Berbicara tentang persiapan diri untuk bergelar isteri satu hari nanti, nyata Lizzy tidak begitu memberi tekanan kepada dirinya. Lizzy percaya proses pembelajaran untuk menjadi seorang isteri akan dapat dilalui dengan sendirinya.

“Bukan semua orang sempurna dan tahu serba-serbi. Begitu juga untuk menjadi seorang isteri. Lizzy akui memang tidak pandai memasak. Kelemahan yang ada tidaklah pula menjadi alasan untuk Lizzy tidak mencuba menyediakan hidangan untuk suami.

Mendengar kata lamaran yang ikhlas dan jujur daripada seorang lelaki kepada kekasihnya pasti menjadi detik yang cukup istimewa buat setiap gadis yang bercinta. Begitu juga bagi Lizzy, menurutnya, biarlah ungkapan keramat tersebut dilafazkan dalam situasi yang
cukup istimewa.

“Maksud istimewa bagi Lizzy bukanlah diungkapkan lamaran itu di tepi pantai atau ketika sedang menikmati hidangan makan malam bersama. Lizzy mahukan seolah-olah si dia telah merancang suatu game seperti treasure hunt yang memerlukan Lizzy mendapatkan klu dan akhirnya bertemu si dia di check point terakhir.

Saat itulah dia akan melamar Lizzy. Jadi pastinya momen tersebut akan menjadi detik yang paling menarik dan istimewa, malah tidak mungkin Lizzy lupakan. Dan dalam masa yang sama, momen ini akan Lizzy kongsikan bersama anak-anak kami suatu hari nanti,” ujar Lizzy lagi.