PENGACARA program Borak Kopitiam, Dayah Bakar akhirnya bertemu jodoh dengan jiran rumahnya semasa kecil dan selamat diijab kabulkan dengan bapanya sendiri jam 9.38 pagi tadi.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 29, berkata dia dan bakal suaminya, Kapten Hanif Hamidi, pernah belajar di sekolah yang sama selama tiga tahun.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Nikah, Cerai, Rujuk, Masjid Ar Rahimah dari Jabatan agama islam wilayah persekutuan, Muhamad Nazri Ramli.

Pada majlis berlangsung di 9 Kedondong, Ampang itu, Dayah menerima mas kahwin RM300 serta tujuh dulang hantaran, dibalas sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua pihak, rakan artis antaranya Fara Fauzana dan Heliza Helmi serta sahabat handai.

IKLAN

Dayah Bakar yang sopan menyarungkan busana Azura Couture dan muka ditata rias cantik oleh Yna Sakinah, Kisah Dayah dan Hanif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila dia memuat naik foto mereka ketika zaman kanak-kanak.

Cantiknya Baju & Mekap! Dayah Akhirnya Selamat Bergelar Isteri

IKLAN

Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan.

Tambah Dayah lagi, dia pernah menerima surat cinta daripada Hanif, 29, namun ketika itu hanya menganggap lelaki itu hanya kawan.

IKLAN

Cantiknya Baju & Mekap! Dayah Akhirnya Selamat Bergelar Isteri

Dalam perkembangan lain, Dayah baru sahaja mengeluarkan single pertama berjudul Imamku selepas beberapa tahun menyimpan hasrat menjadi seorang penyanyi.

“Lagu ini saya cipta sendiri dah lama. Cuma takut nak bagi orang dengar. Tapi kalau kita tak cuba, tak tahu kan,” katanya.

Kredit Foto : Saiful Chin Via Instagram Dayah Bakar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI