Dalam majlis perkahwinan, tuan rumah dan ahli keluarga akan memakai korsaj pada baju bagi tujuan memudahkan tetamu untuk mengenalpasti mereka. Korsaj yang sering kali kita lihat dibuat dalam bentuk bunga ataupun duit yang dilipat menjadi kipas serta dipinkan di baju. Mungkin bosan dengan korsaj yang sering digunapakai itu, apa kata anda berikan kelainan dengan membuat korsaj untuk diikat di pergelangan tangan.
Ia juga menjimatkan kos jika anda membuatnya sendiri daripada membeli yang sedia ada dari kedai peralatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat membuat korsaj dengan pelbagai rekaan unik dan lebih menarik untuk seluruh ahli keluarga.
Jom ikuti langkah-langkah ini untuk membuat korsaj dengan rekaan unik.
Bahan-bahan yang digunakan:
• Pelbagai bunga sutera (pilih beberapa kuntum bunga yang nampak realistik)
• Gam panas
• Gunting
• Pemotong wayar
• 1.5” reben satin lebar
Langkah 1: Potong kuntuman bunga yang besar dari tangkai menggunakan pemotong wayar. Pastikan dengan menyusunnya secara mendatar.
IKLAN
Langkah 2: Potong beberapa kudup bunga dari tangkai utama, namun masih mengekalkan tangkai yang kecil.
IKLAN
Langkah 3: Potong sepanjang 18” reben.
Langkah 4 & 5: Mulakan dengan bunga-bunga utama. Gamkan di bahagian tengah reben tadi. Gamkan kudup bunga di sekitar bunga utama. Ikat pada pergelangan tangan dengan korsaj baharu yang dibuat sendiri.
Orang Selatan terutamanya di Johor tentunya suka telur pindang kan? Telur pindang seringkali menjadi buah tangan setiap kali menjelang majlis perkahwinan. Disebabkan cara membuatnya agak rumit dan memakan masa, ramai yang tidak suka menyediakannya. Namun bagi penggemarnya, cabaran inilah yang membuatkan telur pindang lebih berharga dan terasa kenikmati saat menjamah.
Walaupun banyak resipi yang hanya memerlukan waktu penyediaan sehari, namun proses rebusan menggunakan api kecil selama tiga hari dua malam itulah yang terbaik kerana semua bahan akan mesra dan serasi di dalam telur yang direbus.
Terima kasih Rohanah Tahirin atas perkongsian resipi.
Bahan :
30 biji Telur – basuh bersih
1 sb Ketumbar
1 sb Jintan manis
1 sb Jintan putih
Rempah 4 beradik
2 botol kicap yang kecil / Kicap manis
1 cekak Daun manggis / Kulit manggis
1 cekak Daun mengkudu
1 cekak Daun jambu batu
1 cekak Daun senduduk
1 cekak Daun serai wangi
5 tangkai Daun kari
6 batang Serai
10 biji Bawang merah – belah empat, kulit tak perlu kupas
Sedikit Lengkuas – hiris
5 helai Daun pandan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara :
Masukkan semua daun dan bahan-bahan lain berselang-seli dengan telur. Buat sehingga bahan habis.
Masukkan air sehingga telur tenggelam.
Perasakan dengan garam.
Rebus menggunakan api kecil sehingga tiga hari dua malam supaya semua bahan mesra dan serasi dengan telur.
Mari lihat punca-punca yang menyebabkan sinki sering tersumbat.
1. BERAS & NASI
Beras merupakan bahan makanan yang memang ada di setiap rumah kerana ia adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Tak lengkap hidup sekiranya tiada beras di rumah, betul tak?
Sewaktu membasuh beras, amatlah penting untuk anda berhati-hati ketika membuang airnya supaya beras tidak jatuh ke dalam sinki. Jadi, tahanlah beras menggunakan tangan dengan betul.
Sama juga sewaktu anda hendak mencuci periuk nasi. Pastikan kerak nasi yang tertinggal tidak terjatuh ke dalam sinki sehingga ia masuk ke dalam saluran paip. Ia boleh menyebabkan sinki tersumbat dan berbau nanti.
Sebaiknya, anda membuang sisa nasi ke dalam bakul sampah dengan menggunakan senduk nasi atau sudu terlebih dahulu. Cara ini dapat mengurangkan kebarangkalian singki tersumbat angkara sisa nasi.
2. TEPUNG & KULIT TELUR
Tepung dan telur antara bahan penting terutamanya, jika anda hendak membuat kek atau hidangan lain yang berasaskan bahan ini. Namun, pastikan juga sisa bahan-bahan ini tidak terjatuh ke dalam sinki bagi mengelakkan sinki berbau dan tersumbat.
Pastikan sisa tepung yang telah bercampur air dan kulit telur, dibuang ke dalam bakul sampah sebelum membasuh bekasnya. Sama juga seperti sisa makanan yang terhasil dari bahan ini, terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah. Jangan cuci bekas sekali dengan sisa makanan, okay?
3. RAMBUT
Rambut juga antara bahan utama yang menyebabkan sinki dan saluran paipnya tersumbat. Walaupun rambut telah dirapi kemas sewaktu berada di kawasan dapur, kadang tanpa sedar tiba-tiba sahaja ia muncul.
Sekiranya anda melihat rambut walaupun hanya sehelai, jangan pula dibuang ke dalam sinki. Terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah yang berhampiran.
Ingat, segumpal rambut di dalam saluran paip boleh menghalang kelancaran air sekaligus mengeluarkan bau yang kurang enak.
4. BUNGKUSAN & PELEKAT MAKANAN
Ada orang suka sangat buang pelekat ke dalam sinki. Tanpa sedar, saiznya yang kecil telah termasuk ke dalam lubang sinki.
Walaupun bukan diri sendiri yang melakukannya, pastikan anda menasihati dengan baik ahli rumah anda akan tabiat buruk itu. Bukan murah kos hendak membaiki paip tersumbat, lagi pula rumah yang jenis ‘high rise’.
5. PUNTUNG ROKOK
Menghisap rokok pandai pula, tetapi bila nak membuang puntung rokok terus kurang cerdik akalnya. Akibatnya, ia dicampak ke dalam sinki. Ini kalau keluarga bakal mentua nampak perangai sebegini, terus kurang berkenan nak dijadikan sebagai menantu.
Jangan jadikan amalan membuang puntung rokok, sama ada di dalam mangkuk tandas mahupun lubang sinki sebagai tabiat diri. Sudahlah ruang udara tercemar dengan bau asap rokok, ditambah pula dengan bau kurang enak dari saluran paip yang tersumbat.
6. PIL UBAT
Sebenarnya pil ubat boleh menjadi punca paip sinki tersumbat. Ubat akan hancur di dalam tubuh badan manusia kerana mempunyai asid yang melarutkan ia.
Namun, tidak pula dengan air dari sinki yang merupakan air biasa. Sekiranya ubat yang pecah bercampur dengan air biasa, air tersebut akan tercemar kerana sifat ubat mempunyai tarikh luput yang tersendiri.
Sebab itulah ada arahan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kesihatan yang mengarahkan pengguna untuk memulangkan semula lebihan ubat sekiranya sudah tidak digunakan. Pihak kesihatan mempunyai cara yang betul untuk melupuskannya.
Haa… nampak tak punca yang membuatkan sinki tersumbat? Selepas ini anda boleh ubah dan sama-sama jaga sinki di rumah ya. Semoga info ini dapat membantu menyelesaikan masalah sinki rumah anda.
Wow gabungan tiga elemen yang cukup menggiurkan. Resipi Kek Marble Red Velvet Cheese ini membuahkan hasil yang cukup lembut, gebu dan paling penting kurang manis.
Bahan A
3/4 cwn marjerin
120-130 g cream cheese
Bahan B
1 cwn gula kastor
1 sb minyak
Esen vanila
Bahan C
4 biji telur gred B
Bahan D
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
(kalau tiada, boleh letak tepung gandum + 1sk baking powder)
Paste red velvet
½ sb red velvet emulco + ½ sb serbuk koko + ½ sb air panas
Cara :
1.Putar kelajuan tinggi bahan A sehingga sebati lebih kurang dalam dua hingga tiga minit.
2.Selepas itu masukkan bahan B dan putar sehingga pucat, lebih kurang dalam lima hingga enam minit.
3.Masukkan pula bahan C satu persatu. Putar sampai sebati kemudian masukkan lagi sebiji sehinga habis.
4.Masukkan bahan D sedikit demi sedikit dan puta dengan kelajuan perlahan.
5.Bahagikan kepada dua adunan.
6.Satu adunan masukkan pes red velvet dan satu lagi biarkan perasa asal. Masukkan ke dalam loyang berselang seli atau bertompok-tompok. Gunakan loyang 8X8.
7.Bakar pada suhu 160 darjah selsius menggunakan api atas bawah selama 45 minit. 15 minit terakhir, letak di rak bahagian bawah.