Setiap kali berkunjung ke majlis perkahwinan, hadiah buat pengantin menjadi keutamaan. Bermula dari hadiah dan balutan amat ditelitikan apakah yang sesuai khas buat pengantin tambahan pula jika dia merupakan sahabat baik anda.

Sering kali anda membalut hadiah dengan menggunakan pembalut hadiah daripada material kertas yang mempunyai pelbagai corak dan paten. Apa kata kembangkan kreativiti anda dengan gaya yang lebih eksklusif iaitu membalutnya menggunakan fabrik lace dan digandingkan bersama reben satin.

Walaupun ia tidak mudah, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.

Bahan-bahannya:

1. Pembalut kertas
2. Fabrik lace
3. Reben
4. Pin

IKLAN

Apa Kata Beri Pengantin Hadiah Guna Balutan Fabrik Lace, Barulah Ada Kelainan!

Apa Kata Beri Pengantin Hadiah Guna Balutan Fabrik Lace, Barulah Ada Kelainan!

Tip #1: Gunakan kertas warna dan lace yang sama

IKLAN

Tip #2: Gunakan pin supaya lace di melekat dengan sempurna.
Sebagaimana anda bayangkan, pita pelekat tidak melekat pada  fabrik lace. Oleh itu gunakan pin untuk melekatkan fabrik lace dengan sempurna sebelum reben belum diikat.

IKLAN

Tip #3: Gunakan reben bersaiz besar untuk tampil kemas dan menarik.
Penggunaan reben sangat membantu agar balutan tampak lebih kemas. Selepas reben diikat kemas, jangan lupa untuk membuang pin yang melekat sebelumnya.

  • Rona merah jambu dan merah merupakan kombinasi warna yang menarik. Jika anda tidak suka membeli fabrik lace, anda boleh mencari baju lama yang mempunyai lace atau langsir di thrift store selain mendapatkan warna yang sesuai dan saiz yang anda inginkan.

Apa Kata Beri Pengantin Hadiah Guna Balutan Fabrik Lace, Barulah Ada Kelainan!

Sumber: abeautifulmess.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI