Bagi pendapat Mia, perkahwinan itu tidak mudah seperti yang disangka. Berkahwin itu memang seronok dengan busana yang indah, diserikan pula dengan dekorasi yang senada.

Pasti semua itu diimpikan raja sehari. Namun sebenarnya tanggungjawab berat perlu digalas oleh suami isteri dalam alam rumah tangga,” ujarnya yang kini menginjak usia 28 tahun.

Filem popular dari barat seperti “Twilight” menjadi inspirasi untuk dirinya, hinggakan Mia Ahmad mengimpikan perkahwinan seperti filem tersebut iaitu berkonsepkan garden forest.

“Sebenarnya Mia belum sampai seru untuk berkahwin, akan tetapi konsep perkahwinan seperti filem “Twilight” bertemakan garden forest antara yang Mia angan-angankan untuk majlis perkahwinan nanti.

Mia juga sering mengingatkan diri Mia agar sentiasa menjaga diri daripada sebarang gosip yang tidak baik dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mengundang kepada reaksi negatif peminat.

Tambahan pula, di Instagram orang cepat sahaja melontarkan pendapat dan respons, oleh itu Mia lebih berhati-hati dahulu sebelum memuat naik sebarang gambar di sosial media,” ujar Mia Ahmad yang mengakui dirinya kini masih solo.