Kebiasaan majlis yang pernah kita pergi selalunya yang akan lebih melayan tetamu adalah kaum keluarga. Itu pun bukanlah lama, hanya menyapa. Jarang sekali kita lihat pengantin dapat melayan tetamu melainkan setelah selesainya majlis.

Berlainan yang dialami oleh wanita ini. Kongsi Noor Fathin Azlan, ini pertama kalinya yang dia lihat pengantin betul-betul ringkas dan mampu melayan semua tetamu yang hadir. Serba-serbi ringkas yang buat dia kagum pada majlis yang dihadirinya ini.

Satu majlis kahwin yang pernah aku attend yang takkan aku lupa sampai bila-bila.

Sesampainya aku di majlis berkenaan, aku bertanya pada Amer pasti ke ini rumah sepupu dia? Sebab aku dan dia tak pernah sampai ke sini. Mungkin kalau berjumpa pun di kampung halaman ketika hari raya. Amer pun mengiakan sebab dia cakap di depan sana ada sepupu-sepupu dan mak sedara dia di bawah khemah. Kami parking kereta di sebelah rumah jiran mereka.

Pada mulanya aku sedikit pelik, takkan ini majlis kahwin? Orang tak ramai. Hanya beberapa saudara-mara dan beberapa orang sahaja kawan-kawan mereka padahal jam baru menunjukkan pukul 2.30 petang.

Terdapat dua khemah tetapi tidak dipenuhi. Hanya dua buah meja saja yang digunakan. Khemah tak besar pun.

IKLAN

Aku bersalaman dengan saudara-mara Amer. Sambil-sambil itu ketika aku di bawah khemah aku cuba tinggikan kepala aku untuk mengintai-intai ke dalam rumah untuk melihat pengantin atau mungkin juga pelamin.

Ketika kami bersembang dengan rancaknya, Amer terpanggil budak perempuan di depan aku dengan panggilan nama ‘Wani’. Aku mula pelik. Tak mungkin ini Wani. Bukan ke Wani pada hari ini seorang pengantin? Rupa-rupanya memang betul dialah orangnya. Pengantin yang aku cari dari tadi ada di depan mata aku. Mati-mati aku ingatkan dia keluar untuk outdoor shoot.

Bagaikan tidak percaya, dia hanya memakai baju kurung dan bertudung bawal crepe berwarna merah jambu. Mekap seperti biasa yang hanya mengenakan bedak, lipstick, celak dan maskara sahaja. Bila aku comparekan mekap aku dan dia, mekap aku lebih tebal seinci darinya. Dan aku terdengar perbualan mereka, ‘inai kat jari ni guna daun inai depan rumah ke?’. Jawab Wani, ‘ya’. Aku terus melihat pokok inai di depan rumahnya. Daunnya sangat lebat. Inai di jarinya tidak merah pekat tetapi cukup sekadar berwarna oren.

Aku nampak dari jauh suaminya sedang menunggang motor. Barangkali datang dari kedai berdekatan. Suaminya hanya memakai baju Melayu biasa. Seperti baju Melayu hari raya. Tersangat simple. Tiada tanjak dan tiada keris. Dan ketika itu suaminya sudah mengenakan baju t-shirt untuk melakukan kerja cuci pinggan-mangkuk.

IKLAN

Dan bila aku masuk ke dalam rumah, tiada pelamin. Ya. Tiada pelamin! Malah untuk meja makan beradab pengantin pun tidak ada. Dan pengantin lepak makan bersama-sama. Melayan tetamu yang datang. Ketika aku di dalam rumahnya, kami berbual hampir sejam. Banyak yang aku tanya, lagi-lagi melibatkan bajet keseluruhan kahwin. Katanya tak sampai RM4K untuk keseluruhan majlis.

Dan yang aku perasan tiada pula par yang disusun penuh dengan barang hantaran. Barangkali ada di dalam bilik pengantin. Itu aku tak pasti.

Katanya, gulai daging kawan ayah dia yang sponsor. Ada kuih tapai mak kawan dia yang sponsor. Dan kuih onde-onde pula ada makcik jiran yang sponsor. Alhamdulilah rezeki dia, mungkin Allah memberkati majlis kerana niatnya memang jelas tiada pembaziran.

Yang aku tahu, majlisnya tiada pelamin, tiada mekap pengantin, tiada meja makan beradap, tiada photog, tiada dj, tiada bersanding, tiada baju pengantin dll.

IKLAN

Aku kagum sangat. Majlisnya sangat-sangat simple dan jimat. Dialah merupakan pengantin yang pernah aku jumpa yang dapat berbual dan melayan tetamu dengan sangat baik. Dia betul-betul meraikan tetamu yang hadir.

Walaupun majlis perkahwinannya sangat bersederhana, namun aku dapat rasakan keberkatan Allah bila attend majlis perkahwinan dia. Dengan hujan renyai-renyai seolah-olah Allah merahmati dan memberkati majlisnya. Terpancar kebahagiaan di wajahnya.

Beruntunglah suaminya memiliki Wani, kerana untuk zaman sekarang untuk memiliki perempuan yang dapat mengawal nafsu antara kemahuan dan keperluan paling susah untuk dapat. Aku dapat rasakan dia perempuan yang berhati suci dan baik kerana tiada istilah riak atau menunjuk-nunjuk, bersyukur dengan apa yang ada, dapat mengawal nafsu dan godaan syaitan (boros) dan tidak terpengaruh dengan majlis orang lain.

Aku ucapkan semoga Wani dan suami berbahagia till jannah  🙂

Ps; selama ni aku pernah update status tentang bajet kahwin Rm5k dan status tentang insan yg tidak riak, bersyukur dgn apa yang ada, bersabar, zuhud dll. Ternyata aku telah menemui insan itu, WANI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI