• 258
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    258
    Shares

Melakukan hubungan intim ternyata menyimpan banyak kelebihan untuk suami isteri. Namun dalam menikmati keseronokan itu, tidak dinafikan ada segelintir wanita yang tentunya pernah alami miss v kram selepas hubungan intim.

Shyama Mathews, MD, seorang pakar ginekologi dari New York mengatakan bahawa kebanyakan wanita pernah mengalami rasa sakit atau nyeri seolah-olah kram ketika menstruasi setelah selesai melakukan hubungan intim.

Kajian yang diterbitkan dalam BJOG: An International Journal of Obstetrics & Gynaecology di Amerika Syarikat menemukan bahawa hampir 1 dari 10 wanita mengalami rasa nyeri yang disebut dyspareunia sepanjang atau setelah selesai hubungan intim. Perkara ini terjadi kerana keadaan miss V yang kering, adanya rasa bimbang yang berlebihan, wanita kurang menikmati kepauasan atau wanita alami masalah-masalah lain seperti masalah emosi dan psikologi.

Menurut Lisa Stern, RN, MSN seorang pengamal dari Los Angeles pula, kram ringan pada miss v setelah hubungan intim adalah normal selagi tidak berlaku pendarahan atau kram melampau.

“Saat hubungan intim, penis masuk ke dalam dasar uterus dan otot-otot wanita akan bergerak seiring dengan aktiviti hubungan intim. Otot-otot ini akan mengalami ketegangan dan menyebabkan terjadinya kram ringan.

“Untuk mengurangkan kram ringan setelah melakukan hubungan intim, anda disarankan untuk membuang air kecil terlebih dahulu. Malah penting untuk anda dan pasangan melakukan foreplay sebelum masuk pada ‘aksi utama’. Normalnya foreplay yang dilakukan selama 10-15 minit akan membuatkan alat sulit wanita dan lelaki ‘bersedia’ dengan baik,” ujar Lisa.

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: