• 330
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
    332
    Shares

Iringan set hantaran berhias indah buat maharani mencitrakan interpretasi cinta yang luhur dan suci. Tiada bicara untuk diungkap kerana ianya sudah dizahirkan melalui pemberian hantaran yang membiaskan aura romantis. Bingkisan hantaran yang dihias sempurna menyemarakkan lagi penyatuan dua jiwa di hari bahagia.

Paduan warna krim dan rona hijau mampu mencetuskan aura yang tersendiri. Dua warna yang mungkin tampak bertentangan namun apabila digandingkan bersama akan terlihat serasi. Gabungan bunga krim dan sedikit injeksi rona hijau menaikkan seri dulang hantaran lantas menjadikan seleksi hantaran tampak mewah.

Simbolik hantaran tanda tulus dan sucinya cinta yang tiada tandingan. Seleksi hantaran terindah membuktikan betapa agungnya cinta yang bertakhta di hati. Dipersembahkan dalam nada ikhlas dari segenap jiwa dan raga, mencetuskan kasih sayang yang tiada berpenghujung.Pastinya sentuhan magis pada setiap hantaran membuatkan si pujaan hati terasa begitu dihargai.

Terserlah limpahan cinta saat melihat set dulang hantaran yang digubah indah buat si dia. Dimensi rona-rona salju dan rona benderang begitu lembut dan mengasyikkan melambangkan betapa agungnya cinta kedua mempelai.

Aura romantis jelas terserlah pada setiap bingkisan hantaran sekaligus menyemarakkan lagi hari bersejarah. Seakan tidak sempurna majlis perkahwinan tanpa iringan dulang hantaran. Seleksi gubahan hantaran daripada Man Kajang pastinya mencuit pandangan.

IDEA HIASAN YANG MUNGKIN BOLEH DISELITKAN:

*Olahan elemen hiasan seperti labuci bermotif flora mahu pun aksesori  pepatung pada alas hantaran mampu mencipta gaya hantaran berkonsepkan ala fairy tale. Percikan rona-rona benderang pada bunga-bungaan segar pula menyuntik gaya yang lebih ceria.

*Penambahan bunga baby breath dan gulungan kain satin yang dijadikan bentuk bunga menjadi kombinasi yang serasi tatkala disusun di atas dulung hantaran. Selain itu, penggunaan dulang hantaran rona krom mampu mencipta impak yang lebih menarik dengan gaya tersendiri.

*Suai padankan hantaran dengan bakul rotan rona putih mahupun mutiara hiasan berenda rona senada. Dulang kristal juga sesuai digunakan sebagai alternatif dulang berkaki rona krom.

Credit Picture: Instagram: mankajang29

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: