Hias Botol Kaca Sebagai ‘Doorgift’ Mengikut Tema Majlis Anda

Hias Botol Kaca Sebagai ‘Doorgift’ Mengikut Tema Majlis Anda

Penggunaan botol dalam idea memberi cenderahati tampak eksklusif dan ringkas. Tak perlu nak hias berlebihan dan hanya mengikut tema yang anda inginkan.

Bahan-Bahan:

• Kain renda
• Kain organza
• Botol
• kacang hijau
• Tag nama
• Tali guni berwarna putih
• Gunting

Langkah-Langkah:

1. Potong kain renda membentuk segi empat mengikut ukuran yang sesuai untuk penutup botol.

2. Selepas itu potong tali guni secukupnya.
3. Isi kacang hijau ke dalam botol sehingga penuh.

4. Selepas menutup botol, ambil kain renda dan lapik ke atas kain organza yang turut dipotong saiz yang sama.
5. Akhir sekali, ambil tali kemudian ikat dengan kemas pada penutup.

 

Sirih Junjung Dengan Sentuhan Eksotik

Sirih Junjung Dengan Sentuhan Eksotik

Penggunaan bunga harum sundal malam memberikan sentuhan klasik buat gubahan sirih junjung ini.

Bahan-bahan

Bahan-bahan:

Daun sirih, bunga peacock, bunga ros, bunga carnation, bunga harum sundal malam, span basah

Langkah 1 & 2

Langkah 3 & 4

Langkah 5

Langkah demi langkah:

  1. Cucukkan bunga harum sundal malam di tengah-tengah span basah.
  2. Hias di sekeliling bunga tadi dengan daun sirih.
  3. Kemudian, serikan dengan bunga carnation.
  4. Selang-selikan pula dengan bunga ros.
  5. Langkah akhir, hiasi dengan bunga peacock mengikut kesesuaian.

 

Tahukah Anda
Harum sundal malam atau nama saintifiknya, Polianthes tuberosa boleh diproses menjadi wangian, minyak urut dan juga lotion. Perhiasan bunga ini pada upacara perkawinan di nusantara dikatakan memberi gairah tersendiri untuk pasangan pengantin baru. Mengikut kajian, haruman yagn dihasilkan oleh bunga harum sundal malam ini juga mampu meningkatkan libido.

Gubahan Sirih Berhias Daisy

Gubahan Sirih Berhias Daisy

Sirih junjung diibaratkan sebagai dulang utama yang mengetuai dulang-dulang hantaran yang lain. Ianya merupakan dulang perutusan yang sarat dengan adat masyarakat melayu.

Bahan-bahan

Bahan-bahan:

Sirih, bunga ros, bunga gerbera daisy, bunga kapur, span basah

Langkah 1 & 2

Langkah 3 & 4

Langkah demi langkah: 

1. Cucukkan daun sirih yang telah digulung di sisi bekas.
2. Serikan dengan bunga gerbera daisy.
3. Kemudian hiaskan pula dengan bunga ros.
4. Sisipkan lebihan daun sirih di tepak sirih dengan kemas.

TAHUKAH ANDA
Bunga gerbera daisy boleh didapati dalam semua warna kecuali biru, dan ianya mampu bertahan selama 14 hari jika diletakkan di dalam vas yang berisi air. Bunga ini juga mempunyai keupayaan menyerap toksin dan karbon monoksida serta membebaskan oksigen pada waktu malam, jadi apakata letakkan vas berisi beberapa kuntum Gerbera Daisy di bilik tidur anda utuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Ilham Gubahan Sirih Junjung

Ilham Gubahan Sirih Junjung

Hantaran yang dipersembahkan menjadi tatapan tetamu yang hadir. Lambang keikhlasan pasangan dan bukti cinta abadi disatukan.


Bahan-bahan:

• Daun sirih
• Gunting
• Solatep
• Gabus hijau
• Bunga hidup
• Lidi sate

Langkah-Langkah:

1. Letakkan gabus hijau ke dalam aluminium foil dan gulung kemas.
2. Ambil bunga kecil dan cucuk di sekeliling gabus hijau tersebut.

3. Stapler daun sirih.
4. Ambil daun sirih yang sudah digulung dengan lidi sate dan cucuk di sekeliling gabus hijau.

5. Kemudian, ambil bunga hidup yang pelbagai warna dan cucuk di sekeliling gubahan sirih.

Kelainan Dulang Hantaran Sebagai Hiasan Penarik Gubahan

Kelainan Dulang Hantaran Sebagai Hiasan Penarik Gubahan

Penggunaan bakul penganti bekas kotak atau sebagainya memberi kelainan dalam menghias gubahan hantaran. Tak perlu gubahan bunga yang sarat. Cukup sekadar minimalis dan warna yang kontra mampu cipta aura tersendiri.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan:
• Bunga ros berwarna peach
• Reben merah
• Kotak hantaran
• Gunting
• Gam UHU
• Kerongsang

Langkah-Langkah:

Langkah 1 & 2

1. Ambil kotak hitam untuk melapik dulang hantaran.
2. Kemudian ambil dulang hantaran berwarna coklat diletakkan atas kotak hitam.

Langkah 3 & 4

3. Seterusnya cucuk bunga mawar di tepi dulang sehingga membentuk sejambak bunga.
4. Tampal reben di tepi dulang hantaran sebagai tambahan hiasan.

Langkah 5 & 6

5. Akhir sekali masukkan barang-barang hantaran ke dalam dulang.
6. Letakkan kerongsang sebagai penyeri untuk gaya eksklusif.

Calla Lily Hiasi Gubahan Hantaran

Calla Lily Hiasi Gubahan Hantaran

Jom cuba gubah sendiri hantaran. Mudah je.

Bahan-bahan:
• Bunga calla lily
• Gam pistol
• Brooch
• Pelekat ekslusif
• Reben
• Polistre
• cermin kaca dan gunting.

Langkah-Langkah:


1.Ambil bunga dan ikat dengan reben menjadi sejambak.
2. Langkah kedua,letak bunga yang tersedia atas bekas hantaran.


3. Kemudian lekatkan pelekat eksklusif keliling hantaran.
4. Selepas itu, tampal reben putih di atas pelekat ekslusif tadi.


5. Letakkan brooch pada dulang untuk penyeri.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: