Definisi Perkahwinan bagi Juliana Evans
Sudah tentu ramai yang tidak sabar menantikan gadis pujaan ramai ini meniti fasa perkahwinan dan pastinya Juliana akan kelihatan anggun kala menggayakan gaun perkahwinannya nanti. Seperti penggambaran ini, busana perkahwinan daripada pereka muda, Hatta Dolmat ini cukup mengujakan saat beliau menyarungkan ke tubuhnya. Tambah berseri bagaikan orang yang sedang dilamun cinta apabila wajahnya dirias indah oleh jurumekap Tiar Zainal dan rambutnya didandan anggun hasil sentuhan Emma Mustapha.

“Perkahwinan merupakan satu fasa baharu yang berlaku dalam kehidupan seseorang. Apabila berkahwin, ada pasangan yang akan menjaga kita sekali gus melayari bahtera rumah tangga bersama-sama. Malah selepas berkahwin, kita perlu menganggap pasangan kita itu seperti kawan baik kerana lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam hubungan yang dibina.

Antara konsep perkahwinan yang saya impikan sama seperti hari ini yang dipenuhi dengan bunga-bungaan segar. Namun, saya juga menyukai tema perkahwinan pantai kerana ia tampak lebih ringkas, sempurna dan mendamaikan di mata saya. Daripada segi busana pula, saya mengimpikan pakaian pengantin kembang seperti yang digayakan hari ini,” bicara Juliana di akhir perbualannya.

Nak tahu kisah cinta kerabat Juliana Evans, dapatkan Pesona Pengantin Bulan September 2016.