Apabila berbicara tentang soal jodoh nyata ia bukan sekadar omongan ringan. Ia melibatkan soal masa depan. Jodoh itu rahsia Allah. Sememangnya telah ditetapkan jodoh akan setiap daripada kita. Allah hanya bakal mempertemukan kita dengannya sebaik sahaja kita benar-benar telah bersedia.

Tidak semua orang bakal dipertemukan dengan jodoh semudah yang disangka. Adakalanya terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya namun percayalah bahawa setiap daripada kita punya jodoh yang ditetapkan Allah namun jika masih belum bertemu si dia, mungkin masanya masih belum tiba maka bersabarlah menanti jodoh kunjung tiba.

Namun sebagai insan biasa sesungguhnya kita tidak dapat menolak jodoh yang datang tanpa disangka. Inilah yang dinamakan ibarat bulan jatuh ke riba. Sesunggguhnya jodoh sudah punya ketetapan dari Yang Maha Kuasa.

Bagi yang bernasib baik, barangkali mudah untuk ketemu jodoh manakala yang kurang bertuah, ada-ada sahaja halangan yang mendatang sehinggakan semangat untuk mencari jodoh yang didamba-dambakan seakan terpadam. Bertuahnya mereka yang bertemu jodoh tanpa perlu bersusah-payah. Mungkin mereka inilah insan yang ‘terpilih’ kerana begitu mudah jodoh datang mendekat.

*****************************************************************************************

“Dua tahun yang lepas awak tersesat, terselit termasuk dalam sekeping gambar saya dengan rakan sekelas. Time tu kita konvo tapi time tu kita tak pernah kenal/jumpa antara satu sama lain walaupun study kolej yang sama…haha

 

“Sekarang tak tau macam mana tersesat termasuk dalam hidup saya, menjadi sebahagian dari hidup saya. Cantik rahsia aturan Allah. Bila dah jodoh tu mcm na cara pon Allah tetapkan…Alhamdulillah

 

“In Shaa Allah akan sama-sama memperbaiki diri masing-masing.”

******************************************************************************************

IKLAN

Ajaibnya Rezeki Jodoh Sesat

Kisah bermula ketika saya konvo pada tahun 2015. Ketika majlis konvokesyen, saya mengambil gambar bersama rakan sekelas. Pada keesokan hari, saya update gambar di Facebook. Si dia meninggalkan komen kerana adanya gambar dia di dalam gambar itu. Bermula dari situ kami saling berbalas komen dan dilanjutkan lagi dengan chat di Facebook.

Sebenarnya walau pun kami satu kolej yang sama dan merupakan rakan dalam Facebook namun kami tidak pernah berjumpa. Malah kami sendiri tidak pernah tahu yang kami satu kolej. Saya tinggal di Langkawi manakala dia di Kuala Lumpur.

Ketika saya menemani sepupu di Kuala Lumpur untuk membeli barang perkahwinannya kebetulan si dia ada ketika itu maka dialah yang menjemput dan menghantar saya ke rumah sepupu. Tidak seperti pasangan bercinta yang lain, kami tidak pernah declare yang kami bercinta. Cuma..kami selalu berwhatsapp bertanyakan tentang diri masing-masing.

IKLAN

Ajaibnya Rezeki Jodoh Sesat

Tidak lama kemudian si dia datang ke Langkawi bersama sepupunya untuk bercuti. Saya tolong si dia dan sepupunya cari kereta sewa. Sebenarnya kami sendiri tidak tahu bagaimana kami boleh rapat sehinggalah si dia membuka mulut untuk meminang saya. Sebelum itu, dia ada datang berjumpa dengan ibu bapa saya.

Allah permudahkan urusan kami. Tanggal 15 April 2017 kami bertunang. Oleh kerana hubungan kami cinta jarak jauh, saya di Langkawi manakala dia bekerja di Kuala Lumpur  maka boleh dibilang dengan jari berapa kali kami berjumpa. Alhamdullah 8 September 2017 kami dinikahkan diikuti majlis resepsi pada 9 September 2017.

IKLAN

Ajaibnya Rezeki Jodoh Sesat

Mungkin inilah yang dinamakan keajaiban jodoh sesat. Memang tidak disangka-sangka, jodoh datang bergolek di depan mata. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami berdua. Doakan kami bahagia hingga ke syurga nan abadi.

Ajaibnya Rezeki Jodoh Sesat

Kiriman: Fatimazry Al-bukhari

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI