pic-pinterest

Majlis perkahwinan yang dinanti bakal menjelang tidak lama lagi. Sudah pasti kesibukan melanda untuk menyiapkan segala persiapan untuk hari istimewa nanti. Kesibukan ini sering kali membuat bakal pengantin semakin stres menjelang hari perkahwinan tiba. Salah satu petanda stres ialah melalui kesulitan tidur nyenyak menjelang hari perkahwinan.

Namun, sesibuk mana pun dengan keperluan majlis tidur cukup dan berkualiti ialah satu keperluan. Idealnya, anda memerlukan waktu tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap hari. Jika jam ideal tersebut tidak dipenuhi, maka masalah kesihatan seperti melemahkan sistem imun, hipertensi, hingga risiko sakit jantung akan melanda.

Selain itu, kurang tidur juga menyebabkan masalah kecantikan seperti kenaikan berat badan, jerawat, masalah rambut hingga timbul mata panda. Setelah mengetahui bahaya dari kurang tidur ada baiknya anda segera hentikan kebiasaan buruk tersebut.

Berikut adalah beberapa tip untuk mengatasi gangguan tidur yang anda anda lakukan.

IKLAN

1. Elak bermain telefon sebelum tidur

Telefon pintar tentu menjadi benda yang tidak lepas daripada aktiviti sehari-hari, termasuk ketika di tempat tidur. Namun ternyata,bermain dengannya sebelum tidur sangatlah berbahaya. Sinar lampu yang berasal dari telefon  pintar akan memancarkan cahaya biru yang dapat meningkatkan produksi melatonin ke otak.Melatonin inilah yang membuat seseorang merasa lebih sukar tidur. Oleh itu, ada baiknya untuk mematikan telefon pada sebelah malam. Dengan begitu fikiran dan tubuh pun akan lebih relaks ketika tidur. Waktu tidur anda  juga tidak akan terganggu dengan notifikasi di telefon.

2. Senaman beberapa jam sebelum tidur

Tubuh yang segar  berpengaruh besar terhadap kualiti waktu tidur. Menurut Helana Emsellem, Direktor The Center for Sleep & Wake Disorder, senaman rutin sangat baik untuk membuang stres dan meningkatkan kualiti tidur. Melakukan senaman di pagi hari atau beberapa jam sebelum tidur membuat anda merasa penat sehingga rasa mengantuk pun datang lebih awal. Selain bersenam, cara lain ialah  20 minit sebelum tidur  melakukan regangan, mandi air hangat atau bermeditasi .

IKLAN

3. Ambil makanan dan minuman yang membantu tidur

Beberapa makanan dan minuman ternyata memiliki kandungan yang boleh membantu seseorang lebih cepat tidur. Anda boleh makan keju atau yogurt yang mengandungi kalsium untuk membekalkan tryptophan ke otak dan meningkatkan melatonin. Ambil segelas susu lembu panas sebelum tidur. Kandungan kalsium pada susu juga baik untuk membuat anda lebih mudah mengantuk. Selain itu, pelbagai jenis makanan lain seperti  kentang, ikan tuna, pisang, dan buncis juga dipercayai mempunyai banyak manfaat untuk membantu masalah sukar tidur.

4. Kurang minum kafein

Bakal Pengantin Elak Buat Perkara Ini Menjelang Hari Kahwin Supaya Tidur Nyenyak

IKLAN

Selain ada makanan yang boleh membantu anda lebih cepat tidur, ada pula bahan makanan yang membuat anda sukar tidur. Ya, kafein. Penelitian oleh Journal of Clinical Sleep Medicine menunjukkan bahawa minum kopi enam jam sebelum tidur dapat mengurangkan jumlah durasi tidur sebanyak satu jam. Jadi bagi anda para pecandu kopi, sebaiknya pilih waktu yang tepat demi menjaga kualiti tidur menjelang hari perkahwinan.

5. Atur pernafasan agar lebih relaks

Bila sudah penat dengan segala persiapan perkahwinan, cubalah untuk melakukan meditasi sebelum tidur. Caranya, ambil posisi yang sempurna dengan posisi tulang belakang lurus dan bahu relaks. Kemudian bayangkan hari perkahwinan di mana anda akan tampil cantik mengenakan gaun pengantin dan dandanan rambut yang mempesonakan.

Bayangkan hal tersebut sementara menarik nafas untuk empat saat, tahan selama tujuh saat, kemudian secara perlahan hembuskan nafas selama lapan saat. Ulangilah teknik pernafasan ini sebanyak tiga kali, lalu tidurlah dengan nyenyak!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI