Nama Rizman Ruzaini tidak perlu diperkenalkan lagi, populariti yang duo pereka ini raih sepanjang bergelar berkecimpung dalam dunia fesyen benar-benar pengukuhkan platform mereka sebagai pereka fesyen pilihan ramai. Busana perkahwinan yang dihasilkan benar-benar membawa ratu sehari ke dimensi baru bagaikan seorang ratu di takhta singgahsana.

1. APAKAH SIMBOLIK SEBUAH GAUN PERKAHWINAN BAGI ANDA SEBAGAI SEORANG PEREKA FESYEN?

Gaun perkahwinan merupakan satu item yang sangat ikonik kerana ia merupakan kenangan yang akan diabadikan sepanjang hidup pemakai itu sendiri. Ia merupakan satu busana yang ikonik.

Bual Fesyen Bersama Pereka Fesyen Rizman Ruzaini. Jawapan No.5 Paling Penting Untuk Bakal Ratu Sehari

2. SEBAGAI SEORANG PEREKA FESYEN YANG MEREKA SEGALA JENIS KOLEKSI SEPERTI BUSANA READY TO WEAR, LEBARAN DAN JUGA MADE TO MASURE. APAKAH PERBEZAAN KETARA YANG DIRASAI KALA MENERIMA TEMPAHAN BAJU BUSANA PERKAHWINAN?

Memang ada perbezaan ketara saat mereka gaun perkahwinan. Ia memberikan nilai yang cukup sentimental dan memiliki keistimewaan mutlak kepada yang memakai. Jadi pembuatannya sangat teliti dari segi rekaan, pemilihan material dan perincian. Proses merealisasikan busana perkahwinan juga lebih peribadi kerana pereka akan duduk bersama tuan punya badan yang akan menggayakan busana tersebut.

Bual Fesyen Bersama Pereka Fesyen Rizman Ruzaini. Jawapan No.5 Paling Penting Untuk Bakal Ratu Sehari

3. APAKAH WARNA YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN DALAM MENCIPTA BUSANA PERKAHWINAN?

IKLAN

Warna yang bersesuaian itu sebenarnya bergantung kepada cita rasa bakal pengantin itu sendiri. Namun bagi saya warna putih adalah warna yang sangat cocok dengan rekaan busana perkahwinan. Lagipun warna putih adalah warna yang timeless dan tidak lapuk dek zaman. Selain putih, warna-warna pastel juga sesuai dijadikan busana perkahwinan.

4. BAGAIMANA PULA DENGAN PILIHAN FABRIK? JENIS APAKAH YANG PALING SESUAI?

Pemilihan fabrik bergantung kepada majlis itu sendiri. Misalnya untuk acara akad nikah kami lebih suka menggalakkan para pengantin untuk memilih fabrik sifon dan les kerana ia memiliki efek lembut. Kalau majlis resepsi pula fabrik seperti bridal satin, italian tulle dan juga netting yang menampakkan busana lebih dreamy. Selain itu fabrik songket pula untuk aura lebih klasik.

Bual Fesyen Bersama Pereka Fesyen Rizman Ruzaini. Jawapan No.5 Paling Penting Untuk Bakal Ratu Sehari

IKLAN

5. APAKAH PERKARA YANG PERLU SEORANG PENGANTIN TAHU SEBELUM MENEMPAH BUSANA PERKAHWINAN?

Antara perkara yang perlu diambil kira adalah siluet rekaan yang mereka minat bersesuaian dengan bentuk tubuh dan adakah warna yang dipilih menaikan seri kulit. Ini adalah dua perkara penting yang harus difahami oleh bakal pengantin.

6. ANTARA MAHKOTA, LAYAH DAN BUNGA SEGAR. APAKAH HIASAN YANG PALING SESUAI DIJADIKAN HIASAN KEPALA?

Saya merasakan ketiga-tiga item ini sesuai diletakkan di kepala namun bukanlah digayakan sekaligus dan bergantung kepada baju serta majlis.  Misalnya untuk pernikahan bunga segar sesuai dijadikan hiasan kepala. Manakala untuk majlis resepsi pemakaian layah dan mahkota adalah pilihan yang terbaik yang mana saya rasa 90 peratus aksesori ini menjadi pilihan pengantin.

IKLAN
Bual Fesyen Bersama Pereka Fesyen Rizman Ruzaini. Jawapan No.5 Paling Penting Untuk Bakal Ratu Sehari
Selebriti dalam persalinan Rizman Ruzaini

7. APAKAH SILUET GAUN PERKAHWINAN YANG MENJADI KEGEMARAN ANDA?

Semestinya ballgown. Kalau kita lihat dari zaman Grace Kelly sehingga kni, siluet ini merupakan siluet sentiasa menjadi pilihan ramai dan tak lapuk dek zaman Mungkin orang bertanya, kenapa bukan potongan duyung? Bagi kami siluet ballgown ini bukan boleh dipakai selalu danhanya sesuai digayakan dihari-hari tertentu sahaja jadi majlis resespsi adalah hari yang sangat kena untuk menggayakan ballgown.

8. DARI KACA MATA SEORANG PEREKA FESYEN. APAKAH TREND YANG DIJANGKA POPULAR UNTUK TAHUN 2018?

Trend untuk tahun 2018 bagi kami di Rizman Ruzaini adalah rekaan gaun potongan ballgown. Dari pengamatan kami menuju ke kahir tahun ini saya boleh mengatakan yang lapan dari sepuluh pelanggan yang datang mendapatkan khidmat kami memilih untuk menggayakan gaun siluet ini.

Kredit Foto: Instagram Rizman Ruzaini

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI