Kesesuaian warna untuk wang kertas adalah perlu untuk keserasian bunga yang seragam.

Bahan-Bahan:

  • Dedaun artifisial
  • Gunting
  • Pelekat
  • Beberapa keping duit kertas RM20
  • Reben warna hijau
  • Stigma bunga

Langkah-Langkah:

1. Lurutkan duit kertas dengan menggunakan gunting membentuk kelopak.

2. Setelah itu, terbalikkan dan lipat ke belakang. Ulang langkah yang sama beberapa keping dan cantumkan kelopak seperti dalam gambar.

3. Kemudian ambil stigma dan ikat di tengah-tengah kelopak bunga.

4. Bunga duit yang siap dicucuk di tengah-tengah dedaunan.

5. Ikat reben sebagai penyeri.