Kadangkala apabila kita berada dalam keadaan stres, akan mengalami masalah kurang tidur atau sukar tidur. Untuk jangka masa yang panjang ia tidak baik malah mengundang penyakit yang berbahaya.

Jangan ambil mudah seharusnya urus masa dengan teratur agar tidur anda tidak dicemari.i Dapatkan tidur yang berkualiti supaya keadaan tubuh sentiasa segar dan terhindar dari penyakit tidak diingin.

Alzheimer
Dilaporkan dari jhsph.edu, para peneliti menyebutkan kaitan antara kurang tidur dengan penyakit Alzheimer. Bahkan penyakit Alzheimer semakin parah bila kurang tidur terus jadi kebiasaan.

IKLAN

Obesiti
Ye, kurang tidur boleh mendorong kepada obesiti. Kajian dari healthysleep.med.harvard.edu,banyak penelitian yang menyebutkan kurang tidur boleh menyebabkan berat badan naik. Kerana ketika tidur, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu mengawal nafsu makan, menjaga metabolisme dan memproses glukos. Jika tubuh kurang tidur, keseimbangan hormon juga boleh terganggu. Seperti gangguan hormon leptin yang berfungsi untuk memberitahu otak bahawa tubuh sudah mendapat cukup makan. Kalau tubuh kurang tidur, anda akan terus merasa lapar meski sudah makan banyak. Nampaknya pengambilan kalori melebihi batas normal membuat berat badan meningkat.

IKLAN

Diabetes
Diabetes tipe 2 boleh disebabkan oleh kurang tidur kerana terganggunya pemprosesan glukos di dalam tubuh. Sebuah penelitian yang dikutip darihealthysleep.med.harvard.edu meneliti sekelompok pesakit sihat yang kurang jam tidurnya dari 8 jam atau lebih menjadi 4 jam semalam, hasilnya pemprosesan glukos dalam tubuh lebih lambat dibandingkan bila mereka tidur 12 jam.

IKLAN

Penyakit Jantung
Kurang tidur boleh menyebabkan tekanan darah meningkat setiap kali bangun tidur. Naiknya tekanan darah yang disebut hipertensi ini kalau dibiarkan terus menerus boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Risiko terkena penyakit jantung juga meningkat.

Gangguan Kesihatan Mental
Depresi dan gangguan mental boleh muncul akibat kurang tidur. Dalam satu penelitian, subjek yang tidur 4,5 jam semalam merasa stres, sedih, marah, dan letih secara mental. Mereka juga tampak kurang semangat. Masalah dan gangguan boleh hilang apabila mereka mendapat tidur yang cukup setiap malam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI