Trending
Ketahui 10 Ciri Lelaki Gentleman

Ketahui 10 Ciri Lelaki Gentleman

Menjadi lelaki gentleman bukanlah satu perkara yang mudah yang disangkakan oleh semua para lelaki di luar sana, mengambil hati seorang wanita bukan mudah ye! Sweet talker belum tentu dapat mencairkan semua hati perempuan, manis bila berbicara belum tentu menunjukkan ciri lelaki itu mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang lelaki. Apa tanggungjwab  seorang lelaki juga perlu ambil tahu. Lelaki haruslah menjadi seorang pemimpin di dalam rumah tangga yang mampu membimbing isteri ke jalan yang di redhai. Menjadi seorang yang matang dalam membuat keputusan tidak mengikut perasaan. mampu untuk menyara nafkah zahir dan batin serta bertanggungjawab terhadap seorang yang bergelar kaum hawa.

Ciri lelaki gentleman 

  1. Akan membawa barang untuk anda bila pergi membeli belah. Tapi bukan beg tangan anda ye!
  2. Memberi laluan kepada anda dahulu sewaktu berjalan.
  3. Menarik kerusi untuk beri anda tempat duduk.
  4. Membuka pintu kereta, walaupun anda boleh buka pintu kereta sendiri.
  5. Tidak akan memberi peluang untuk anda membayar sebarang pembelian atau cuba untuk belanja. Jatuh la saham lelaki uol….
  6. Sentiasa tampil kemas dan bergaya setiap kali keluar bersama anda.
  7. Tidak akan bercakap perkara yang kosong dan tidak boleh di terima akal. Pendek kata lawak bodoh!
  8. Susah untuk mendengar mereka ketawa besar sambil tepuk-tepuk meja.
  9. Mereka juga bukan jenis yang suka bermain whatapps dengan massage yang panjang.
  10. Mereka juga tidak mudah melemparkan senyuman. Bukan sombong ye…
Gundah Hati Haqiem Rusli Kini Terjawab

Gundah Hati Haqiem Rusli Kini Terjawab

Apa persoalan yang membuatkan Haqiem Rusli atau Ridzuan Haqiem Rusli, 21, ingin menarik diri dalam bidang seni nyanyian yang hangat diperkatakan pada hari Ahad lalu sehingga hari ini. penantian satu penyiksaan untuk peminat Haqiem Rusli yang ingin menanti keputusan yang sebenarnya pada Julai ini. Bagaimanapun memberitahu dia hanya membuat keputusan berhubung perkara itu pada Julai ini.

“Pengumuman penting kepada semua, dah lama saya tunggu saat ini dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.

“Saya ingin memberitahu tentang posisi saya dalam industri muzik, BERHENTI atau TIDAK pada AWAL BULAN JULAI saya akan memberi jawapan sepenuhnya,” tulisnya di Instagram.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Haqiem berkata, dia melalui banyak keperitan sepanjang bergelar penyanyi dan tiada siapa dapat memahami keperitan dilaluinya.Malah dedah Haqiem, masalah kemurungan yang dihadapinya sejak awal tahun ini turut mendorong sebab dia ingin meninggalkan bidang seni.

Kesemua gambar di dalam Instagram bintang ini telah dipadam sejak Ahad lalu. Keadaan ini membuatkan ramai peminatnya terkejut dengan tindakan mengejut yang dilakukan Haqiem. Apa pun kita sebagai manusia perlulah memberi peluang kepada insan yang inginkan ketenangan dalam mencari jalan yang mungkin dapat menenagkan beliau. Kita tidak tahu apa yang dirasakan dan ditanggung oleh Haqiem Rusli selama dia bergelar penyanyi.

Haqiem Rusli juga yang menjadi penghias kulit majalah Pesona  pengantin Julai ini membuatkan team Majalah Pesona Pengantin terkejut dengan keputusannya. Anak muda ini cukup lemah lembut dan sopan. Senang untuk dibawa berbincang, tidak mempunyai ragam dalam apa jua keadaan. Agak pemalu jika ingin digandingkan dengan wanita, tetapi apabila di dalam waktu menjalankan tanggungjawab Haqiem seorang yang sangat profesional.

Haqiem juga banyak berkongsi kisah dengan Majalah Pesona Pengantin, jika ingin tahu kisah lanjut mengenai Haqiem Rusli, dapatkan Majalah Pesona Pengantin Julai ini.

Cinta Tidak Mengenal Usia

Cinta Tidak Mengenal Usia

Cinta itu buta! Benarkah cinta itu buta? Atau pemilik cinta itu yang buta dalam percintaan? Saat bercinta adalah satu perkara yang teragung dalam kehidupan yang memiliki rasa cinta itu. Siapa yang tidak menginginkan diri ini di sayangi dan di cintai. Pastinya setiap hari berbunga-bunga dengan senyuman tanpa disedari. Ada yang alpa dalam tanggungjawab tatkala asyik diulik rasa cinta yang tiada kesudahannya. Usah membinasakan diri mahupun membuang masa dengan gaya hidup kurang sihat dengan semata-mata mengejar erti cinta.

Cinta adalah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada setiap umatnya. Ia juga tidak mengalakkan umatnya hanyut di dalam rasa cinta yang diberikan. Apa yang dikatakan dengan cinta pandangan pertama? Dengan detik pertama pertemuan hati sudah mula berdegup kencang, inilah yang dikatakan dari mata turun kehati. Dalam perasaan sebegini siapa yang pernah alaminya. Pasti indah bukan. Jika saat itu anda telah jatuh cinta pada seseorang dengan hanya senyumannya ataupun gerak gerinya, pastinya usia, raut wajah dan sebagainya tidak menjadi pesoalan saat itu. Perasaan dan nikmat indah itu hanya hadir pada saat anda bertemu dengan si dia.

Tatkala memilih pasangan yang lebih tua ada kelebihannya, pastinya dia adalah orang yang akan lebih bertolak ansur dengan anda yang lebih muda jauh daripadanya, dan dia juga akan lebih menyanyangi kamu dan melayan kerenah anda yang seakan-akan anak kecil itu.

Manakala jika anda memilih pasangan yang lebih muda daripada anda atau seusia anda ia akan menyuntik rasa selesa tatkala bersama kerana anda akan mempunyai idea yang tidak jauh beza dan juga kadang kala anda yang perlu bertolak ansur dengan pasangan anda. Wanita lebih cepat matang berbanding dengan lelaki yang agak lambat matang dalam percaturan kehidupan. Tidak kiralah tua atau muda jika itu sudah menjadi pilihan dan jodoh anda, sayangi pasangan anda dengan sebaik mungkin. Jika saat bercinta segalanya indah dan manis. Bak kata orang ‘kentut pun wangi masa bercinta’, tetapi bila dah berkahwin dan memulakan kehidupan bersama macam-macam perkara yang keluar.

Jika perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga, cuba selesaikan dengan baik. Berbincang adalah satu perkara penting yang pertlu diambil berat oleh semua pasangan. Elakkan perasaan ego yang terlampau di dalam alam berumah tangga ini mengudang kerumitan untuk hidup bersama bersama pasangan. Jadikan sesuatu yang berlaku itu satu hikmah atau pengajaran untuk kita semua matang dan mengenali lebih rapat dengan pasangan masing-masing.

Barulah harmoni rumah tangga dan berkekalan sehingga jannah! Ungkapkan kata-kata manis setiap kali bertentang mata. Hnagatkan suasana seperti mana pernah anda lalui saat bercinta dahulu agar pasangan anda masih kuat melekat pada aura cinta anda.

Kredit Foto: Pinterest

Calon Ustaz Muda Makin Panas

Calon Ustaz Muda Makin Panas

Mengimpikan sebuah rumahtangga yang bahagia dan dirahmati adalah impian ramai. Jika dahulu sering kali kita mendengar ramai yang inginkan ciri suami yang handsome, kaya berharta dan berpangkat besar. Adakah ini semua menjanjikan kesempurnaan? Tepuk dada tanya selera. Adakah anda inginkan suami yang sering menjadi tumpuan ramai kerana raut wajah tampan dan berharta atau ingin seorang imam dalam sebuah perkahwinan, yang mampu membimbing dan mendidik anda kejalan yang lebih baik dan sempurna.

Pastinya sejuk hati ibu bapa jika anak gadis mereka membawa pulang calon yang cukup dengan ciri islam ini. Jika kita ingat kembali ciri-ciri suami di dalam Islam ialah yang pertama, kuat iman serta beragama islam dan yang seterusnya barulah paras rupa, keturunan dan kemampuan. Jika ini lengkap barulah boleh dipilih menjadi calon suami. Persoalanya di sini ramaikah Ustaz Muda di luar sana bersedia untuk memperisterikan wanita-wanita diluar sana dan membimbing mereka ke jalan yang di redhai? Atau ustaz hanya melihat wanita-wanita yang telah berhijab dan sempurna sahaja? Bagaimana pula dengan yang masih baru bertatih di dalam mendekatkan diri dengan agama.

Setelah drama NUR yang ditayangkan di dalam sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini menjadi trending anak-anak gadis mengimpikan Uztaz Muda sekacak Syafiq Kyle yang memperisterikan Amyra Rosli dan membimbingnya kejalan benar setelah dengan apa yang dilalui Amyra sejak kecil lagi. Gadis lorong yang ingin berubah dengan sepenuh jiwa ini telah mencuri hati Ustaz Muda buat kali pertama mereka bertentang mata di Masjid yang Ustaz ini sering memberi kuliah setiap subuh.

Drama ini membuatkan ramai anak gadis khayal dengan epilog cinta mereka. Bertemu jodoh di masjid satu kepastian bahawa orang yang menjejakkan kaki ke masjid adalah orang yang kuat imannya. Bukan itu satu tanggapan dan pandangan masyarakat sahaja. Tidak kira di mana anda bertemu jodoh pastikan ciri yang sempurna dan mengikut islam ini ada pada bakal suami anda. Restu keluarga juga penting untuk seseorang itu bahagia di dalam rumahtangga.

Idea Pemanis Mulut Di Majlis Perkahwinan Sempena Hari Raya

Idea Pemanis Mulut Di Majlis Perkahwinan Sempena Hari Raya

Idea untuk mewujudkan meja pemanis mulut ini sebenarnya mampu menjadikan majlis lebih meriah, apatah lagi jika dipenuhi dengan pelbagai makanan yang membangkitkan selera. Bukan hanya majlis sambutan ulang tahun, anda juga boleh mengadakan meja pemanis mulut untuk majlis perkahwinan. Pilih satu tema yang menarik agar semua hidangan yang bersesuaian boleh anda wujudkan contohnya pilihan tartlet, macaroon, kek dan manisan yang lain. Pastikan penggunaan warna dan motif yang ditampilkan di meja pemanis mulut bertepatan dengan tema majlis perkahwinan anda. Selain itu pilihan pinggan, dekorasi, alas meja juga backdrop turut melengkapi tema yang dipilih. Oleh itu jom lihat inspirasi meja pemanis mulut yang bakal pengantin boleh cetuskan di majlis perkahwinan anda nanti.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: