Satu kajian yang telah dilakukan menemui fakta bahawa wanita obesiti berisiko sebanyak 28 peratus untuk tidak mengandung dan jika mengandung pun, kandungan mereka tidak berjaya ke peringkat kelahiran.

Kajian tersebut telah dibuktikan oleh seorang penyelidik bernama Barbara Luke dari Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Biologi reproduktif, Universiti Michigan Amerika Syarikat.

Luke telah melakukan kajian ke atas hampir 50,000 orang wanita yang menggunakan teknologi reproduktif. Menurut Luke, tidak mengejutkan jika mereka yang mengalami obesiti sukar hamil kerana tubuh wanita itu tidak bersedia untuk pembesaran janin.

Bagaimanapun, tidak mustahil untuk wanita obesiti menjadi seorang ibu jika dia berjaya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Kelas Obesiti
Sebagai sebahagian daripada kajian tersebut, Luke turut melihat bagaimana teknologi reproduktif dapat membantu wanita obesiti untuk mengandung. Luke turut membandingkan keputusan wanita dengan berat badan normal (BMI 18.5-24.9), wanita yang mengalami berat badan berlebihan (BMI 25-29.9), obesiti kelas 1 (30-34.9), kelas 2 (35-39.9) dan kelas (40 dan ke atas).

IKLAN

Beliau mendapati, wanita yang mengalami obesiti kelas 3 mempunyai 35 peratus risiko untuk tidak mengandung. Obesiti kelas 2 pula sebanyak 28 peratus tidak boleh mengandung dan 3 peratus untuk wanita dengan berat badan berlebihan.

Kawal Berat Badan
Ramai muda-mudi memandang remeh tentang peningkatan berat badan, sehinggalah berat badan mereka melebihi sepatutnya, barulah mereka berusaha mengurangkannya.

IKLAN

Sebenarnya, berat badan perlu dikawal sebelum ia melepasi berat yang sepatutnya bagi tahap ketinggian mereka. Apabila berlaku peningkatan berat badan yang menghampiri paras maksimum, mereka haruslah mengambil langkah-langkah aktif seperti mengawal pemakanan, melakukan senaman, mengurangkan pengambilan gula dalam apa juga bentuk makanan, mengurangkan pengambilan ‘makanan proses’, menambahkan sayuran dan buah-buahan dalam hidangan makanan mereka serta meminum lebih air suam atau air kosong.

Apabila berat badan mereka telah menurun sebanyak satu hingga dua kilogram, barulah mereka boleh menikmati makanan kegemaran mereka pada kadar yang sepatutnya.

IKLAN

Sekiranya berlaku semula peningkatan berat badan, maka mereka perlu melakukan semula perkara-perkara yang dinyatakan tadi bagi mengembalikan berat badan yang sepatutnya.

Walaupun perkara di atas nampak agak sukar, namun ramai yang tidak menyedari bahawa menurunkan berat badan, apabila ia telah melebihi berat yang sepatutnya, adalah jauh lebih sukar daripada mengawalnya sejak dari mula lagi.

Ini dapat disimpulkan bahawa, selain wanita, lelaki juga perlu mengawal berat badan mereka kerana fakta telah membuktikan bahawa lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang sepatutnya.

Oleh: Dr.Nurhazinat Konsultan O&G, Pakar Kesuburan Tropicana Medical Centre

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI