6 Idea Dulang Hantaran Berkonsepkan Bunga Segar, Simple Tapi Tetap Cantik!

6 Idea Dulang Hantaran Berkonsepkan Bunga Segar, Simple Tapi Tetap Cantik!

Trend dulang hantaran perkahwinan sentiasa berubah-ubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah ke trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya miliki ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Walau bagaimanapun dulang hantaran menggunakan bunga segar tetap menjadi pilihan bakal mempelai kerana ia lebih menyerlah.

Perlu diingatkan bahawa hiasan bunga segar tidak boleh terlalu sarat sehingga menenggelamkan barang-barang hantaran. Memadai dengan beberapa kuntum bunga bagi memperindahkan gubahan hantaran. Kebiasaannya bunga-bungaan disusun kemas di sekeliling dulang. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kreativiti anda untuk menggubah dulang hantaran asalkan ia tidak nampak terlalu padat.

Berbanding dahulu, kebanyakan dulang hantaran pada masa kini lebih berkonsepkan pada warna-warna pastel. Antara pilihan bunga-bunga segar yang sering menjadi pilihan ialah hydrangea, baby breath, ros, lili dan sebagainya.

Gabungan warna-warna pastel dan kesesuaian dengan penggunaan bunga untuk dulang hantaran sangat sesuai untuk majlis nikah mahupun majlis persandingan. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.

Ayuh kita cuci mata dengan pilihan dulang hantaran yang ‘bermain’ dengan gabungan warna-warna pastel bunga-bunga segar.

 

 

 

 

 

Kredit Gambar: Instagram mankajang29

Jangan Sakiti Hati Isteri Kerana Ia Menyulitkan Rezeki Datang Dekat!

Jangan Sakiti Hati Isteri Kerana Ia Menyulitkan Rezeki Datang Dekat!

Seorang suami adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya. Suami berperanan menyayangi, menafkahi serta menjaga keluarganya. Syurga seorang isteri ada pada diri seorang suami. Isteri yang menuruti segala permintaan dan perintah suami maka jaminannya adalah syurga nan abadi.

Terkadang isteri yang hanya menjadi suri rumah tangga sering dipandang rendah oleh sesetengah suami. Hal itu membuatkan suami menggunakan kuasa vetonya untuk menyakiti hati isteri kerana merasakan dia berhak berbuat demikian.

Jika suami sering melukai hati isteri dan dia tidak meminta maaf serta berusaha untuk mengubah sikap buruknya itu maka ia akan membuatkan pintu rezekinya tertutup.

Padahal membahagiakan isteri akan membuka pintu rezeki untuk keluarganya. Apakah kebenarannya menyakiti hati isteri akan menutup pintu rezeki? Berikut sedikit ulasan mengenai isu tersebut.

Isteri Menjadi Kurang Bersyukur

Orang yang merasa dizalimi, teraniaya ataupun sakit hati atas perbuatan orang lain terhadap dirinya, Allah akan memakbulkan doanya. Sama halnya dalam rumah tangga, isteri yang merasa tersakiti atas perbuatan suami maka doanya akan dimakbulkan. Selain itu, isteri yang sering disakiti oleh suaminya akan merasa kurang bersyukur atas apa yang diberikan oleh suaminya. Di saat seorang isteri merasa tersakiti, pintu rezeki untuk suaminya seolah-olah tertutup.

Suami Tidak Dilayani Dengan Baik

Jika hati seorang isteri sedang terluka atas perbuatan suaminya, dia akan tidak ikhlas dalam melayani suaminya. Jika dia melakukannnya pun, dia akan melakukannya dengan hati yang kesal, tidak ikhlas dan paksa rela. Cuba bayangkan pada waktu pagi yang biasanya isteri menyiapkan sarapan, tapi di saat anda berdua sedang bertengkar, isteri tetap menyediakan sarapan untuk suaminya tetapi dalam keadaan yang marah. Jadinya rezeki suami akan tertutup lantaran menyakiti hati isterinya.

Isteri Rasa Terpaksa Menghormati Suami

Bila hati seorang isteri sedang terluka kerana perlakuan suami terhadap dirinya maka ia akan membuatkan isteri sudah malas bahkan tidak peduli dengan apa yang sedang dilakukan oleh  suaminya. Secara tidak langsung peranan seorang isteri sebagai penyokong kuat suami atau tulang belakang suami tidak lagi seperti yang sepatutnya. Maka berjuanglah suami seorang diri tanpa doa dan sokongan daripada seorang isteri.

Perasaan Dendam Pada Diri Seorang Isteri

Bagi suami yang memiliki isteri dengan sifat sensitif, suami perlu lebih berhati-hati. Ini kerana seorang isteri yang sensitif akan mudah tersinggung malah lebih buruk lagi akan menyimpan dendam kesumat kepada suaminya. Awas! Ia boleh menjadi racun dalam institusi perkahwinan. Perasaan negatif ini jika dibiarkan begitu sahaja akan mempengaruhi seluruh keluarga. Dan perasaan buruk tersebut dapat menunda rezeki yang datang. Tidak hanya itu sahaja, jika perasaan negatif tersebut tidak berkesudahan, ia boleh menimbulkan musibah yang tidak ada jalan penyelesaiannya.

Ketahui Persiapan Penting 12 Bulan Sebelum Nak Kahwin!

Ketahui Persiapan Penting 12 Bulan Sebelum Nak Kahwin!

Sebelum nak kahwin, penting untuk anda dan pasangan membuat perancangan yang rapi serta teliti bagi memudahkan anda berdua membuat persiapan. Ini penting bagi mengelakkan anda dan pasangan kelam kabut atau tertinggal mana-mana perkara penting.

Sebaik-baiknya persiapan majlis kahwin elok dilakukan seawal mungkin atau paling tidak pun enam bulan sebelum majlis kahwin berlangsung. Walau bagaimanapun perancangan yang terbaik ialah setahun sebelum majlis.

Ikuti tip persiapan menjelang hari bahagia.

12 BULAN SEBELUM

1. Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua belah pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.

2. Mengatur bajet berdasarkan konsep majlis, lokasi dan jumlah tetamu yang diundang.

3. Membandingkan beberapa lokasi pilihan dan akhirnya membuat pilihan sama ada ingin mengadakan majlis di rumah, hotel atau dewan.

4. Merancang menu yang ingin dihidang kepada tetamu sama ada secara bufet atau hidang.

5. Fikirkan juga sama ada hidangan dimasak secara gotong royong atau menggunakan khidmat katering.

11 BULAN SEBELUM

1. Menetapkan tarikh nikah, majlis sanding dan bertandang seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

2. Menghadiri kursus kahwin bersama pasangan

3. Survey beberapa butik pengantin.

4. Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi dan lain-lain.

5. Tentukan siapa yang bakal menjadi pengapit lelaki dan perempuan. Pilih sama ada kawan rapat atau sanak-saudara.

10 BULAN SEBELUM

1. Buat pemilihan katerer (jika bercadang menggunakan khidmat katering). Namun jka anda menggunakan kaedah gotong royong, kenal pasti individu yang akan mengetuai bahagian penyediaan makanan.

2. Tetapkan menu yang ingin dihidangkan semasa majlis berlangsung.

3. Rancang warna tema untuk keseluruhan majlis.

9 BULAN SEBELUM

1. Senaraikan nama tetamu yang bakal dijemput.

2. Pilih jurugambar atau juruvideo untuk merakam momen indah di hari bahagia.

3. Pilih perunding perkahwinan untuk menata gaya dekorasi dewan, pelamin, meja beradab, kamar dan lain-lain.

4. Lakukan perbincangan awal dengan perunding perkahwinan yang dilantik untuk memberi ruang kepada mereka memahami keinginan majlis impian anda.

8 BULAN SEBELUM

1. Rancang barang hantaran dan tentukan siapa yang bakal menggubah dulang tersebut.

2. Rancang percutian bulan madu. Lebih jimat jika anda menempah awal untuk tiket penerbangan dan bilik hotel.

3. Menempah cincin perkahwinan.

4. Pilih pereka baju atau tukang jahit yang bakal membuat baju nikah anda.

7 BBULAN SEBELUM

1. Fikirkan cenderahati yang ingin diberikan kepada tetamu.

2. Tentukan tema pakaian untuk ayah, ibu dan adik-beradik agar mereka boleh membuat persediaan awal.

3. Jika keluarga pasangan tinggal jauh, rancang soal pengangkutan dan penginapan sewaktu majlis bakal berlangsung nanti.

6 BULAN SEBELUM

1. Mula menempah kad jemputan.

2. Menjalani ujian HIV.

3. Menghubungi kadi dan Pejabat Agama Islam.

4. Tempah baju untuk pengapit.

5. Tempah langsir (jika majlis diadakan di rumah).

5 BULAN SEBELUM

1. Tentukan sama ada anda ingin menempah cenderahati untuk tetamu atau membuatnya sendiri.

2. Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek pengantin, bunga tangan, dekor majlis dan sebagainya).

3. Selesaikan semua urusan tempahan dengan membuat bayaran deposit (kad undangan, baju, khemah, katering, jurusolek dan lain-lain).

4 BULAN SEBELUM

1. Pastikan anda telah membeli semua barang hantaran.

2. Lakukan percubaan solekan dengan jurusolek yang telah ditempah.

3. Buat tempahan jurunikah.

4. Cari saksi nikah.

3 BULAN SEBELUM

1. Pastikan PA system dan deejay telah dimaklumkan berkenaan majlis kahiwn anda.

2. Pilih lagu-lagu yang bakal dimainkan semasa majlis berlangsung.

3. Dapatkan rawatan kecantikan selain mengambil berat tentang penjagaan kecantikan dan tubuh badan.

4. Atur penginapan untuk sanak-saudara dan rakan yang datang dari jauh (buat tempahan homestay atau hotel) untuk mereka.

2 BULAN SEBELUM

1. Edarkan kad kahwin dan dapatkan RSVP daripada tetamu secepat mungkin.

2. Lakukan fitting baju kahwin untuk pastikan ia sepadan dengan tubuh anda dan pasangan.

3. Ambil cincin perkahwinan yang telah ditempah.

1 BULAN SEBELUM

1. Adakan perbincangan dan buat senarai semak terakhir bersama ahli keluarga, teman-teman dan bakal suami agar semuanya berjalan lancar.

Buntu Kali Pertama ‘Dating’ Dengan Si Dia? Praktikkan 5 Tip Ini Agar Pertemuan Anda Lebih Indah!

Buntu Kali Pertama ‘Dating’ Dengan Si Dia? Praktikkan 5 Tip Ini Agar Pertemuan Anda Lebih Indah!

Pastinya anda akan rasa buntu dan tidak tahu apa nak buat apabila kali pertama dating dengan si dia, apatah lagi pertemuan ini merupakan momentum awal dalam memulakan sesebuah perhubungan. Saat pertemuan ini tentu sahaja terselit banyak momen indah ataupun perkara yang mencuitkan hati.

Tidak dapat dinafikan pertemuan pertama merupakan titik tolak ke arah sebuah perhubungan yang lebih serius iaitu perkahwinan. Sebab itulah pertemuan pertama perlu berlangsung dalam suasana yang baik.

Berikut beberapa 5 cara bagi bakal meninggalkan impak ketika pertama kali anda bertemu dengan si dia.

1. Bual Perkara Yang Menyenangkan

Ini adalah bahagian yang paling asas dan penting sebelum memulakan percakapan dengan si dia. Pastikan anda fokus pada hal-hal yang menyenangkan. Dengan demikian, si dia tidak akan berasa canggung atau bosan saat bertemu dengan anda.

2. Cipta Komunikasi Dua Hala

Berikan kesempatan atau pertanyaan yang membuatkan dirinya rasa terlibat dalam percakapan anda berdua. Anda boleh memancingnya dengan mengajukan pertanyaan sehingga dia rasa selesa dan komunikatif terhadap anda.

3. Selitkan Unsur Humor

Humor adalah salah satu perkara yang boleh membuatkan dua insan yang pertama kali bertemu berasa selesa antara satu sama lain. Belajar untuk menjadi seorang yang bijak berbicara dengan menyelitkan sedikit unsur humor dalam percakapan. Namun harus diingatkan, usah keterlaluan. Bimbang si dia akan berasa kurang selesa memandangkan kalian baharu pertama kali berjanji temu.

4. Perhatikan Bahasa Tubuh

Ada dua perkara penting tentang bahasa tubuh ketika lelaki berbicara dengan wanita. Ketika berbicara dengan wanita, pastikan posisi berdiri tegak atau duduk tegak. Di sisi lain, juga perlu mengawasi bahasa tubuh wanita yang sedang diajak bicara. Jika terlalu banyak pergerakan ini bermakna si dia sudah mulai bosan. Oleh itu segera fikirkan topilk yang lebih menarik untuk dibualkan. Selain itu, memek muka juga penting saat pertemuan pertama ini. Misalnya, jika anda tidak bersetuju dengan perbualannya jangan sesekali menunjukkan memek muka yang menjengkelkan ataupun yang kurang menyenangkan terhadap apa jua respons si dia.

5. Jangan ‘Conquer’ Perbualan Terlalu Lama

Bahagian ini sangatlah penting dalam meninggalkan kesan yang sempurna saat pertama kali berkenalan dengan si dia. Jangan biarkan si dia menguap kerana anda conquer perbualan sorang diri erlalu lama tanpa memberi peluang untuknya pula bercakap. Untuk pertemuan pertama ini, cukuplah sekadar anda bualkan hal-hal ringkas tentang latar belakang diri masing-masing sebelum mendengar tentang latar belakang si dia pula.

Nak Dekorasi Pelamin Lebih Memukau? Ini 5 Hiasan Penting Yang Patut Ada!

Nak Dekorasi Pelamin Lebih Memukau? Ini 5 Hiasan Penting Yang Patut Ada!

Apabila merpati dua sejoli duduk bergandingan di atas singahsana cinta, ia dianggap sebagai acara kemuncak sebuah ikatan cinta. Bukan sahaja kepada pasangan mempelai malah di hati tetamu yang hadir.

Memandangkan ruangan singgahsana cinta menjadi titik fokus, maka tidak hairanlah susun atur hiasan di ruangan pelamin harus digarap sempurna dan seindah mungkin. Di atas pelaminan ini jugalah akan dilakukan beberapa acara adat seperti menepung tawar serta merenjis air mawar.

Bagi menambahkan lagi keindahan tatahias pelamin, lazimnya penggunaan aksesori menjadi keutamaan dalam mencipta personaliti dan gaya di ruangan pelaminan. Berikut antara barangan atau perkakasan yang sering dijadikan pilihan utama dalam menghias pelamin.

1. Bunga-bungaan

Tidak lengkap sentuhan dekorasi pelamin tanpa dihiasi dengan gabungan bunga-bungaan terpilih. Ternyata tarikan dan kuasa bunga dalam mencipta keserian dekorasi tidak dapat dinafikan.

2. Lampu Hiasan

Menggayakan lampu hiasan seperti chandelier, lampu bola rotan dan sebagainya bukan sahaja bertujuan untuk menghadirkan cahaya. Malah turut terkesan dalam menyuntik elemen dramatik di ruangan pelamin. Juga apabila menggunakan lampu sportlight dan dihalakan ke bahagian tertentu di ruangan pelamin agar tampak lebih menarik dan tersendiri.

3. Pasu Kaca

Bermain dengan pasu kaca untuk merias pelamin ada keunikannya yang tersendiri. Sesuai diletakkan sama ada air yang dicampur pewarna, pasir, guli atau dibiarkan kosong. Garapan idea segar seperti ini apabila diaplikasikan pasti akan menghadiahkan kesudahan dekorasi yang istimewa.

4. Bantal Hiasan

                                                                                                                                                                                    Semarak dekorasi di ruangan pelamin bertambah sempurna apabila turut diserikan dengan aturan bantal-bantal hiasan pelbagai warna dan bentuk. Tidak dinafikan fungsi bantal tersebut sebagai kemasan lembut menyuntik keanggunan gaya pelamin yang cukup istimewa.

5. Lilin Artifisial

Biasan cahaya daripada lilin artifisial tampak begitu mewah untuk digayakan di ruangan pelamin. Perletakan lilin dalam pelbagai cara sama ada untuk menghiasi latar pelamin, penyeri sudut kiri dan kanan pelamin atau sebagainya mampu menyuntik suasana yang dramatik. Maka tidak hairanlah ia turut dijadikan antara elemen dekorasi yang hebat dan eksklusif.

6. Fabrik

Seiring dengan trend pelamin masa kini, fabrik turut dijadikan item utama dalam mencipta gaya dekorasi pelamin. Tidak perlu dinafikan, dengan penataan fabrik sebagai latar pelamin mampu mencipta ilusi ruangan pelamin tampak tersergam indah.

Kredit gambar pelamin: Intan Bridal House

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: