•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebelum tibanya hari bahagia dua sejoli, bakal pengantin terutamanya perempuan, akan mengalami sindrom ‘mahu kurus’. Pelbagai cara dilakukan termasuklah berdiet dan bersenam untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Tersilap langkah, bukannya makin kurus tapi naik pula berat badan.

Pesona Pengantin kongsikan 10 rahsia kurus bakal mempelai perlu tahu.

1. Menurut Lawrence Cheskin, M.D., pengarah Weight Management Center di Johns HopkinsBloomberg School of Public Health, rasa pedas adalah umpama perantara  antara selera makan dan perasaan kenyang. Semakin pedas yang dimakan, anda lebih cepat berhenti makan.

2. Makan epal segar 15 minit sebelum makan akan dapat mengurangkan sehingga 15 peratus jumlah pengambilan kalori. Peratusan ini dibandingkan dengan orang yang hanya minum jus epal sahaja. Menurut pakar pemakanan, Julie Flood Obbagy, mengunyah epal dapat mewujudkan rasa kenyang dan memanjangkan tempoh penghadaman.

3. Menurut pakar diet, Lauren Slayton, R.D., waktu terbaik untuk mengetahui rasa kenyang adalah sewaktu anda sudah menghabiskan tiga per empat daripada hidangan anda.

4. Terbiasa mengamalkan makanan manis, tubuh anda akan mengharapkannya setiap hari. Jika tidak, itulah yang mencetus rasa mahu makan secara kerap. Oleh itu, pengambilan pemanis mulut digalakkan tetapi kuantitinya perlu dikawal.

5. Tahukah anda, mufin yang diperbuat daripada minyak sayuran adalah lebih menggemukkan berbanding mufin dengan mentega? Oleh itu, kawal kandungan minyak sayuran yang diletakkan ke dalam ramuan mufin anda.

6. Tambahkan kuaci madu ke dalam salad, sup atau susu kocak anda. Ia kaya kalori tetapi lebih sihat berbanding kalori yang anda perolehi daripada makanan lain. Untuk kekal kenyang dan sihat, amalkan kuaci dan oat.

7. Menurut Stephen Gullo, seorang pakar perubatan, snek terbaik adalah seperti sayuran mentah, telur dadar (menggunakan telur putih) mahupun tiga cawan bertih jagung tanpa tambahan perasa.

8. Anda boleh makan sandwic saiz kecil dengan makanan sampingan yang lain seperti salad, sepotong buah, dan secawan buah. Menurut pakar nutrisi di Tufts University, Susan Roberts Ph.D, makanan-makanan ini rendah kalori dan mempercepatkan rasa kenyang.

9. Tidak salah seandainya anda minum soda sesekali. Selain memberi ganjaran kepada diri sendiri, ia juga salah satu inisiatif bagi mengelakkan motivasi untuk kurus memberontak dan mendorong anda untk minum lebih banyak

10. Kebanyakan wanita kekurangan vitamin D dalam tubuh mereka. Tahukah anda, vitamin ini menghasilkan sejenis hormon iaitu leptin? Hormon inilah yang akan menghantar signal bahawa anda sudah kenyang kepada otak. Untuk menambah khasiat vitamin D, amalkan suplemen khas atau ikan salmon.

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: