Bunga tangan adalah  pelengkap bagi penampilan ratu sehari di majlis raikan cinta. Selain memberi keserian buat penampilan ratu sehari, sejambak bunga juga dianggap membawa kebahagian di dalam perkahwinan, manakala riben yang mengikat jambakan bunga tersebut melambangkan  persekutuan.

Walau bagaimanapun kebanyakkan pengantin sekarang membawa bunga tangan hanya untuk sebagai aksesori pengantin. Maka ramai yang tidak tahu akan makna simbolik bunga yang sesuai dengan watak mereka, jadi jom beri perhatian kepada jenis bunga tangan yang sesuai dengan anda.

BUNGA ROS

Warna beige: Kesopanan

Warna putih: Kesucian

Warna merah: Cinta dan kebahagiaan

Warna merah jambu: Menarik

Warna jingga: Terpesona

Warna kuning: Persahabatan

BUNGA HYDRANGEA: Kebanggaan, harga diri

BUNGA CARNATION: Keberanian

BUNGA ORCHID: Kecantikan

BUNGA TULIP: Cinta

BUNGA LILY: Keangungan

BUNGA ‘LILY OF THE VALLEY’: Kesucian dan rendah diri

BUNGA PEONY: Aura positif

BUNGA CALLA LILY: Kesucian dan keimanan

BUNGA RANUNCULUS: Daya tarikan

BUNGA GARDENIAS: Kegembiraan

Jadi bunga manakah yang akan menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bunga tangan pengantin?