Bila Rezeki Datang Tak Disangka, Walau Gaji RM1500 Pun Lelaki Ini Masih Mampu Nak Kahwin!

Bila Rezeki Datang Tak Disangka, Walau Gaji RM1500 Pun Lelaki Ini Masih Mampu Nak Kahwin!

Zaman sekarang ni kalau gaji dalam RM4K pun boleh katakan cukup-cukup makan sahaja. Nak bayar sewa rumah, bil telefon, bil api air, barang dapur dan macam-macam lagi.

Namun gaji kecil bukan alasan untuk anda jadikan ia sebagai satu masalah besar. Lagi-lagi buat mereka yang ada niat untuk membina masjid bersama pasangan. Baca cerita Wan Utama di facebooknya yang mampu dijadikan teladan untuk anda yang khuatir ingin berkahwin walaupun bergaji kecil.

Bang, saya nak kahwin lah! Tapi…

“Bang, saya nak kahwin lah. Tapi,gaji saya bulan bulan tak banyak, takut tak mampu plak nanti nak tanggung isteri saya nanti!”..kata aku pada abang Dollah.

Entah kenapa perkara begini yang aku tanya pada abang Dollah malam tadi. Mungkin sebab abang Dollah lebih berumur daripada aku, aku selesa meminta pendapat nya tentang hal ehwal kahwin. Bosan juga asyik nak bercerita pasal hal Neelofa masuk Air Asia.

“Bila kau nak kahwin?”..tanya Abang Dollah pada aku.

“InsyaAllah kalau ada jodoh,macam nak langsung tahun depan Bang, tapi bergantung jugak lah pada kewangan saya nanti,” jelas ku pada abang dollah.

Abang dollah mengagguk.

Dia kemudian mengeluarkan kotak rokok Dunhill dari dalam beg hitam lusuhnya lalu menarik keluar sebatang rokok dari kotak yang terpampang gambar janin bayi dengan tertulis ayat ” Merokok penyebab keguguran Janin!”

Kechip! Kechip!

Bunyi lighter Alladin yang dipetik abang Dollah lalu membakar rokok Dunhill nya dengan penuh tertib.

Dilindunginya api lighter supaya tidak terpadam dek tiupan angin malam di warung Man Tuk Tuk tu.

Berkepul kepul asap keluar dari mulut, hidung dan telinga abang dolah setelah menyedut beberapa kali rokoknya yang telah sempurna dibakar!

“Style!”..kata ku didalam hati tatkala memandang cara abang Dollah menikmati rokok yang boleh menyebabkan keguguran janin itu.

“Gaji kau berapa tadi?”…Abang Dollah bertanya kembali kepada aku.

“Rm1500 bang..lepas tolak Kwsp semua!”..balas aku ringkas.

“Kau sayang dia?”…Abang Dollah tanya lagi pada aku.

“Sayang sangat bang!”…jawab aku bersungguh sungguh!

“Aku dulu macam kau ni lah! Nak kahwin, tapi was was cukup ke tak cukup gaji aku nak tanggung anak orang..tapi bapak aku pesan pada aku kira kir 5 bulan sebelum aku nikah akak Milah kau…ni aku sampaikan pulak pda kau!

Orang bergaji 1500 tetapi kualiti kerja 3000, Allah tambah gajinya 1500 dengan diberikan kesihatan. Kalau sakit mustilah nak kena keluor duit bayar ubat itu ini. Rezeki yang datang tak disangka-sangka..Tiba-tiba ada orang belanja makan, jemput pergi majlis kenduri, dapat side income, orang mintak tolong kemudian bagi upah, bini kau pula tak meminta meminta, dia pun bantu memudahkan semua urusan kau, kereta tak break down dan macam macam lagi lah nikmat Allah beri.

Tapi, jika orang gaji 3000 tetapi kualiti kerja 1500, Allah tarik barokah gajinya 1500 dengan bermacam-macam kesusahan melanda pada dirinya.”terang Abang Dollah panjang lebar.

“Ye tak ye jugak bang..betul tu!” Aku setujukan kata abang Dollah!

“Dan kau nak tahu apa yang paling best bila rezeki kita berkat walaupun tak banyak?”soal abang Dollah pada aku.

“Apa dia bang?”balas aku sedikit teruja.

“Dengan gaji rm1500 tu pun kau boleh mampu kahwin 2!HA HA HA HA HA HA!” Berdekah Abang Dollah ketawa!

………………………….

Cerita di atas adalah petikan dari buku “Nama aku Dollah” yang aku terbaca kelmarin.

Saja lah aku nak share kat korang. at the end, bukan kuantiti,tapi kualiti. Barokah rezeki yang utama, insyaAllah Tuhan kurniakan kesenangan berlipat kali ganda.

Sebelum Nak Hantar Borang Kahwin, Bakal Pengantin Kena Tahu 8 Prosedur Ini. Penting Ye!

Sebelum Nak Hantar Borang Kahwin, Bakal Pengantin Kena Tahu 8 Prosedur Ini. Penting Ye!

Buat yang merancang kahwin dalam masa terdekat atau sebaliknya, tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Perkara pertama, sudah pasti yang mana perlu kita mulakan dahulu. Lagi-lagi berkenaan dokumen dan prosedur yang melibatkan jabatan-jabatan atau sektor yang berkenaan.

Tapi jangan risau kerana perkongsian oleh pemilik Facebook Nur Madihah ini mungkin akan memudahkan urusan anda sedikit sebanyak.

Assalamualaikum semua!~

Harini mood rajin sikit nak share pasal panduan kepada para bakal pengantin dalam menghantar borang kahwin. Haa. Disebabkan saya pernah berpraktikal di Pejabat Agama & tiap hari dok handle borang kawen pastu akhir-akhir ni ramai sangat kawan-kawan dok tanya prosedur kahwin, elok lah kiranya saya tulis teros kat FB kot? Senang sikit satu dunia semua tau haha.  😂 😂 😂
Sebenarnya senang ja, tak susah mana pun.  😉

1) Ok first sekali. Bukak website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia iaitu www.sppim.gov.my.

-Ok then, klik kat Benar Nikah Online (Kebenaran Nikah) dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
-Dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari website tu.
-Nombor tu penting sebab nak guna setiap kali log in.
-Borang boleh dikemaskini dan di-edit selagi belum diproses oleh pejabat agama.
-Oh ya, untuk makluman semua, permohonan kebenaran nikah secara online setakat 2017 ini meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja.
Bagi negeri-negeri yang tak disebutkan tu, bolehlah terus memohon secara manual di Pejabat Agama Islam daerah masing-masing ya!  ☺

2) Check pasangan lelaki tinggal di daerah mana.

-Kalau daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki & perempuan kena hantar borang nikah online tadi tu ke pejabat agama dalam tempoh 30hari/sebulan sebelum tarikh akad nikah.

-Tapi kalau daerah/negeri lelaki berbeza dgn perempuan, bakal pengantin lelaki kena hantar borang tu ke pejabat agama dalam tempoh 90 hari/3 bulan sebelum tarikh akad nikah.

3) Hantar borang.

– Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop.
– Then bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
-Boleh rujuk gambar kat bawah.  👇
-Kalau di negeri Kedah ni, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain taktau la camna.
-Dah settle, kena bayar RM15 (seorang) utk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 lah, pehe dok?  😁
– Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing2.

4) Bagi borang kebenaran kepada pihak perempuan.

– Selepas seminggu, boleh mintak tolong mak/ayah pihak lelaki ambil kan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan.  👉 👉 ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.

– Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dgn pihak perempuan, terus bagi kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.

5) Ok. So berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawak borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh pejabat agama tadi ke pejabat agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.

– Then lepas seminggu, pejabat agama bagi borang kebenaran nikah kat pihak perempuan.
– Pastu bawak pulak borang tu kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.
– Ok nak selesai dahhh, ciked lagiii  😉 🏃

6) Akad nikah.

– Masa akad nikah, tok kadi/tok imam akan bagi surat nikah sementara.
– Pasangan wajib check maklumat macam nama, IC dalam surat tu betul/tak. (Ini PENTING sebab maklumat tu akan digunakan untuk buat sijil nikah pulak)
– Then bawak surat nikah sementara tu ke pejabat agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat sijil nikah.
-Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah  😉

7) Proses utk mohon sijil nikah.

– Bawak surat nikah sementara (asal + salinan)
– IC sendiri, IC pasangan & IC wali
– Bayar RM20 untuk sijil nikah.
– Tunggu sebulan, then boleh ambil sijil. (Bergantung kepada negeri masing2 ada yang tak sampai sebulan pun sijil dah siap  ☺)
– Pastu fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet.
-Yang sijil nikah asal tu just simpan ja dalam file.
– PENTING! Sebab takut satgi kena serbu dengan pegawai agama haha. Kot2 la depa ingat kita tak kawen lagiii~ hihi so bila kena serbu, tunjuk ja bukti sijil nikah tu!  😀

8) Proses untuk mohon kad kahwin.
– Dah dapat sijil tu, better buat kad kahwin pulak.
– Perlu bayar RM40 untuk sepasang pasangan.
– Nanti pejabat agama akan bagi checklist dokumen apa yang perlu dibawa untuk mohon kad kahwin.

DAH SELESAI YEAY!  😍 HIHI ALHAMDULILLAH. Itu jee.  💁 Nampak rumit ke? Pening ke? Lek lek. Simple ja sebenarnya benda ni. Saya dulu masa praktikal tu sampai kena buat notes tempek kat dinding kaunter tu untuk nak ingat hahaha. Nak dekat sebulan baru ingat proses ni adoyai.  💆

**Apapun sistem ini dari segi jumlah bayaran dan lain-lain ialah berdasarkan waktu saya praktikal pada tahun lalu iaitu tahun 2016. Tahun ni mungkin sistem dah update, jadi mungkin ada sedikit perubahan. Korang juga boleh refer & call pejabat agama dulu ya untuk dapatkan lebih kepastian  ☺ sebab sistem di setiap pejabat agama ni berbeza mengikut negeri  😁

So boleh terus klik kat v atas kanan tu & tekan saved ya! Dah save, bila-bila masa ja uolls boleh baca  😇

Okay so….Selamat Berkahwin Uolls!  💑 Haha.

Belum Pernah Ada Majlis Kahwin Yang Pengantin Mampu Layan Semua Tetamu Seperti Dihadiri Wanita Ini

Belum Pernah Ada Majlis Kahwin Yang Pengantin Mampu Layan Semua Tetamu Seperti Dihadiri Wanita Ini

Kebiasaan majlis, yang pernah kita pergi, selalunya yang akan lebih melayan tetamu adalah kaum keluarga. Itu pun bukanlah lama, hanya menyapa. Jarang sekali kita lihat pengantin dapat melayan tetamu melainkan setelah selesainya majlis.

Berlainan yang dialami perempuan ini. Noor Fathin Azlan berkongsi, ini pertama kalinya yang dia lihat, pengantin betul-betul ringkas dan mampu layan semua tetamu yang hadir. Serba serbi ringkas yang buat dia kagum akan majlis yang dihadirinya ini.

Satu majlis kahwin yang pernah aku attend yang takkan aku lupa sampai bila-bila.

Sesampainya aku di majlis berkenaan, aku bertanya pada Amer pasti ke ini rumah sepupu dia? Sebab aku dan dia tak pernah sampai ke sini. Mungkin kalau berjumpa pun di kampung halaman ketika hari raya. Amer pun mengiakan sebab dia cakap di depan sana ada sepupu-sepupu dan mak sedara dia di bawah khemah. Kami parking kereta di sebelah rumah jiran mereka.

Pada mulanya aku sedikit pelik, takkan ini majlis kahwin? Orang tak ramai. Hanya beberapa saudara-mara dan beberapa orang sahaja kawan-kawan mereka padahal jam baru menunjukkan pukul 2.30 petang.

Terdapat dua khemah tetapi tidak dipenuhi. Hanya dua buah meja saja yang digunakan. Khemah tak besar pun.

Aku bersalaman dengan saudara-mara amer. Sambil-sambil itu ketika aku di bawah khemah aku cuba tinggikan kepala aku untuk mengintai-intai ke dalam rumah untuk melihat pengantin atau mungkin juga pelamin.

Ketika kami bersembang dengan rancaknya, Amer terpanggil budak perempuan di depan aku dengan panggilan nama ‘Wani’. Aku mula pelik. Tak mungkin ini Wani. Bukan ke Wani pada hari ini seorang pengantin? Rupa-rupanya memang betul dialah orangnya. Pengantin yang aku cari dari tadi ada di depan mata aku. Mati-mati aku ingatkan dia keluar untuk outdoor shoot.

Bagaikan tidak percaya, dia hanya memakai baju kurung dan bertudung bawal crepe berwarna merah jambu. Mekap seperti biasa yang hanya mengenakan bedak, lipstick, celak dan maskara sahaja. Bila aku comparekan mekap aku dan dia, mekap aku lebih tebal seinci darinya. Dan aku terdengar perbualan mereka, ‘inai kat jari ni guna daun inai depan rumah ke?’. Jawab Wani, ‘ya’. Aku terus melihat pokok inai di depan rumahnya. Daunnya sangat lebat. Inai dijarinya tidak merah pekat tetapi cukup sekadar berwarna oren.

Aku nampak dari jauh suaminya sedang menunggang motor. Barangkali datang dari kedai berdekatan. Suaminya hanya memakai baju melayu biasa. Seperti baju melayu hari raya. Tersangat simple. Tiada tanjak dan tiada keris. Dan ketika itu suaminya sudah mengenakan baju t-shirt untuk melakukan kerja cuci pinggan-mangkuk.

Dan bila aku masuk ke dalam rumah, tiada pelamin. Ya. Tiada pelamin! Malah untuk meja makan beradap pengantin pun tidak ada. Dan pengantin lepak makan bersama-sama. Melayan tetamu yang datang. Ketika aku di dalam rumahnya, kami berbual hampir sejam. Banyak yang aku tanya, lagi-lagi melibatkan bajet keseluruhan kahwin. Katanya tak sampai RM4K untuk keseluruhan majlis.

Dan yang aku perasan tiada pula par yang disusun penuh dengan barang hantaran. Barangkali ada di dalam bilik pengantin. Itu aku tak pasti.

Katanya, gulai daging kawan ayah dia yang sponsor. Ada kuih tapai mak kawan dia yang sponsor. Dan kuih onde-onde pula ada makcik jiran yang sponsor. Alhamdulilah rezeki dia, mungkin Allah memberkati majlis kerana niatnya memang jelas tiada pembaziran.

Yang aku tahu, majlisnya tiada pelamin, tiada mekap pengantin, tiada meja makan beradap, tiada photog, tiada dj, tiada bersanding, tiada baju pengantin dll.

Aku kagum sangat. Majlisnya sangat-sangat simple dan jimat. Dialah merupakan pengantin yang pernah aku jumpa yang dapat berbual dan melayan tetamu dengan sangat baik. Dia betul-betul meraikan tetamu yang hadir.

Walaupun majlis perkahwinannya sangat bersederhana, namun aku dapat rasakan keberkatan Allah bila attend majlis perkahwinan dia. Dengan hujan renyai-renyai seolah-olah Allah merahmati dan memberkati majlisnya. Terpancar kebahagiaan di wajahnya.

Beruntunglah suaminya memiliki Wani, kerana untuk zaman sekarang untuk memiliki perempuan yang dapat mengawal nafsu antara kemahuan dan keperluan paling susah untuk dapat. Aku dapat rasakan dia perempuan yang berhati suci dan baik kerana tiada istilah riak atau menunjuk-nunjuk, bersyukur dengan apa yang ada, dapat mengawal nafsu dan godaan syaitan (boros) dan tidak terpengaruh dengan majlis orang lain.

Aku ucapkan semoga wani dan suami berbahagia till jannah  🙂

Ps; selama ni aku pernah update status tentang bajet kahwin Rm5k dan status tentang insan yg tidak riak, bersyukur dgn apa yang ada, bersabar, zuhud dll. Ternyata aku telah menemui insan itu, WANI.

(TUTORIAL) Idea Pelamin Dengan Hiasan Bunga Tisu Buatan Sendiri, Senang Saja Nak Buat!

(TUTORIAL) Idea Pelamin Dengan Hiasan Bunga Tisu Buatan Sendiri, Senang Saja Nak Buat!

Sebenarnya banyak cara yang mampu kita lakukan untuk menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan. Siapa kata dengan bajet sedikit, kita tak mampu untuk merealisasikan majlis perkahwinan dengan penuh warna-warni. Sebenarnya anda boleh berjimat untuk menghasilkan pelamin anda sendiri yang nampak grand tetapi modalnya begitu murah.

Facebook Siti Hajar mendapat perkongsian lebih 5 ribu bila dia mengajar cara-cara membuat bunga tisu yang nampak susah tapi sebenarnya mudah!

Minggu cuti sekolah nanti, mesti ada kengkawan nak mendirikan rumah tangga mahligai cinta istana bahagia.. Sapa sapa yang suka ber diy jom kita buat bunga tisu untuk majlis indah kalian nanti tu..

Tutorial bunga tisu by cikloo

Bahan bahan:

Tisu kotak (cikloo guna tisu yang 3 lapis)
Gunting
Jarum dan benang / dawai bunga

Cara-caranya:

1) Keluarkan 3 keping tisu, susun.. Jadilah 9 lapisan tisu

(Andai tisu yang kita beli tu bersaiz empat segi sama.. potong sedikit di bahagian tepi supaya dapat saiz 4 segi tepat yaa.. Bila buat bunga guna saiz 4 segi sama bunga tak berapa kembang)

2) Boleh lipat tisu tadi macam nak buat kipas kertas tu

(lipat mulakan dari saiz yang pendek yaa)

3) Siap lipat, ambik benang jahit di tengah tengah tisu tadi hingga kemas yaa

(Andai nak buat bunga telur, wajib guna dawai bunga tu ya kawan kawan untuk mengikat tengah tengah tisu tu)

4) Kemudian, potong di kedua-dua hujung menjadi bentuk U ataupun bentuk /

5) Boleh, di buka kuntuman dengan perlahan lahan dengan kasih sayang yaa.. tisu lembut kann nanti kasar kasar terkoyak pulak iaa

6) Siap.. bolehlah di hias kat mana mana ikut kekreatifan anda yaa.. Wat proop bergambar ke, hiasan hantaran tunang, kawen uolss nanti

🌼 🌼 🌼 🌼 🌼

Jommm layan video sambil dengar lagu budak kacamata ewahhh “Hanya Kamu”

Bila Dalam Kesempitan, Bacalah 7 Zikir Ini. Mampu Buat Rezeki Datang Tanpa Disangka!

Bila Dalam Kesempitan, Bacalah 7 Zikir Ini. Mampu Buat Rezeki Datang Tanpa Disangka!

Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri.

Tidak sudah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah zikir dan doa pembuka pintu rezeki ini dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kita.

1. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At-Tabrani)

2. Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut di dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim

“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

“Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah

“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan Beristighafar

“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Menjemput Rezeki

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas
Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakanlah.
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami, Aamiiin
Ya Allah Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga Allah mengabulkan Doa kita.

Semoga Bermanfaat. In shaa Allah.

Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua, cuba amalkan satu persatu. Biar sedikit tetapi istikamah. Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal. Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.

Sumber Artikel: Islam Itu Indah

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: