Centerpiece merupakan hiasan dekoratif yang biasanya diletakkan di tengah meja. Fungsinya sebagai penghias meja agar tidak terkesan polos dan membosankan. Anda boleh cuba menghiaskan ruang meja makan dengan kreativiti sendiri.

Bahan-bahan:

Tiga kuntum bunga mawar

Balang kaca

Butiran kristal

Lilin dan air.

Langkah-langkah:

1. Carikkan kelopak mawar dari tangkainya. Ke tepikan.

2. Masukkan butiran kristal ke dalam balang kaca.

3. Seterusnya, masukkan kelopak bungan mawar yang telah dicarikkan tadi hingga ke paras atas balang kaca.

4. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga balang kaca penuh.

5. Keluarkan lilin daripada bekas secara berhati-hati dan letakkan di bahagian atas balang kaca.

6. Nyalakan lilin dengan pemetik api.