Di samping hiasan-hiasan dekorasi seperti lantera, sangkar burung dan sebagainya, selipan bunga-bungaan segar mahupun artifisial menaikkan seri seni hiasan dekorasi pelamin. Tambahkan pelbagai jenis bunga-bungaan bagi menyuntik warna-warni pada ruangan pelamin.

Pastinya kehebatan pelamin fairytale yang menjadi langkah permulaan kehidupan bersama pasangan raja dan ratu sehari akan terkenang-kenang buat selamanya.

Dikongsikan Lapan Tip Menghias Pelamin Fairytale

*Bunga-bunga segar yang disusun di dalam pasu besar manis sekali diletakkan di kiri dan kanan singgahsana.

*Penggunaan kerangka lampu lantera sebagai bekas hiasan bunga menyuntik elemen kreativiti yang tersendiri.

*Gabungan bunga mawar dan baby breath yang dililit sempurna antara idea kreatif yang boleh dijadikan hiasan pelamin. Tambahan botol kecil pada lilitan bunga menjanjikan hasil yang lebih menarik.

*Bunga mawar putih ilham bentuk hati boleh juga digantung selain diletakkan di atas dulang berkaki tinggi.

*Pilihan lain untuk juntaian flora di pelaminan antaranya orkid dan juga cherry blossom.

*Suntikan bunga mawar di dalam kerangka kayu berbentuk permata ini mampu mencuit jiwa tetamu jemputan yang datang ke majlis meraikan pengantin.

*Sangkar burung yang mulanya polos akan lebih mencuri deria pandang tatkala dihias dengan bunga di dalam dan di atas sangkar.

*Untuk gaya yang lebih unik, susun sekuntum bunga mawar di dalam balang kaca kecil berantai. Selang-selikan peletakan kuntuman bunga mawar dengan kelopak-kelopak bunga mawar.

Waktu Persiapan

Waktu untuk membuat persiapan majlis resepsi dengan konsep unik ini sebaiknya dilakukan setahun sebelum atau minimum enam bulan sebelum majlis berlangsung. Jadi kalau sampai terjadi hal-hal yang tidak diinginkan, masih punya waktu untuk menyelesaikannya.