Trending
Bulan Ramadhan Ini Bulan Kasih Sayang. Maafkan Pasangan, Ringankan Beban Mereka Pesan Ustaz Ebit

Bulan Ramadhan Ini Bulan Kasih Sayang. Maafkan Pasangan, Ringankan Beban Mereka Pesan Ustaz Ebit

Dalam banyak banyak bulan, bulan yang sentiasa dinanti oleh kita, dah tentulah bulan Ramadhan. Bulan di mana jika kita berdoa, Allah makbulkan inshaAllah. Baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini.

Abang,apa doa abang dalam Ramadhan ini?doakan makbul sentiasa..tanya bidadari saya masa Ta’lim..

Abang doakan syurga Firdaus buat bidadari abang..abang nak pimpin tangan sayang masuk syurga..abang doakan bidadari abang sihat sentiasa. Doa bahagia sentiasa. Doa bidadari abang sentiasa diampunkan Allah. Doa sentiasa cantik dan menawan sampai syurga…

Saya fikir manalah datang kekuatan seorang wanita. Hebatkan..Allah yang beri kekuatan itu dari hati yang ikhlas.

Masa saya duduk dengan seorang pakcik umur lebih 60 tahun berdakwah jauh. Beliau angkat tangan nak masak. 2 hari beliau nak masak. Biasa kami gilir-gilir masak. Tapi pakcik tadi nak masak lagi dan kemas-kemas semua dengan dibantu 2 anak muda tapi agak nakal sikit.

Tengah hari masa masak. Dengar orang menangis dekat bilik air. Pakcik tadi menangis masa basuh baju. Kuat pakcik tadi menangis..

Saya peluk pakcik tadi. Dia cakap ustaz. Penat masak. Penat basuh baju. Susahnya dekat sini. Saya berdosa. Dosa banyak pada isteri saya. Lebih 30 tahun isteri saya masak. Basuh baju. Kemas rumah. Besarkan anak-anak. Urus anak-anak.Takde sehari pun berehat. Ramadhan lagi lah. Tak sempat tidur. Dari pagi siapkan sahur. Asyik terjaga-jaga. Risau suami dan anak-anak tak sahur. Ustaz saya jarang tolong isteri saya. Tak tak cakap terima kasih. Ya Allah apa saya dah buat ustaz. Anak saya semuanya dah besar-besar dah..terima kaseh Allah beri saya isteri yang sangat baik.

Begitulah abang. Allah sayang abang..

Ramadhan ini bulan kasih sayang. Rahmat Allah. Ringankan beban pekerja kita dapat pahala. Inikan beban isteri. Beban suami. Bantu pasangan dalam Ramadhan ini..

Makan berjemaah dan saling suap menyuap dengan rasa sayang. Maafkan pasangan. Masa yang paling berharga ialah saat kita menghargai keluarga yang kita sayangi dan cintai.

Jom jaga solat awal waktu berjemaah dan bantu isteri dapat solat awal waktu. Solat tarawih di masjid. Tolong juga jaga anak supaya isteri dapat tarawih walau di rumah. Sama-sama atau gilir-gilir atau sekali sekala bantu siapkan sahur dan berbuka. Selalulah doakan isteri kita. Doa itu ubat dan doa itu melapangkan membahagiakan. Dengari mereka bila mereka memerlukan. Barangsiapa tak mengasihi dia tak dikasihi- ebitlew

 

“Doa Seorang Isteri Itu Makbul & Ajaib. Inikan Pula Doa & Perjuangan.” Ini Perkongsian Sayu Ustaz Ebit Lew

“Doa Seorang Isteri Itu Makbul & Ajaib. Inikan Pula Doa & Perjuangan.” Ini Perkongsian Sayu Ustaz Ebit Lew

Melihat pengorbanan seorang isteri yang sanggup berjuang buat suami hampir 20 tahun, pengorbanan YB Dr. Wan Azizah ini patut dijadikan contoh. Menanti suami yang yang hidupnya keluar dan masuk penjara, YB Dr. Wan Azizah tak pernah putus berjuang buat suami tercinta. Hasilnya, kini suaminya Dato Seri Anwar Ibrahim dibebaskan. Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, buka mata ramai, tentang doa seorang isteri itu makbul dan ajaib.

Syukur pada Allah. Terima kaseh Allah. Dari saya kecil saya sangat menyayangi ulama. Saya juga menyayangi pemimpin baik yang menegakkan kebenaran..esok Rabu berkat Ramadhan….Tarawih dah..Allahuakbar..selamat kembali kepangkuan keluarga dan meneruskan perjuangan

Saya cuma ingin kita semua bahagia dan masuk syurga. Hati saya tak senang melihat mana-mana orang dihina. Walau wanita yang dizalimi oleh suaminya. Anak kecil yang lapar atau terbiar. Tidaklah membenci sesiapa cuma memang tak boleh tahan tengok orang dianiaya dan dizalimi.

Melihat kepada keluarganya. Saya tahu beliau seorang yang bawa Islam dalam keluarganya. ISLAM itu boleh lihat pada diri seseorang itu dan keluarganya. Semoga beliau terus istiqamah atas kebaikan. Pengorbanan beliau isteri dan anak-anak. Benarlah disebalik seseorang yang hebat itu rupanya Allah anugerahkan isteri yang sangat kuat.

Doa seorang isteri itu makbul. Doa isteri itu ajaib. Inikan pula doa dan perjuangan. Membesarkan anak seorang diri saat suami di dalam penjara. Ya Allah…Allah beri ketabahan dan hadiahkan anak-anak yang baik dan sentiasa senyum walau ujian belum berhenti. Anak berdiri depan penjara menanti ayah…Lihatlah isterinya dan anaknya yang menjaga akhlak dan pertuturan. Berjuang dan berkorban buat suami. Buat ayahnya. Sanggup memaafkan dan korbankan perasaannya dengan selalu memaafkan demi kebaikan rakyat Malaysia..Semoga Allah rahmati keluarga ini dan semua keluarga di Malaysia.

Tanpa susah seseorang itu tidak boleh memahami susah orang lain. Kesusahan yang disandarkan pada Allah ialah ilmu yang terus diberi oleh Allah. Semua Nabi dan orang soleh melalui susah dan sakit. Supaya mereka rasai setiap sakit perit orang lain. Mereka selalu teringat sakit mereka saat mengadili orang lain. Benarlah rahmat Allah disebalik susah. Saya ingat masa beliau dimasukkan dalam penjara lagi. Di mahkamah. Katanya semua ini akan menjadi sejarah. Bukan hari ini tapi sampai ke anak cucu kita akan membaca. Masa tu tak faham lagi. Kini melihat keajaiban doa ulama dulu-dulu. Orang soleh. Doa ibubapanya. Menangis saat beliau pulang melihat orang tersayangnya meninggal dunia. Ya Allah…

Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat kesana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat,berdoa,baca buku,baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..

Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu…

Dari saya remaja sekarang anak saya 4 orang. Syukur Allah izin dapat baca surat ini. Terima kaseh Allah..

Semoga Allah rahmati dan beri hidayah berterusan buat semua pemimpin DYMM YDP Agong. Dan semua pemimpin negara dan setiap negeri. PAKATAN, PAS,BN,DAP…Teruskan dakwah dan doa buat semua. Buat yang belum dapat hidayah semoga Allah beri hidayah dapat Islam. Semoga Allah tambahi hidayah buat kita semua dapat jaga Islam dan didik anak kita dengan Islam serta berakhlak dengan akhlak mulia pada semua berbeza bangsa dan agama.. Semua orang baik dan mulia. Juta rahmat yang kau beri kepada mereka berilah sedikit pada saya yang lemah dan mengharap redha Allah-ebitlew

“Isteri Ni Baik Buruk Kita Semua Dia Terima, Ikhlas. Tujuan Dia Tag Atau Mention Sebab Dia Nak Cakap Terima Kasih..” Padu Beb!

“Isteri Ni Baik Buruk Kita Semua Dia Terima, Ikhlas. Tujuan Dia Tag Atau Mention Sebab Dia Nak Cakap Terima Kasih..” Padu Beb!

Suami dan isteri ada peranan masing masing. Peranan dan tanggungjawab suami besar, bukan hanya sekadar berstatus suami. Lelaki ni, kalau tak diberitahu dan kalau tak di ingatkan, kalau tak ditimpa musibah,selalu lupa. Lelaki ini kongsi, tujuan isteri tag dan mention sebenanrnya sebab dia nak cakap terima kasih. Padu beb!

WANITA-WANITA YANG SETIA.

Suami dan isteri ada peranan masing masing. Peranan dan tanggungjawab suami besar, bukan hanya sekadar berstatus suami. Kita yang lelaki ni, kalau tak diberitahu dan kalau tak di ingatkan, kalau tak ditimpa musibah, kita lupa.

Itu memang sifat kita. Ini sekadar pedoman buat lelaki dan suami seperti aku yang seringkali terlupa.

Kita duduk dalam rahim wanita 9 bulan 10 hari lamanya, sampai koyak isinya untuk lahirkan kita dulu, anak-anak kita nanti. Luka kulitnya dengan benang jahitan yg kekal parutnya sampai bila-bila.

Darah dan airmata yang tumpah tu kita nak kira macam mana? Saat diorang menahan derita dan sakit tu kita nak balas dengan apa?

Kita tanya diorang, sejak lahirkan kita sejak lahirkan anak-anak kita, bila last diorang makan kenyang sekenyangnya?

Bila masanya diorang dapat tidur senyenyaknya?

Pernah kita bangun teman isteri susukan anak, tahan belakang badan isteri masa menyusukan zuriat kita dengan sakit epidural, czer, meneran yang masih berbaki?

Jangan cakap kau, aku sendiri tak mampu, serius. Tak terlayan nak bangun setiap 2-3 jam. Dioranglah bangun paling awal, tidur paling lambat.

Kita tanya mak dan isteri kita, waktu bila yang diorang paling takut sekali?

Waktu diorang rasa nak demam. Siapa nak jaga anak-anak, siapkan makan pakai kita? Nak harap kita yang lelaki ni? Harapan.

Tak pernah langsung dikisahnya pasal sihat atau sakit asalkan kebajikan dan keperluan suami serta anak-anak terjaga.

Apa yang susah, apa yang sombong sangat nak pura-pura tak ingat? Tegas mempertahankan ego ‘Aku Suami’ tak kena pada tempatnya? Sampai ada yang terajang anak isteri kononnya nak mengajar.

Kalau mak kau tau perangai kau macam tu dari kecik dia dah picit-picit kau sampai keluar taik hijau. Cuba kita ingat balik, bila waktu diorang cuti sejak kau terima nikahnya? Cuti dari tugas isteri dan ibu.

Mak dan isteri pengorbanannya sama.

Disisi Tuhan mereka adalah makhluk yang dimuliakan. Sehina dan sejahat jahat kita dulu, mak dan isterilah yang takkan berpaling muka dari kita. Setia di sebelah dengan harapan ada sinar untuk kita berubah, nikmati bahagia bersama.

Kita komplen isteri tak dengar cakap, tak turut perintah, tak lawa macam dulu. Kalau nak cerita pasal dulu, kau ingat dulu kau sorang je ke nak dia?

Kalau dia tau perangai kau kaki pukul, kaki dadah, buat dia macam khadam kau ingat dia nak ke kat kau? Nak bini lawa bukan main tapi minta beli set makeup pun kau kata membazir, baik buat makan dari beli benda yang tak penting katerr koo.

Baju seluar isteri dari kahwin sampai anak 3 tak bertukar-tukar tapi kau bukan main melaram dengan baju Supreme, sportrim 20 inci.

Siapa isteri kita adalah siapa diri kita ni. Tengok balik diri kita sebagai suami macam mana. Bila kita rasa kita bagus tapi isteri tak bagus dan tak betul memanjang, itulah permulaan masalah.

Kita nak cakap pasal tugas dan tanggungjawab isteri, kau list-kan kita punya, dia list kan dia punya. Kau tengok siapa punya lagi panjang berjela terutama bagi isteri yang tidak bekerja. Cuba buat, berdebar tak berdebar bila kau tengok kau punya tak sampai suku dari isteri kau.

Aku tak nak cakap pasal agama sangat sebab kau orang lebih arif, lebih pandai. Ini soal menyantuni, memahami, menghargai dan kesepakatan dalam rumahtangga.

Bertahun tahun kau abaikan anak isteri dengan lebihkan benda kat luar atau kawan-kawan yang menjahanamkan kau, jangan nanti bila anak kau tak dengar cakap, isteri kau rasa dia boleh hidup tanpa kau baru kau nak tepuk dahi. Itu jam, tengok kau happy tak happy.

Kawan yang kita patut berkawan adalah mereka yang

“Tak apa bro settle anak bini dulu. Lepak ni bila bila boleh”.

Bukan yang “Pirahhh! Dengan bini pun takut ke woi, kah kah”.

Kau tak tau dia keluar rumah sampai tolak kereta tolak motor, dah jauh baru start. Kau tak tau dia punya masalah kat rumah menimbun-nimbun. Melepak, kalah orang bisnes sampai ke tengah pagi. Tiap hari tiap minggu pulak tu.

Kawan ni penting jugak, bukan tak penting. Cuma aku nak kau tanya diri kau 1 benda je. Kau sakit, kau lumpuh, kau susah tak makan anak beranak esok, siapa yang jaga siapa yang mandikan kau dan siapa yang bantu kau cari duit nak suap anak anak?

Betul, kawan datang bagi bantuan, sokongan dan bagi sumbangan, tapi setakat mana dan sampai bila? Diorang pun ada keluarga, ada komitmen lain. Isteri kau jugak nanti kat sebelah. Isteri kau yang luar biasa tu.

Jangan lebihkan kawan sampai anak anak dan isteri terasa. Pandai-pandailah kau atur.

Bila aku cakap pasal ego lelaki atau suami, kau tahu marah, apatah lagi nanti bila mak atau isteri kau tegur pasal ego kau. Bila isteri suruh baca, kau suruh lukis. Malas benor nak membaca. Kalau bermanfaat, cedoklah buat panduan tapi kalau buruk, kau abaikan sudah. Peningkan kepala kau buat apa?

Isteri ni baik buruk kita semua dia terima, ikhlas. Tujuan dia tag atau mention kau sebab dia nak cakap terima kasih atau untuk kau buat panduan mana yang baik dan bermanfaat.

Aku tak cakap aku cukup bagus untuk nasihat orang, anak pun baru 2 orang tapi kau lelaki aku lelaki, hanya kita yang tau dan kita sahaja yang faham perangai kita.

Ingat, tak semua memiliki peluang kedua dan tak semua peluang kedua sama seperti peluang pertama.

Jangan sia-siakan.

 

Suami Jangan Terlalu Selesa Membiarkan Isteri Hidup Berdikari & Menguruskan Hidupnya Seorang Diri

Suami Jangan Terlalu Selesa Membiarkan Isteri Hidup Berdikari & Menguruskan Hidupnya Seorang Diri

Hidup berumah tangga perlulah saling berbahagi tugas dan tanggungjawab. Janganlah bersikap mentang-mentanglah isteri anda bekerja, dia mampu menguruskan diri dan keluarga. Kadangkala sikap lepas tangan suami yang menganggap isteri seorang yang berdikari menjadikan rumah tangga tidak bahagia. Mungkin di satu peringkat isteri pernah merasakan tanpa suami, dia lebih senang uruskan segalanya. Janganlah biarkan perkara ini timbul di benak isteri, bahaya akibatnya. Baca perkongsian ikhlas dari Nur Suhada ini mungkin boleh memberi kesedaran buat insan bernama suami.

*****************************************************************************************

Tahu tak, kesilapan besar lelaki pada hari ini adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri. It’s good for them but not healthy for the relationship, I tell you.

Yup. Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala tuju yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasar raya sendiri. Makan seorang diri among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau duduk rumah sorang sorang seronok makan kek depan televisyen sendiri.

Dan kamu pula langsung tidak bertanya tentang rutinnya kerana kamu fikir tidak banyak beza dengan rutinnya setiap hari. Kamu sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application game atau lepak bersama kawan di luar sampai lewat malam daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.

Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak, it’s same. Sampai satu tahap, dia akan fikir semua benda boleh buat. Jadi apa guna ada kamu lagi?

True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life. But don’t take them for granted. Call, text or talk to her daily. Jadikan itu sebagai rutin walaupun di mana jua kamu berada, walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu. Sekurang-kurangnya tanyalah dia, bagaimana hari awak hari ini? Awak tidur lena ke malam tadi?

Benda yang kamu rasa remeh dan kecil untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih merasakan yang you still there in her life.

kadang kadang sikit sikit kita buat memang tak nampak tapi makin lama makin hari dia akan merubah segalanya.

P/S: Jangan sampai dia rasa nak kemana rimas ada kamu, Jangan sampai dia rasa kalau kamu cuti pun sama seperti kamu kerja, jangan sampai dia rasa tak akan takut bila dia seorang diri, jangan sampai dia rasa kewujudan kamu tidak nampak lagi, jangan sampai dia rasa diri dia boleh hidup tanpa kamu, dan jangan sampai dia rasa hidup die kosong kasih sayang tiada untuk kamu sebab dia boleh BERSENDIRIAN TANPA KAMU

Renung-renungkanlah, moga ada perubahan dalam kehidupan anda.

Sumber: FB Nur Suhada

Baca Kisah Isteri Ini Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak

Baca Kisah Isteri Ini Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak

Kadangkala dalam rumah tangga,  isteri kita tidak menyangka yang suami sebenarnya menghargai isteri di dalam diam. Suami lebih banyak berdiam dan memendam berbanding wanita. Baca perkongsian ini yang boleh anda terharu dengan pengakuan si suami ini.
————————————————————————-
Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya…

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya…

”Hmm… Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni…”

”Ya sayang… Apa dia? Tanyalah… ” jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

”Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke…?? ” soalku lembut.

”Ermm tak. Kenapa sayang??? ” pendek dan ringkas jawapan dia.

”Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang…

”Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat… saya kadang-kadang stress…”

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis…

”Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak…”

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali…

”Hmm… Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari…”

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu ‘rahsia’ tersebut.

 Pertamanya ialah kerana… Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang… ”

Allah… aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa… dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi…

 Kedua… kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni…”

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami…

 Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una ‘hadiah’ ketika mana abang pulang di waktu petang…”

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku…

”Takpe… Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa ALLAH, abang masak sendiri k. Dah… jangan nangis…” Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan ‘berpuasa’ tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh ALLAH… Ampuni aku dan rahmatilah suamiku…

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri…

Sumber: FB Rahsia Perkahwinan

“Saya Mula Memeluk Dia Sewaktu Tidur, Saya Tahu Saya Akan Kehilangan Dia “ Isteri Hanya Pinjaman, Hargai Selagi Masih Ada

“Saya Mula Memeluk Dia Sewaktu Tidur, Saya Tahu Saya Akan Kehilangan Dia “ Isteri Hanya Pinjaman, Hargai Selagi Masih Ada

Andai dipulangkan kembali.

Asskm dan salam sejahtera min. Ada cerita yang ingin saya kongsi bersama. Semoga ianya bermanfaat.

Awal Febuari 2018… Salah seorang teman baik saya telah di jemput ilahi kerana kanser rahim tahap empat. Alhamdulillah arwah menderita tidak lama. Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian arwah. Sebelum arwah pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan.

Si suami tidak tahu kemana arah untuk di salurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka di amanahkan kepada saya. Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba – tiba si suami bersuara.

“Itu jer yg arwah ada…”

Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami tu tadi.

“Semalam saya membuka almari arwah dan hanya ini sahaja yang arwah ada…15 tahun saya bersama arwah, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arwah isteri. Saya abaikan arwah sehinggakan arwah sakit pun saya tidak tahu.”

Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handfon di meja mula berminat dengan cerita suami arwah kawan saya ini.

“Setiap kali arwah mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek – ejek arwah dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah – rendahkan arwah yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan.

Saya juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang – kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kejamnya saya.

Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arwah ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Kejamnya saya pada arwah. Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu.

Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila – bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya.” “Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan…kesian anak – anak kau.”
Suami saya bersuara.

“Bila saya pandang anak – anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa arwah ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan – jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan – kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka handfon arwah, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak.

Sedangkan gambar saya bersama kawan kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang…sayu jiwa saya…siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari.

Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti arwah uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan di tolak.

Selama ini saya bising – bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. Hari ini genap sebulan arwah pergi dan saya kira – kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak – anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arwah minta beli pakaian baru atau barang make up.

Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yg saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mengcukupi. Baiknya arwah kerana dia patuh.

Saya sering tegur arwah kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan – kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat – alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik”

Saya diam tidak dapat berkata – kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar – legar dalam fikiran saya. Setahu saya arwah ni masa zaman bujang – bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab…

“Malas lah nak makeup – makeup ni…takda masa..dengan anak – anak lagi…alaaa yang penting suami sayang…”

“Semalam saya buka almari arwah,hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yg baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain – lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah.

Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam – macam lagi makeup yang arwah ada. Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah.

Masa kali pertama arwah menjejak kaki ke rumah saya, arwah bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik – cantik…dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwah ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya mengcukupi.”
Si suami mula menangis.

“Arwah nak bekerja,saya marah..saya tanya arwah tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi…saya ego…arwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar arwah mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu.

Tiap kali arwah mengeluh sakit – sakit badan saya suruh dia tidur…makan ubat. Saya suruh anak – anak yang picitkan…tetapi saya lupa itu adalah kewajibsn saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara.

Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu.

Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya. Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arwah inginkan..tetapi perhatian dan kasih sayang saya.

Saya kesal kerana selama ini arwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami.

Masa saya tahu arwah sakit…masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun…saya terus bawa dia ke hospital…masa dalam kereta mulut saya tak henti – henti menyumpah dia..kata dia menyusahkan saya…nak diet sampai tak makan…ambil supliment yang bukan – bukan sampai sakit macamni.

Masa tu saya sangat marah pada arwah sampai saya terlepas kata asyik sakit jer tapi tak mampus – mampus jugak. Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal – nunjal kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak – anak di rumah. Tiga hari arwah warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak – anak datang melepas rindu.

Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doctor mengesahkan isteri saya mengidap kanser rahim tahap 4… semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya.”

Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang di hidangkan lansung tidak berusik. Suami saya merenung tajam kearah muka suami arwah kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.

“Sewaktu dia sakit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan – jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu – dulu dia lesu x bermaya…

Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. Tiap kali dia sakit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggal… Allahu…rupanya arwah terasa dengan kata – kata saya.

Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arwah…Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi tuhan saya sayangkan arwah cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia.

Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Sekarang satu – satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin…”

Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung didada, tetapi dia tahu saya menulis blog dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman…Hargai lah…

Kredit : Nurul Atika via Milo Tabur Viral

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: