Trending
  • 103
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    103
    Shares

Lagu ‘Tergantung Sepi’ dan ‘Jatuh Bangun’ kini jadi siulan. Penyanyi muda Haqiem Rusli, 20, yang pernah dikatakan ingin menunjuk baik kerana tidak mahu bersalam dengan mana-mana wanita dan juga tidak pernah meninggalkan solat walaupun di belakang pentas. Mengapa dia berpegang teguh dengan prinsip dan pendiriannya pastinya tidak akan pernah berubah. Bagi Haqiem dia cuba untuk mengawal perbuatan yang mungkin akan mendatangkan fitnah dan tidak sopan di antara lelaki dan perempuan dengan pergaulan yang agak bebas.

Selain itu, Haqiem juga satu-satunya artis lelaki yang jarang memuat naik foto bersama wanita di akaun Instagramnya. Haqiem Rusli bukanlah seorang yang banyak bercakap, tetapi ia mudah disenangi. Perwatakan yang sopan ini membuatkan ramai gadis di luar sana pastinya tertarik dengan sikapnya.

Ingin tahu apa pengertian kahwin Haqiem? Pengertian kahwin bagi Haqiem Rusli ialah satu pasangan yang sedang bercinta dan mempunyai rancangan untuk berkahwin. Haqiem juga pernah bercinta pada usia seawal 16 tahun dan pernah di kecewakan, pengalaman dalam percintaan ini membuatkan kesemua lirik lagunya mengisahkan hal peribadinya yang pernah dilaluinya seketika dulu. Jika inginkan ketahui kisah lanjut yang lebih mendalam mengenai peribadi Haqiem Rusli  nantikan keluaran Pesona Pengantin Julai ini.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: