Pasti menjadi cita-cita dan impian setiap wanita untuk miliki bentuk badan yang ideal. Masing-masing berusaha keras sama ada berdiet dan melakukan pelbagai senaman untuk menjadi seperti yang diimpikan. Kadang kala semangat berkobar-kobar itu berlaku sementara waktu dan kembali dengan gaya hidup lama.

Yakinlah bahawa setiap usaha itu tidak semudah sebulan atau dua untuk anda boleh kembali kurus dan langsing, namun ia harus melalui proses yang panjang ditambah dengan disiplin daripada empunya diri. Jika mahukan sesuatu yang diimpikan berjaya, perlulah ada pengorbanan dalam diri.

Untuk anda menjadi lebih bersemangat dan berhasrat ingin kurus, dikongsikan tip daripada gadis bernama Ekin Khairi ini. Siapa sangka dahulu beratnya mencecah 85 kg, tapi kini dengan tip diet tanpa sebarang suplemen beratnya menjadi 60kg. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat, jom cuba tip manfaat daripadanya ini.

LANGSUNG TAK AMBIL AIR MANIS

Diet Mudah Tanpa Suplemen, Ekin Turun Berat 25 KG Dalam Masa 4 Bulan!

Just wanna share with you guys☺️

IKLAN

Macam mana ekin turun berat badan? Ekin banyak minum air masak, sometimes sehari tu sampai 4-5 liter. Ekin tak minum air manis langsung! Tak makan benda bergoreng, tak makan roti , nasi or fastfood. Makan buah, sayur, kacang, telur, low fat plain yogurt! workout tu yass mesti lah workout. Paling kurang sejam sehari. Lepas dah turun 10 kg, ekin makan nasi tapi segenggam nasi then sayur and protein. Ekin ada cheatday, seminggu sekali cheat day?? harus okay sebab ekin suka sangat chocolate + ice cream

BAJU SAMA TAPI SAIZ BERBEZA

Diet Mudah Tanpa Suplemen, Ekin Turun Berat 25 KG Dalam Masa 4 Bulan!

Gambar kiri masa tu berbadan “comel” lagi, time tu bulan May tahun ni, yang kanan tu baru je tadi amik! Ekin dah turun berat badan almost 25kg! Alhamdulillah??? Still ada 7kg nak kena turun lagi! wish me luck!!

IKLAN

p/s : ekin pakai baju sama?

KENA ADA DISIPLIN

Diet Mudah Tanpa Suplemen, Ekin Turun Berat 25 KG Dalam Masa 4 Bulan!

IKLAN

Paling penting …..

Disiplin❤️

Sepanjang ekin turunkan berat badan mmg tak amik langsung supplement turunkan berat badan or detox tea

Sekian dari ekin??

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI