya, pengantin perempuan sekadar berselendang dan menampakkan rambut.Bukankah manis jika betul-betul menutup aurat dan menghormati tatasusila berpakaian sebagai wanita Islam di masjid walaupun anda tidak berhijab pada hakikatnya. Untuk majlis resepsi pula, pastikan ada tahu dimana dan bagaimana keadaan cuaca ditempat tersebut. Pastikan busana yang dipilih memberikan keselesaan.

KETAHUI CINTA ANDA

Setiap bakal ratu sehari pasti punya pereka fesyen pilihan yang didambakan, jadi ambil langkah proaktif untuk mendekatkan diri anda dengan mereka melalui media sosial yang ada seperti laman instagram, facebook dan juga laman web mereka. Pastikan diri anda sentiasa up to date dengan sebarang diskaun dan juga pakej perkahwinan yang ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hari-hari biasa.

IKLAN

DENGAR PENDAPAT

Tidak semestinya jenis gaun yang anda sukai sesuai dengan warna kulit dan juga bentuk tubuh anda, jadi tatkala proses kunsultasi dengar pendapat pereka fesyen dengan hati terbuka. Jika anda menyewa gaun perkahwinan pula, dont settle with one boutique. Tinjau sekurang-kurangnya tiga butik dan sarungkan gaun yang anda sukai untuk melihat sama-ada ia sesuai untuk anda atau tidak. Kadang-kadang gaun yang kelihatan tidak menarik dipenyangkut mungkin cantik apabila disarungkan. Di butik-butik sebegini mereka juga memiliki konsultan fesyen yang arif jadi jangan malu untuk bertanya dan juga meluahkan pendapat.

MEMBELI DI WAKTU TEPAT

IKLAN

Jika anda ingin menempah baju dengan pereka fesyen, pastikan and menemah sesi appointment supaya anda tidak kecewa apabila melangkah ke butik mereka kerana tidak semestinya tiap-tiap hari pereka fesyen akan berada di butik. Jika  anda mengunjungi butik pengantin pula, penulis mencadangkan agar anda mengambil cuti pada hari bekerja kerana pada hujung minggu semestinya ramai orang akan mengunjungi butik yang mana ia memberikan ketidak selesaan bagi anda mencuba gaun.

PILIH SAIZ TERKINI

Biasalah jika anda berangan-angan untuk menurunkan berat badan dan nampak lebih langsing pada majlis resepsi anda. Namun pada hari anda menempah gaun kahwin, tetapkannya pada saiz sebenar dan jangan berimaginasi untuk menurunkan saiz kerana anda yakin anda boleh kurus menjelang hari perkahwinan. Bagaimana kalau berat anda tidak turun? Gawat dibuatnya bukan? Baju bukan mudah untuk dibesarkan, sebaliknya ia lebih mudah untuk dikecilkan. Jadi berpijaklah pada bumi yang nyata.

BAWA AKSESORI SEBENAR

Sewaktu mencuba gaun perkahwinan, anda disarankan untuk membawa sepatu milik anda sendiri dan jangan gunakan sepatu yang ada dibutik. Pilih sepatu yang anda selesa untuk gayakan dan tetapkan tinggi tumit kasut tersebut. Dengan cara ini anda boleh merasai perasaan dan keselesaan busana tersebut pada hari perkahwinan. Jika anda mengenakan sepatu sendiri, labuh kain dan panjang leret yang sesuai juga boleh ditentukan dan pasti tidak memberikan anda masalah pada hari sebenar perkahwinan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI