Sudah berbulan-bulan menghabiskan masa merawat kulit ketika agar anda tampil mempesonakan di hari perkahwinan, janganlah penjagaan kulit anda tidak berakhir pada waktu itu sahaja. Percutian bersama orang yang tersayang baharu saja bermula, jadi janganlah musnah kesempurnaan yang anda miliki semata-mata untuk majlis tersebut. Sebaiknya teruskan rawatan dan penjagaan kulit anda sampai bila-bila agar kecantikan anda kekal menyerlah.

Ketika anda bercuti, udara di pesawat boleh membuatkan kulit kurang keanjalan, ditambah lagi jika anda mendarat di iklim yang kering atau terlalu dingin pasti membuatkankulit anda mengalami perubahan yang besar. Oleh itu, jika anda ingin merawatnya agar tetap bersinar, sentiasalah menjaga kulit dan tubuh badan agar kekal sempurna biarpun anda sedang bercuti.

Sebelum anda mula mengemas produk rawatan kecantikan, ingat bahawa ini bukan tentang berapa banyak produk yang perlu bawa tetapi tentang apa produk yang perlu dibawa dan bagaimana cara menggunakannya. Terutamanya jika anda berbulan madu ke tempat yang panas, maka keperluan terbaik produk yang anda perlu bawa adalah kuncinya.

IKLAN

1. Tetap melakukan rawatan asas

Ketika menikmati momen percutian, rawatan yang dilakukan perlu tetap sederhana kerana anda hanya membawa produk yang menjaga kulit agar kekal lembap dan terjaga sahaja. Adalah sangat mustahak untuk anda membersihkan sisa solekan dengan betul dan pakai krim pelindung wajah. Gunakan pelembap atau serum yang memiliki fungsi antioksidan, protein dan lipid agar kulit anda kekal terjaga.

2. Tingkatkan SPF

Gunakan SPF setiap hari, tidak peduli apapun cuacanya tapi jika anda melancong ke tempat yang beriklim tropika, ada kemungkinan kulit anda tidak terbiasa dengan sinar matahari yang lebih kuat. SPF berupaya menjaga kulit daripada kemerahan dan bahaya sinar matahari. Jangan lupa juga untuk selalu mengaplikasikan krim pelindung secara berulang kali.

IKLAN

3. Jangan gunakan acid dan retinol dulu

Jika anda banyak menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, jangan dahulu menggunakan produk dengan kandungan acid dan retinol. Gantikan dengan formula lain yang tidak sensitif dengan cahaya.

4. Tanpa mekap

Bercuti adalah saat yang sempurna untuk tidak menggunakan mekap sama sekali. Dengan tidak menggunakan produk mekap, anda membiarkan wajah bernafas beberapa ketika dari bahan kimia yang membuatkan wajah kelihatan lelah. Panas dan lembap juga boleh membuatkan mekap anda cepat pudar.

IKLAN

5. Rawat kulit ketika berada di pesawat

Udara di pesawat tidak baik untuk kulit wajah kerana ia membuatkannya kering dan menambah pengeluaran sebum. Masalah seperti timbulnya bakteria pun akan muncul, membuatkan pori-pori tertutup dan jerawat muncul. Apabila sampai ke destinasi, gunakan masker untuk eksfoliasi wajah yang akan membuatkan kulit seimbang lagi.

6. Jangan menyentuh wajah

Menyentuh wajah dengan lembut mungkin tidak akan menimbulkan masalah pada wajah, tapi jika anda terus-menerus menggosoknya ia boleh mengakibatkan bakteria berpindah di wajah dan pengeluaran minyak akan bertambah. Ingat bahawa anda perlu mencuci tangan sekerap mungkin. Bawa hand sanitizer agar tangan anda tetap bersih.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI