Amalan Merisik Sekadar Mengikut Adat Atau Dituntut Dalam Agama

Amalan Merisik Sekadar Mengikut Adat Atau Dituntut Dalam Agama

Perkenalan yang singkat ataupun lama tidak menjadi penanda aras bahawa sesebuah hubungan itu akan kekal sehingga ke jenjang pelamin.

Jika anda bersungguh-sungguh mahu memiliki si dia dengan iringan doa restu, mulakan dengan bismillah dan pasti risikan anda kepada si dia akan berakhir dengan bahagia.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan merisik? Adakah ia hanya sekadar mengikut adat atau memang dituntut di dalam agama.

Merisik adalah amalan adat yang dilaksanakan bagi mengaplikasikan tuntutan syariat agar tidak meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain.

Merisik dilakukan bagi mengenal pasti gadis yang bakal dipinang belum menjadi tunangan sesiapa kerana syariat menentukan hukum haram meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis soheh riwayat Bukhari yang bermaksud: Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan.

Elak Timbul Masalah, Ini 8 Checklist Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Bertunang!

Elak Timbul Masalah, Ini 8 Checklist Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Bertunang!

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu akan bertunang dahulu sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Persiapan menjelang majlis pertunangan juga tidak banyak bezanya dengan persediaan majlis perkahwinan. Ada yang sukakan majlis meriah dan ada juga sukakan yang serba sederhana.

Tidak kira bagaimanapun bentuk acara yang bakal berlangsung, senarai penting atau checklist tetap perlu dibuat bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Singkirkan segala kekusutan, checklist istimewa ini kami sediakan untuk anda.

Tarikh / Waktu / Tempat

Sama seperti majlis perkahwinan, pemilihan lokasi untuk melangsungkan majlis pertunangan juga sangat penting. Lokasi di sini tidaklah bermaksud sama ada dewan ataupun rumah. Cukup sekadar berlangsung di rumah tetapi dengan hanya menentukan sama ada upacara menyarung cincin dilakukan di ruang tamu ataupun di dalam bilik.

Pelamin Mini / Hiasan

Seakan menjadi trend, setiap majlis pertunangan pasti akan diserikan dengan pelamin mini sebagai tempat si gadis menunggu untuk cincin disarungkan. Variasi pelamin mini terdapat di pasaran dan juga boleh dibuat sendiri. Namun, ada juga yang lebih suka menggunakan bilik tidur yang dihiasi begitu indah sempena hari bermakna itu.

Hantaran

Menentukan jumlah hantaran yang perlu diberi dan ditukar merupakan salah satu perkara penting dalam checklist. Jumlah standard adalah lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Selain itu, pemilihan warna tema untuk hantaran juga perlu ditulis agar lebih selaras. Untuk memudahkan perancangan, tentukan sama ada ingin menggubah sendiri hantaran atau menempahnya.

Warna Tema

Warna tema majlis, busana dan konsep hantaran penting untuk menimbulkan mood tersendiri. Bergantung pada tema yang dirancang, segala persiapan harus disenaraikan dengan teliti. Apa yang paling penting adalah busana pertunangan. Jika anda tidak menggunakan khidmat butik pengantin, pastikan busana tersebut ditempah lebih awal. Begitu juga dengan kelengkapan lain yang perlu disenarai penting.

Wang Hantaran / Mas Kahwin

Jumlah wang hantaran dan mas kahwin antara senarai penting dan kebiasaan, jumlahnya ditentukan mengikut negeri. Dalam adat masyarakat Melayu, sekiranya upacara merisik tidak dijalankan, maka cincin merisik akan naik sekali bersama cincin bertunang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran akan diserahkan pada hari pernikahan.

Solekan / Jurugambar

Pemilihan jurusolek dan jurugambar harus dibuat dengan betul agar memori hari pertunangan dapat diabadikan dengan sempurna.

Jamuan Makan

Sediakan peruntukan untuk bahagian jamuan makan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan khidmat katering ataupun masak sendiri. Bergantung kepada bajet, duduk berbincang bersama ahli keluarga untuk menentukan makanan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.

Wakil Keluarga

Mungkin ramai yang terlupa untuk memasukkan  senarai yang satu ini. Untuk pengetahuan anda, menentukan wakil keluarga untuk berbincang bersama keluarga pasangan adalah penting. Pilih wakil yang berpengalaman dan pandai berkomunikasi agar mesej mudah disampaikan. Kemudian, maklumkan kepada keluarga pasangan jumlah keluarga yang akan turut serta menghantar rombongan meminang.

Perkara-perkara penting yang akan dibincangkan pada hari pertunangan:

1. Tarikh nikah dan kenduri?

2. Jumlah wang hantaran dan mas kahwin?

3. Jumlah dulang hantaran yang akan diberikan

Wanita Rendah Lebih Senang Cari Pasangan, Baca No 7 Tu Best Sangat!

Wanita Rendah Lebih Senang Cari Pasangan, Baca No 7 Tu Best Sangat!

Ramai lelaki diluar sana suka pada wanita yang bertubuh genit atau rendah. Jadi buat anda yang boleh dikatakan kecil dan comel ni, jom lihat sebab utama lelaki suka pada wanita yang lebih rendah.

1. Tetap comel

Tak dinafikan wanita rendah ini comel dan kelihatan awet muda. Walaupun umur dah masuk 30an tetap nampak seperti sweet 18.

2. Mudah nak pilih pakaian

Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab saiz mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh ‘shopping’ kat area pakaian kanak-kanak (yang ni kena ambil saiz kanak-kanak yang paling besar).

3. Kekal dengan pasangan

Kajian mengatakan orang rendah ni akan setia pada cintanya.

4. Jimat masa

Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?

5. Boleh pakai kasut tumit tinggi

Wanita yang tinggi tidak digalakkan pakai ‘high heels’? sebab nanti terlebih tinggi dari suami pula kan. Perempuan rendah tak ada masalah, boleh pakai ‘high heels’ dengan yakinnya.

6. Senang nak dukung

Mereka ni ringan, jadi kalau dia merajuk suami boleh terus dukung saja.

7. Sangat ‘awesome’ untuk dipeluk

Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi. Dan mereka ni pun sentiasa rasa selamat sebab seolah-olah dilindungi bila kedudukannya paras-paras ketiak suami sahaja.

8. Selera besar

Rata-rata wanita kecil ni tak makan banyak. Selera je besar, jadi pasangan kena ‘standby’ la perabiskan makanan yang ada.

Wanita Seringkali Tidak Rasa Puas Dengan Nikmat Yang Ada, Ini Sebabnya

Wanita Seringkali Tidak Rasa Puas Dengan Nikmat Yang Ada, Ini Sebabnya

Salam sejahtera, semoga rakan sekalian sihat walafiat hendaknya. Jika kelapangan silakan membaca..

Hari ini saya berbsar hati untuk berkongsi satu kisah yang agak menarik untuk dijadikan pedoman dan pengajaran dalam kehidupan kita seharian, kisah ini saya petik dari perbualan saya bersama seorang wanita yang saya anggap sebagai rakan walaupun tidak saling mengenali.. In sha Allah semoga ada manafaatnya.

Biarlah namanya dirahsiakan. Saya menerima panggilan dari ‘Siti’ (bukan nama sebenar), saya bertanya dari mana dia mendapatkan nombor saya, soalan saya tidak berjawab namun hanya kendengaran suara yang nyaring dalam bebelan, lalu saya bertanya. Apa yang membuatkan puan marah?

Katanya “saya sudah penat asyik mengalah dalam rumah tangga, semua saya nak tak dapat. Selama ni saya tahan je, isteri orang nak dapat je suami belikan tapi suami saya tak boleh jadi macam suami orang lain. Memanglah dia jaga saya, tak curang, sayang saya, solat dan boleh dikatan soleh tapi kalau tak boleh nak penuhi keperluan isteri mana boleh macam tu. Saya memang terkilan dan rasa sakit hati”. Saya menarik nafas panjang sebelum membalas kata-katanya.

Tiada hal lain yang paling bertuah dimiliki oleh seorang isteri melainkan memiliki kiteria suami yang soleh. Seperti mana yang puan kata tadi, suami puan boleh dikategorikan suami yang baik, dimana puan ada cakap yang suami puan sayang puan, bertanggungjawab, soleh cuma dia hanya tidak dapat menunaikan permintaan puan dari segi kewangan sahaja? Tak begitu?.

Muhasabah Diri

Cuba puan pejam mata dan renung, apa puan juga telah penuhi setiap permintaan suami puan? Pernahkah puan mendengar rungutan suami puan terhadap diri puan? Dalam berjuta wanita mungkin puan adalah salah seorang wanita yang bertuah memiliki seorang lelaki seperti suami puan.

Tapi kerana hal kecil, suami puan tidak dapat menunaikan permintaan puan, puan rasa terkilan dan marah? Saya ingin tanya puan adakah adil bagi lelaki memiliki seorang isteri yang tidak mensyukuri apa adanya seorang suami?

Pernah puan tahu apa usaha suami puan untuk penuhi kehendak puan? Ya, mungkin saya tidak mngenali suami puan atau juga saya tidak tahu mungkin dia bekerja keras mencari rezeki untuk puan, untuk penuhi keperluan dan kehndak puan.

Hello (‘adakah puan masih dalam talian”), tiba-tiba kedengaran tangisan. Saya bertanya, adakah kata-kata saya menyakiti hati puan?. “Tidak” balasnya.

Sambung saya lagi, “saya akui tidak ada seorang wanita pun yang tidak ingin memiliki segalanya, namun ini bukan salah takdir ini adalah ujian dalam kehidupan puan”.

Wanita Sering Kali Tidak Rasa Puas

Ada wanita yang tidak begitu bertuah, memiliki suami yang panas baran, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Namun mereka masih mampu bersabar dan terus bersabar, berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa. Sedangkan ada pula hamba Allah taala yang memilki suami yang baik, namun masih merasa tidak cukup.

Sebab itu kita harus mensyukuri apa adanya suami kita walaupn dia tidak sekaya mana. Tidak salah untuk puan mendoakan suami puan peroleh rezeki yang baik dan banyak.

Tiada Manusia Sempurna

Tidak ada manusia yang sempurna puan, sebab itu Allah ciptakan pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kata -kata saya akhir sebelum akhiri perbualan dengan siti.

Ini adalah sekadar nasihat dengan pandangan tertentu sahaja. Namun apa yang saya kongsikan ini adalah salah satu kisah yang menarik hati saya dari beratus kisah yang pernah saya dengar.

Semoga memberikan manafaat yang ckup besar untuk kita terutama seorang wanita yang bergelar isteri.

Kiriman: Nazirah Hj Mohd Salleh, Guru Bimbingan dan Kaunseling at Pusat Pendidikan Tahfiz Vokasional Madrasah Al-Aminiah

Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk lelaki

Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk lelaki

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu. Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (Surah An-Nisa`: 1)

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa daripada jiwa yang satu, Allah SWT menciptakan pasangannya. Qatadah dan Mujahid mengatakan bahawa yang dimaksud jiwa yang satu adalah Nabi Adam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. (Tafsir Ath-Thabari, 3/565, 566)

Dalam hadis sahih pula menyebut: “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Apabila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang- senang namun padanya ada kebengkokan.” (Riwayat  Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

i. Hak seorang wanita:

1. Hak memperoleh mahar dalam pernikahan.

Allah SWT telah berfirman:
Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebahagian daripada mahar tersebut dengan rela hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik.” (An-Nisa`: 4)

2. Hak perempuan yatim dipelihara.

Allah SWT berfirman:

“Dan jika kalian khuatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kalian menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khuatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita sahaja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian dan tidak berlaku aniaya.” (Surah An-Nisa`: 3)

Urwah bin Az-Zubair pernah bertanya kepada Aisyah tentang firman Allah SWT: maka Aisyah menjawab, “Wahai anak saudariku. Perempuan yatim tersebut berada dalam asuhan walinya yang turut bersyarikat dalam harta walinya, dan pihak wali ini ternyata tertarik dengan kecantikan anak  yatim kerana berikut hartanya. Maka  wali ingin menikahinya tanpa berlaku adil dalam pemberian mahar sebagaimana mahar yang diberikannya kepada wanita lain yang ingin dinikahinya. Para wali pun dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim kecuali jika  mereka mahu berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim serta memberinya mahar yang sesuai dengan yang biasa diberikan kepada wanita lain. Para wali kemudian diperintah untuk menikahi wanita-wanita lain yang mereka senangi.”

ii. Suami diperintah untuk berlaku baik pada isterinya.

Allah SWT telah berfirman:
“Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.” (An-Nisa`: 19)

Al-Hafizh Ibnu Katsir  ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Halusi ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perbaiki perbuatan serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila dia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama. Allah SWT berfirman dalam hal ini:

“Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.”(Surah Al-Baqarah: 228)

Sementara itu Rasulullah s.a.w  sendiri telah bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)ku.” (Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim, 2/173)

Seorang wanita telah dicipta untuk menjadi seorang makhluk yang mulia dan istimewa. Namun, janganlah anda kotori kemuliaan itu dengan akhlak yang bertentangan dengan ajaran yang telah digariskan agama.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: