Kebiasaannya, majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada hari minggu iaitu hari sabtu ataupun ahad. Satu atau dua hari sebelum majlis berlangsung, segala persiapan sudah selesai dilaksanakan dan dalam tempoh itu, perancang perkahwinan atau mak andam akan datang ke rumah untuk memasang pelamin impian anda.

Bagi mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di rumah, beberapa perkara perlu diberi perhatian agar proses pemasangan pelamin berjalan dengan lancar dan teratur.

 Jom kita lihat perkara yang anda harus tahu sebelum pelamin dipasang!

Tetapkan Tempat Dan Sudut Yang Sesuai

Sebelum ketibaan pihak yang bertanggungjawab untuk memasang pelamin, anda harus tetapkan tempat ataupun sudut yang sesuai untuk dijadikan pilihan. Jangan pula mereka sudah sampai, baru terhegeh-hegeh untuk mencari lokasi yang sesuai. Cari ruang yang luas dan memudahkan proses pemasangan pelamin tersebut.

IKLAN

Alih Perabot Dan Kosongkan Ruang

Perkara ini amat penting dan anda harus peka mengenai hal ini. Alihkan perabot terlebih dahulu sebelum proses pemasangan pelamin dilakukan. Kosongkan ruang berkenaan bagi memudahkan krew pemasangan pelamin untuk melakukan kerja mereka.

Tetapkan Pendirian

Anda harus pasti dengan pilihan ruang yang telah dibuat. Pastikan tempat dan ruang yang dipilih merupakan tempat yang paling terbaik untuk membuat pelamin. Jangan pula selepas pelamin sudah siap dipasang, anda ingin mengubah pelamin tersebut ke tempat lain. Ini perkara yang paling tidak disukai oleh mereka yang terlibat dalam pemasangan pelamin.

IKLAN

Sediakan References

Pastinya semasa anda membuat tempahan pelamin, anda sudah berbincang dengan perancang perkahwinan mahupun mak andam pilihan anda mengenai pelamin yang anda idamkan. Namun, lebih baik sekiranya anda mengingatkan kembali mengenai pelamin pilihan anda sebelum mereka tiba untuk proses pemasangan. Manalah tahu, ada perkara atau barang yang mereka lupa untuk bawa sekali. Jika perlu, anda boleh print contoh pelamin yang anda inginkan dan tunjukkan pada mereka sejurus mereka sampai untuk memasang pelamin.

Ruang Yang Luas

Pastikan lokasi yang anda pilih untuk memasang pelamin merupakan lokasi yang luas. Jangan sesekali memilih ruang yang terlalu sempit dan mempunyai banyak tiang rumah. Ini kerana tiang rumah akan menggangu dan mencacatkan keseluruhan pelamin setelah ia disiapkan. Tambahan pula, ruang yang mempunyai tiang, menyukarkan jurugambar untuk mengambil gambar anda di majlis perkahwinan anda nanti.

IKLAN

Mempunyai Soket Elektrik

Hal ini juga penting bagi memastikan pelamin impian anda dapat dikecapi. Pastikan ruang yang telah dipilih mempunyai soket elektrik. Pelamin yang cantik tentunya disokong dengan pengcahayaan yang tepat dan sempurna. Oleh itu sediakan ruang dengan soket elektrik yang berdekatan.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI