Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Kecantikan Daripada Berhabis Duit Buat Rawatan Rambut, Baik Bakal Pengantin Cuba Petua Ni

Daripada Berhabis Duit Buat Rawatan Rambut, Baik Bakal Pengantin Cuba Petua Ni

Rambut merupakan aset terpenting terutamanya wanita dalam mempamerkan penampilan diri. Bagi bakal pengantin, rambut merupakan mahkota yang perlu diberi perhatian agar ia kekal sihat dan segar di majlis perkahwinan.

Tidak hairanlah jika ada segelintir wanita yang sanggup berhabisan duit demi memastikan aset berharga mereka ini terus terpelihara termasuklah melakukan rawatan yang menelan ratusan ringgit bahkan boleh menjangkau ribuan ringgit.

Namun daripada anda berhabisan duit dan belum tentu hasilnya memuaskan, apa kata anda cuba 6 petua mudah dan menjimatkan ini agar ia mampu menjadikan rambut anda kekal cantik dan sihat.

1.  Lidah Buaya

Daun lidah buaya mengandungi zat yang mampu merangsang pertumbuhan rambut sehingga rambut akan menjadi lebat dan sihat. Cara menggunakannya adalah dengan membelah daun lidah buaya tersebut dan oleskan lendirnya ke seluruh bahagian rambut hingga rata. Kemudian tutupkan dengan kain selama 30 minit. Kemudian bilas.

IKLAN

2.  Daun Waru

Daun waru dapat menjadikan rambut anda lebih hitam dan bersinar. Caranya adalah dengan menumbuk sejumlah daun waru sehingga mengeluarkan lendir. Pisahkan antara lendir dan daun waru yang sudah hancur dengan cara menyaringnya.

Tempatkan lendir daun waru ke dalam bekas dan kemudiannya embunkan selama 24 jam. Setelah itu,  anda boleh menggunakannya dengan cara mengoles  lendir tersebut  ke seluruh bahagian rambut.

IKLAN

3.  Minyak Kemiri

Minyak kemiri boleh didapati di toko jamu atau boleh dibuat sendiri. Cara membuatnya adalah dengan menumbuk kemiri hingga halus  kemudian campurkan dengan air. Sangai  campuran tadi hingga mengeluarkan minyak. Oleskan minyak kemiri ke rambut  sehingga rata dan biarkan beberapa minit.

IKLAN

4.  Sayangi Rambut Anda

Jangan menggosok rambut dengan terlalu kasar kerana bakal merosakkan sel-sel didalamnya yang akan menyebabkan keguguran. Sebaiknya, keringkan rambut dengan cara mengangin-anginkan hingga kering atau menggunakan pengering rambut elektronok secara perlahan dan lembut.

5.  Makanan Sumber Protein

Anda juga harus mengambil makanan yang kaya dengan protein. Kandungan protein akan menjadikan rambut lebih halus dan bersinar. Contoh makanan yang kaya dengan protein ialah telur, kacang, ubi dan lain-lain.

6.  Hindari Sinaran Matahari

Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga perlu menghindari dari sinaran cahaya matahari yang terlalu kuat. Sinaran matahari pada waktu tertentu yang terlalu terik boleh membuatkan  rambut anda menjadi  kering dan kusam. Sebaiknya, pakailah pelindung seperti topi ketika cuaca panas terik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI