Untuk impian perkahwinan, saya menyukai konsep Modern English ataupun Indonesian Wedding Style. Mungkin kerana saya terpengaruh dengan filem-filem yang menggambarkan kemeriahan perkahwinan dengan tema tersebut. Saya juga suka dengan rona putih serta mahukan gandingan rona putih dan emas sebagai tema perkahwinan saya nanti.

Busana yang akan saya sarungkan nanti haruslah diinspirasikan daripada gaun Cinderella. Saya juga menyimpan angan-angan agar Datuk Siti Nurhaliza dapat menyanyikan lagu di majlis resepsi saya itu,” ujar Puteri petah berbicara kala diajukan soalan.

DEFINISI CINTA
Menyingkap tentang soal cinta, jelas Puteri, hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana jejaka. Dia masih belum bersedia untuk bercinta. Katanya lagi, dia hanya akan membuka pintu hatinya untuk bercinta apabila merasakan yang dia benar-benar telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Bagi saya apabila bercinta mesti ada hala tuju dan ia bukan sekadar untuk suka-suka. Saya pernah bercinta dan pernah gagal dalam percintaan namun itu bukan bermakna saya serik untuk bercinta lagi. Mungkin ketika itu saya masih mentah dan sebenarnya masih belum serius untuk bercinta.

Definisi cinta bagi saya ialah apabila kita gembira dengan seseorang, saling menghormati memberikan sepenuh komitmen serta sanggup untuk berkorban demi insan yang dicintai. Apabila kita memerlukan seseorang lebih daripada segala-galanya, itulah yang dinamakan cinta,” jelas Puteri sambil tersenyum penuh makna.

Nak tahu lebih lanjut kisah cinta Puteri Aishah ini, jangan lupakan dapatkan majalah Pesona Pengantin Edisi Oktober 2016.