Selain pemilihan pakaian dan solekan, gaya rambut juga dianggap penting agar pengantin tampil menyerlah dalam setiap konsep pilihan mereka. Bagi memastikan tetamu tidak jemu memandang, tidak salah jika pengantin mengubah gaya rambut dari gaya kebiasaan untuk mencipta kelainan.

Apa yang penting, pengantin perlu melihat kesesuaian dengan padanan pilihan sama ada ia berkonsepkan gaya tradisi atau moden. Ini kerana gaya rambut yang tepat dan sempurna bakal memberikan keseluruhan penampilan pengantin lebih wow.

Bagi mengelakkan kebosanan dengan gaya biasa, ini ada 10 stail yang boleh pengantin cuba. Pastinya pengantin akan menjadi tumpuan tetamu dengan stail rambut sebegini. Jom kita lihat!

1. HALF UP HALF DOWN

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow

IKLAN

2. LOOSE & MESSY SIDE BRAID

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow

3. FRENCH TWIST

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow
4. CURLY UPDO

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow
5. LOOSE CURLS

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow
6. DOUBLE BRAIDS

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow
7. LOOSE PONYTAIL

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow
8. SIDE BRAID

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow
9. CURLY HALF UP

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow
10. HALF UP CROWN BRAID

Bakal Pengantin Boleh Tiru 10 Stail Rambut Ini! Gerenti Wow

5 TIP MILIKI RAMBUT SIHAT & MENAWAN

1. Elak cuci rambut setiap hari
Rambut yang dibasuh setiap hari akan menghilangkan kelembapan semula jadinya. Harus dibiarkan rambut anda tidak dibasuh selang beberapa hari supaya rambut boleh menghasilkan kelembapan semula jadi.

IKLAN

2. Amalkan mengurut kulit kepala
Semasa mencuci rambut, cuba urut kulit kepala untuk membantu pengaliran darah menjadi lebih lancar. Dengan pengaliran darah yang lancar, rambut boleh tumbuh dengan lebih lebat, kuat dan panjang.

3. Atasi rambut bercabang
Untuk masalah ini, anda boleh gunakan dua cara. Buat sendiri dengan menggunakan pupur rambut atau dapatkan bantuan profesional dengan rawatan yang disediakan.

IKLAN

4. Kurangkan aktiviti mendandan rambut
Aktiviti seperti mengerintingkan rambut, meluruskan rambut, blow dry dan mewarna akan menyebabkan rambut menjadi tidak sihat. Sebenarnya banyak cara lain untuk mendandan rambut. Pastikan anda menggunakan serum untuk memastikan kesihatan rambut anda terpelihara.

5. Mengikat rambut 
Mungkin ada yang akan rasa tidak selesa jika tidak membasuh rambut setiap hari dan jika itu masalahnya, anda boleh menggayakan rambut dengan gaya bun atau ponytail agar rambut boleh menerima kelembapan dengan lebih mudah.

JAGA RAMBUT SEBELUM NAK KAHWIN, INI PESANAN JURUSOLEK PROFESIONAL EMMA MUSTAFA UNTUK PENGANTIN. CUKUP BERINFORMASI!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI