Orang dah kahwin je akan rasa dan mengalami saat-saat ini. Saat tinggal Rm10 dalam dompet walhal lagi seminggu nak gaji. Cari lauk paling jimat sekali nak makan sebab takut duit tak cukup bila bayar. Inilah dia asam garam perkahwinan. Kerana kita bukan kahwin dengan anak kaya yang hidupnya tersedia semua benda.Tapi realiti ini menjadikan kita suami isteri lebih menghargai antara satu sama lain. Baca perkongsian lelaki bernama Amir Syahir ini.

Bila dah beberapa tahun berkahwin, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Kehidupan semakin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.

“Bila Mula-Mula Kahwin Tu Biasalah Kalau Kau Rasa Kesempitan Wang “ Kongsi Lelaki Ini
Kredit: Tangkap Pictures

 

Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.

Kalau dulu gaji RM1600 hidup sorang cukup-cukup makan je. Ketika kahwin, gaji RM1600 cukup pula nak sara anak orang. Tup tup, bini bunting pelamin pula. Memang kahwin itu membawa bersamanya berkat.

IKLAN

Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.

Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit.

Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.

IKLAN

Jangan kau ingat bila dah kahwin, terus nak senang. Tu dalam drama petang-petang je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.

Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.

“Bila Mula-Mula Kahwin Tu Biasalah Kalau Kau Rasa Kesempitan Wang “ Kongsi Lelaki Ini
sekadar gambar hiasan

Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.

IKLAN

Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.

Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI