Salah Pilih Backdrop Boleh Rosakkan Dekorasi Majlis Kahwin, Pastikan Jangan Buat!

Salah Pilih Backdrop Boleh Rosakkan Dekorasi Majlis Kahwin, Pastikan Jangan Buat!

Dalam menyempurnakan dekorasi sesebuah majlis perkahwinan, backdrop atau latar pelamin merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Ini kerana penilaian sama ada berjaya atau tidak sebuah dekorasi perkahwinan dipengaruhi oleh bentuk dan pemilihan backdrop tersebut.

Oleh itu, anda perlulah mempertimbangkan bentuk backdrop dengan sebaiknya agar ia tidak merosakkan suasana dekorasi perkahwinan. Bukan itu sahaja, pemilihan dan bentuk backdrop juga bergantung pada lokasi perkahwinan sama ada ia sesuai dilakukan di indoor atau outdoor.

PERKAHWINAN TRADISIONAL DI INDOOR ATAU OUTDOOR

Perkahwinan dengan konsep tradisional lebih kerap diadakan di indoor berbanding outdoor. Selain proses adat yang panjang dan memakan masa yang lama, bimbang akan berlakunya perubahan cuaca seperti hujan yang turun secara tiba-tiba ataupun matahari yang semakin terik.

Maka tempat yang paling sesuai untuk mengadakan perkahwinan tradisional adalah di dalam kawasan yang tertutup. Dalam memilih backdrop untuk perkahwinan tradisional di indoor, biasanya bakal pengantin akan menyesuaikan dengan adat yang akan dijalankannya.

Bolehkah perkahwinan tradisional dilakukan di tempat terbuka seperti di taman atau di tepi pantai? Sebenarnya boleh jika proses yang panjang dapat disingkatkan. Untuk backdrop pula sebaiknya dikombinasikan antara tema moden dengan elemen gaya tradisional seperti kain batik atau tenun.

KEPELBAGAIAN BACKDROP MENGIKUT LOKASI

Perkahwinan ala barat yang dilakukan di outdoor biasanya menggunakan konsep intimate dan ringkas. Dan untuk menyesuaikannya, backdrop akan dibuat mengikuti konsep yang minimalis dan ringkas. Selari dengan konsep, terdapat pelbagai jenis backdrop yang dapat diaplikasikan daripada segi bentuk mahupun gaya.

Daripada segi gaya, terdapat banyak jenis di antaranya vintaj dan rustik yang sering diguna pakai. Sementara untuk bentuk juga pelbagai. Bahkan dari gaya rustik, sepasang pintu pun dapat dijadikan backdrop yang disertai dengan dekorasi bunga-bunga untuk mencantikkannya.

Keuntungan lain yang bakal pengantin dapat dengan menggunakan backdrop seperti ini adalah dapat mengurangkan bajet dekorasi tanpa perlu menghabiskan kos untuk dekorasi mewah dengan menyewa pelamin yang yang pasti mahal kosnya. Hanya dengan sentuhan kreatif, backdrop yang ringkas juga tetap tampil menarik.

Aplikasi latar pelamin seperti ini juga bukan hanya sesuai untuk pengantin bergaya moden, tapi dapat juga diterapkan untuk pengantin tradisional. Tentu saja dengan memberikan gaya tradisi seperti kain songket atau batik sebagai pengganti kain selendang putih yang biasanya dililitkan pada tiang mencetuskan kelainan.

4 Idea Kreatif Ini Bantu Anda Adakan Majlis Resepsi Di Rumah, Pasti Lagi Meriah!

4 Idea Kreatif Ini Bantu Anda Adakan Majlis Resepsi Di Rumah, Pasti Lagi Meriah!

Ramai pengantin lebih suka memilih majlis resepsi diadakan dalam sebuah dewan yang besar untuk bilangan jemputan yang ramai. Namun jika bilangan jemputan anda tidak ramai, resepsi di rumah cukup sempurna diadakan.

Sebagaimana majlis di dewan, di rumah juga tidak kalah meriahnya. Malah lebih memudahkan segala kerja kerana ia diadakan di rumah sendiri.

Paling utama, bagaimana anda hendak merancang agar majlis resepsi yang anda ingin adakan di rumah tetap memberikan hasil yang ‘wow’ dan dikenang buat selamanya. Ini caranya yang anda kena cuba!

1. Gunakan halaman rumah dengan sebaiknya

Memiliki halaman yang luas dan banyak tanaman? Ubah halaman rumah anda menjadi lokasi resepsi perkahwinan anda dengan konsep yang unik. Tidak perlu dekorasi yang mewah, kesan minimalis akan membuatkan lokasi resepsi anda tampil lebih cozy.

Jika resepsi diadakan malam hari, tambahkan hiasan lampu. Lilitkan lampu warna-warni pada pohon untuk memberikan kesan romantis.

2. Pilih satu atau dua warna untuk tema perkahwinan

Agar memberi kesan mewah dan elegan, cukup sekadar memilih maksimum dua warna untuk tema perkahwinan. Warna tema yang anda pilih akan memudahkan anda dalam memilih konsep dekorasi pelamin. Untuk dekorasi pelamin, pilih yang sederhana. Hindari terlalu banyak hiasan. Warna putih dan merah jambu boleh menjadi pilihan yang tepat untuk tema warna perkahwinan anda.

3. Jangan lupa siapkan photo booth yang sederhana

Menyediakan spot untuk photo booth di majlis perkahwinan yang diadakan di rumah wajar dipertimbangkan. Anda dapat memanfaatkan satu spot venue perkahwinan anda. Buat dekorasi dengan tema vintaj, untuk memberikan kesan elegan di majlis perkahwinan anda.

4. Untuk hidang tetamu, manfaatkan halaman belakang

Ingin suasana yang berbeza dan nampak classy? Manfaatkan halaman belakang rumah untuk menjamu para tetamu. Dengan konsep garden party, majlis yang sederhana memberi kesan yang memukau. Siapkan kerusi, dekorasi dan bunga. Untuk memberikan kesan semarak, tambahkan belon-belon sesuai dengan warna tema perkahwinan anda.

Moga dengan idea kreatif ini anda sudah dapat membayangkan konsep perkahwinan yang akan berlangsung di rumah.

6 Tema Perkahwinan Boleh Anda Cuba! Selain Buat Tetamu Teruja, Gerenti Mereka Nak Duduk Lama

6 Tema Perkahwinan Boleh Anda Cuba! Selain Buat Tetamu Teruja, Gerenti Mereka Nak Duduk Lama

Setiap perkahwinan pasti diserikan dengan tema. Apatah lagi jika tema perkahwinan yang dipersembahkan unik dan menawan, pasti ia akan membuatkan majlis berlangsungdalam suasana yang meriah.

Malah tetamu undangan yang hadir juga tentunya akan memuji sekali gus membuatkan majlis perkahwinan anda menjadi bualan sesama mereka. Bahkan tetamu juga akan beruntung kerana dapat mengabadikan fotografi yang indah bersama pasangan yang diraikan. Gerenti mereka nak duduk lama di majlis anda.

Sentuhan tema perkahwinan dengan idea menarik seperti ini bakal menjadi kenangan terindah untuk pasangan pengantin abadikan.

MOROCCAN

Ilham Moroccon dengan limpahan rona mewah pada perincian memberi aura eksotik pada majlis perkahwinan. Dihiasi dengan rona-rona terang pastinya ia mampu menarik perhatian, ditambah pula dengan ukiran khas yang digandingkan bersama.

CASUAL GARDEN

Dengan keadaan cuaca Malaysia yang agak panas menyebabkan majlis perkahwinan bertema dalam taman sesuai diadakan pada waktu malam. Ditambah pula dengan elemen pencahayaan yang memukau bersama angin malam pastinya membuatkan tetamu terpesona. Dekorasi kayu memberi kesan cozy ketika berbaur dengan hijaunya taman. Bahkan kerusi pengantin juga boleh dibaluti dengan rerumput hijau bagi membangkitkan menyatukan elemen dalam taman. Kehadiran kedua-dua pengantin bersama sepersalinan busana serba putih pastinya mencuri tumpuan tetamu.

PICNIC WEDDING

Perkahwinan menjadi momen yang menyenangkan, bukan hanya buat pengantin namun juga tetamu yang hadir. Berkonsepkan santai dengan gaya picnic wedding, perletakan kerusi dan tikar bersama bantal yang dibentangkan di atasnya bakal menjadikan majlis tampak lebih santai. Dihiasi juga dengan belon-belon dan hiasan bunting bagi menambah warna untuk dekorasi tema picnic wedding ini.

SHABBY CHIC

Dekorasi ala Shabby Chic dengan bunga dan lace memberi sentuhan feminin nan romantis pada majlis perkahwinan. Pilihan warna pastel seperti biru pucat atau merah jambu bersama hiasan lace akan menyempurnakan lagi setiap perinciannya.

HITAM & PUTIH

Paduan warna klasik antara hitam dan putih memberi kesan elegan yang timeless sebagai dekorasi perkahwinan. Dekorasi perkahwinan bertemakan hitam dan putih ini pastinya sudah tidak asing lagi, selain menjadi tema dekorasi kegemaran bagi pasangan muda masa kini.

CASUAL BEACH

Eksotik pantai kerap kali dipilih oleh bakal pengantin demi mewujudkan perkahwinan romantis sebagaimana yang diimpikan. Pemandangan alam yang tentunya  indah tidak perlu lagi diberi sentuhan mewah, namun cukup dengan nuansa serba putih yang memberi kesan sisi ringkas, moden dan anggun bersama tiupan bayu dari pantai.

6 Idea Dulang Hantaran Berkonsepkan Bunga Segar, Simple Tapi Tetap Cantik!

6 Idea Dulang Hantaran Berkonsepkan Bunga Segar, Simple Tapi Tetap Cantik!

Trend dulang hantaran perkahwinan sentiasa berubah-ubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah ke trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya miliki ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Walau bagaimanapun dulang hantaran menggunakan bunga segar tetap menjadi pilihan bakal mempelai kerana ia lebih menyerlah.

Perlu diingatkan bahawa hiasan bunga segar tidak boleh terlalu sarat sehingga menenggelamkan barang-barang hantaran. Memadai dengan beberapa kuntum bunga bagi memperindahkan gubahan hantaran. Kebiasaannya bunga-bungaan disusun kemas di sekeliling dulang. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kreativiti anda untuk menggubah dulang hantaran asalkan ia tidak nampak terlalu padat.

Berbanding dahulu, kebanyakan dulang hantaran pada masa kini lebih berkonsepkan pada warna-warna pastel. Antara pilihan bunga-bunga segar yang sering menjadi pilihan ialah hydrangea, baby breath, ros, lili dan sebagainya.

Gabungan warna-warna pastel dan kesesuaian dengan penggunaan bunga untuk dulang hantaran sangat sesuai untuk majlis nikah mahupun majlis persandingan. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.

Ayuh kita cuci mata dengan pilihan dulang hantaran yang ‘bermain’ dengan gabungan warna-warna pastel bunga-bunga segar.

 

 

 

 

 

Kredit Gambar: Instagram mankajang29

Nak Dekorasi Pelamin Lebih Memukau? Ini 5 Hiasan Penting Yang Patut Ada!

Nak Dekorasi Pelamin Lebih Memukau? Ini 5 Hiasan Penting Yang Patut Ada!

Apabila merpati dua sejoli duduk bergandingan di atas singahsana cinta, ia dianggap sebagai acara kemuncak sebuah ikatan cinta. Bukan sahaja kepada pasangan mempelai malah di hati tetamu yang hadir.

Memandangkan ruangan singgahsana cinta menjadi titik fokus, maka tidak hairanlah susun atur hiasan di ruangan pelamin harus digarap sempurna dan seindah mungkin. Di atas pelaminan ini jugalah akan dilakukan beberapa acara adat seperti menepung tawar serta merenjis air mawar.

Bagi menambahkan lagi keindahan tatahias pelamin, lazimnya penggunaan aksesori menjadi keutamaan dalam mencipta personaliti dan gaya di ruangan pelaminan. Berikut antara barangan atau perkakasan yang sering dijadikan pilihan utama dalam menghias pelamin.

1. Bunga-bungaan

Tidak lengkap sentuhan dekorasi pelamin tanpa dihiasi dengan gabungan bunga-bungaan terpilih. Ternyata tarikan dan kuasa bunga dalam mencipta keserian dekorasi tidak dapat dinafikan.

2. Lampu Hiasan

Menggayakan lampu hiasan seperti chandelier, lampu bola rotan dan sebagainya bukan sahaja bertujuan untuk menghadirkan cahaya. Malah turut terkesan dalam menyuntik elemen dramatik di ruangan pelamin. Juga apabila menggunakan lampu sportlight dan dihalakan ke bahagian tertentu di ruangan pelamin agar tampak lebih menarik dan tersendiri.

3. Pasu Kaca

Bermain dengan pasu kaca untuk merias pelamin ada keunikannya yang tersendiri. Sesuai diletakkan sama ada air yang dicampur pewarna, pasir, guli atau dibiarkan kosong. Garapan idea segar seperti ini apabila diaplikasikan pasti akan menghadiahkan kesudahan dekorasi yang istimewa.

4. Bantal Hiasan

                                                                                                                                                                                    Semarak dekorasi di ruangan pelamin bertambah sempurna apabila turut diserikan dengan aturan bantal-bantal hiasan pelbagai warna dan bentuk. Tidak dinafikan fungsi bantal tersebut sebagai kemasan lembut menyuntik keanggunan gaya pelamin yang cukup istimewa.

5. Lilin Artifisial

Biasan cahaya daripada lilin artifisial tampak begitu mewah untuk digayakan di ruangan pelamin. Perletakan lilin dalam pelbagai cara sama ada untuk menghiasi latar pelamin, penyeri sudut kiri dan kanan pelamin atau sebagainya mampu menyuntik suasana yang dramatik. Maka tidak hairanlah ia turut dijadikan antara elemen dekorasi yang hebat dan eksklusif.

6. Fabrik

Seiring dengan trend pelamin masa kini, fabrik turut dijadikan item utama dalam mencipta gaya dekorasi pelamin. Tidak perlu dinafikan, dengan penataan fabrik sebagai latar pelamin mampu mencipta ilusi ruangan pelamin tampak tersergam indah.

Kredit gambar pelamin: Intan Bridal House

Jom Cuci Mata Tengok 5 Tema Dekorasi Ruang Pemanis Mulut, Kot La Boleh Cuba Kahwin Nanti

Jom Cuci Mata Tengok 5 Tema Dekorasi Ruang Pemanis Mulut, Kot La Boleh Cuba Kahwin Nanti

Mencipta gaya di ruangan pemanis mulut boleh diterjemahkan dengan pelbagai pilihan konsep dekorasi yang istimewa. Setiap satunya punya keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, pilih sahaja tema yang anda gemari, apa yang penting ianya pasti mampu menyemarakkkan kemeriahan majlis perkahwinan yang berlangsung.

Sebenarnya hiasan dekorasi untuk ruang pemanis mulut ini boleh dilakukan sendiri asalkan pasangan mempelai bijak menyesuaikan dengan tema majlis perkahwinan. Terdapat pelbagai pilihan tema yang boleh dipilih untuk menghias ruangan pemanis mulut antaranya ialah tema klasik, romantik, vintaj, fairytale dan glam. Garapan warna dan elemen hiasan pada seni hiasan ruang pemanis mulut akan menjadi lebih terserlah apabila mainan warna-warna lembut dan warna-warna terang diserasikan bersama.

Kunci utama yang perlu diingatkan ialah tema dekorasi haruslah tidak terlalu sarat dengan elemen hiasan sehingga konsep hiasan dekorasi pemanis mulut tenggelam dek kerana ‘kemeriahan’ hiasan dekorasi yang keterlaluan.

Klasik

Peneguhan elemen klasik di ruangan pemanis mulut terserlah dengan paparan rona putih memenuhi ruangan. Sama ada pada pemilihan elemen dekorasi mahu pun pada seleksi hidangan yang disajikan.

Romantik

Olahan dekorasi bermain dengan warna-warna romantik seperti merah jambu atau pun lilac. Suntikan elemen dramatik turut disatukan dengan menghadirkan elemen lilin dan bunga-bungaan sebagai penyeri ruangan.

Vintaj

Ekspresi konsep vintaj dapat dilihat pada pemilihan dekorasinya yang menggunakan elemen yang unik dan bercirikan retro. Ternyata gaya ini mempunyai nilai estetika yang istimewa dan tersendiri.

Fairytale

Station candy buffet dengan tema kisah dongeng cukup menarik perhatian terutama buat tetamu cilik. Kebiasaannya ia tampak mewah dengan garapan pelbagai warna dan disempurnakan dengan hasilan yang cukup mengujakan.

Glam

Menepati ciri dekorasi berunsurkan glam, sudut ini dirias dengan elemen berkilau yang memukau. Gaya sebegini tampak begitu hebat dan mewah. Serlipan unsur-unsur gemerlapan menjadikan sudut pemanis mulut tampak lebih menyerlah.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: